Lallaina berpusing kebelakang dengan kedua tangannya sedikit terdepa, Ada senyuman kecil terbit dibibirnya. Dipandang kedua gerangan dihadapannya yang sedari tadi berusaha menyiapkannya. Habis saja dia dimekapkan. Caitlyn sendiri yang menawarkan diri untuk memakaikan dia baju gaun ini. Dan semestinya Medalaine pun sama.
Caitlyn terus tersebik melihat Lallaina. Matanya yang membahang melihat Lallaina daripada atas kebawah.
Cantiknya.
Baju yang dia reka sendiri untuk Lallaina, Dan dia terharu gila sekarang ini. Manakala Medalaine sudah tersenyum lebar matanya turut melihat Lallaina dari atas kebawah. Cantiknya Lallaina.
Sekajap saja lagi majlis resepsi akan bermula, Atas pilihan daripada pihak lelaki dan majlis resepsi ini diadakan disebuah hotel mewah. Dan sekarang kedua pengantin sedang disiapkan.
"Cantik?"
Lallaina bertanya perlahan dan dia menjatuhkan pandangan kebawah lebih tepat melihat gaun yang dipakainya. Kembang sangatlah cantik. Design dari Caitlyn memang bukan biasa-biasa ye. Kakaknya tersangatlah berbakat kalau dalam hal seperti ini.
Bangga tau.
"Cantik sangat. You look so gorgeous Laina." Puji Caitlyn sambil tersenyum lebar kearah adiknya itu. Lallaina yang mendengar hanya tersenyum. Sedari pagi dia dengar perkataan inilah daripada kedua kakaknya ini. Berabis sangat puji dia.
"Tengoklah siapa designer dia." Ujar Lallaina. Tergelak Caitlyn mendengar. Bukan gaun je yang cantik. Tapi orang dia. Sangat cantik. Gaun cantik dipakai dengan orang yang cantik memang meletoplah jadinya.
"We have to go now Laina. Nanti jumpa dekat dalam." Caitlyn mendekati Lallaina sebelum tangannya naik mengusap sekilas pipi adiknya. Lallaina hanya mengangguk. Tangan Caitlyn disentuh sebelum diusap. Memandangkan kerja mereka sudah habis siapkan Lallaina. Lebih baik tunggu didalam saja. Kerana kejap lagi majlis dah nak mula.
Pengantin lelaki sedari tadi lagi sudah siap tapi meminta diri untuk kebilik air sekejap.
"Nanti Eid datang balik, Laina bawa masuk terus okey? Majlis dah nak mula tu." Pesan Medalaine pula semakin terangguk Lallaina. Dan kedua kakaknya sudah mula melangkah pergi meninggalkan dia seorang diri. Tukang mekap dia awal-awal lagi sudah keluar daripada bilik persalinan ini. Melihat pintu bilik ini tertutup kembali Lallaina menghela nafas kecilnya.
Macam mana nanti kalau masuk dalam tu? Mesti ramai orang. Memikirkan itu saja boleh sesak nafas Lallaina. Sedari tadi menahan rasa akibat melihat betapa ramainya tetamu. Lain lagi bunyi bising sekelilingnya.
Dia tak selesa dan ada rasa takut. Takut melihat ramai manusia yang memerhatinya. Tak suka tempat ramai orang.
KLAK!
Pintu kembali terbuka laju Lallaina melihat kearah itu. Terkebil kini matanya apabila melihat gerangan yang sudah melangkah masuk kedalam. Lebih tepat sudah datang mendekatinya.
Eidlan.
Eidlan berhenti dalam dua langkah dihadapan Lallaina. Matanya sudah tekun melihat isterinya. Atas bawah dipandang gadisnya itu. Tak berkelip matanya sekarang ini disebabkan Lallaina.
Allah. Cantiknya isteri dia.
"Sayang. You so beautiful." Puji Eidlan perlahan dengan dia yang sudah menarik senyuman dihadapan isterinya. Lallaina yang mendengar pujian lelaki itu hanya mengawal riak wajahnya. Walhal dalam hati dah kembang teruk. Eidlan puji perasaan dia lain macam okey.
YOU ARE READING
[C]✓Eidlan : Her saviour
Romance[Stand alone series] known as Her Saviour MUHD EIDLAN ISKANDAR : Jejaka tampan yang berkerja sebagai juruterbang, Menjadi idaman para gadis sudah biasa baginya. Tidak terlalu peramah tidak juga terlalu sombong. Seorang yang biasa saja. Lelaki yang m...