Hari demi hari sudah berlalu. Kini kelihatan pasangan suami isteri itu sedang menghadap antara satu sama lain.
"You did a great job my wife. Tahniah puan Lallaina anda sekarang sudah berjaya sampai ke Iqra 6. Abang Eidlan bangga." Tangan naik menepuk dada bidang sendiri. Satu senyuman bangga terbit dibibirnya. Mata menatap dalam anak mata isterinya.
Bangga dengan diri sendiri dan semestinya bangga dengan Lallaina.
Lallaina yang melihat tingkah suaminya sudah tergelak kecil. Bukan main eh suaminya ini. Mata dijatuhkan ke Iqra dihadapannya. Satu senyuman terhias.
Alhamdulillah. Dia berjaya mengenali huruf-huruf jawi. Allah permudahkan urusan dia apabila senang saja dia dapat mengenali tentang huruf-hurif jawi. Dan cara-cara membaca. Tanpa Eidlan pun dia sudah boleh membaca sendirinya.
Mana tak dapat hafalnya. Kalau setiap kali Eidlan menunaikan solat lelaki itu tidak pernah terlepas untuk mengajarnya. Dan dia yang senang diajar tentunya akan berjaya mengenali tentang huruf-huruf jawi dan cara-cara membacanya.
Kalau Eidlan pergi kerja dia akan membaca dengan sendirinya.
Dan sekarang? Dia sudah berjaya sampai ke Iqra 6 tau.
"Sayang dah dekat Iqra 6 maksudnya lepas ini sayang dah boleh baca Al Quran. Sayang habis je baca Iqra 6 ni sayang akan mula dah baca Al Quran. Kalau sayang dah berjaya dapat baca Iqra 6 ni sayang akan senang dah baca Al Quran nanti. Sebab Iqra 6 ni takde beza dah dengan Al Quran." Jelas Eidlan sedikit panjang lebar. Terangguk-angguk Lallaina pula mendengar itu. Berdebar-debar pun ada.
Seriuslah?
Maksudnya dia sudah pandai mengaji lah ni? Ya Allah...
"Sayang dah pandai mengaji. So. Baby belajar pula tentang solat lepas ni." Sambung Eidlan lagi. Dia pun sudah teruja sebenarnya. Isterinya sudah berjaya dalam bab mengaji dan tinggal tentang sembahyang pula.
Dia tahu Lallaina boleh punya. Isterinya ini punyalah senang diajar. Terus melekat dekat otak apa yang dia ajar. Tengok sekarang dah berjaya sampai Iqra 6. Selain senang diajar Lallaina sangat rajin belajar. Tanpa dia pun isterinya akan meneruskan membaca Iqra tersebut.
Alhamdulillah.
"Sekarang rehatlah dulu. Nanti sambung. Kena bersiap sekarang. Kan nak awal datang pergi rumah family sayang." Ujar Eidlan lagi. Hari ini adalah hari pernikahan Medalaine. Dan sekarang mereka berdua pula berada di apartment Lallaina. Wanita ini tidak mahu bermalam dirumah Tuan Calvin. Padahal seharian kemarin mereka disana sibuk membantu Menguruskan segala keperluan majlis hari ini.
Tengah malam juga mereka balik sini. Ingatkan nak bermalam dirumah keluarga Lallaina. Tetapi isterinya mengajak pula untuk bermalam di apartment saja.
Dia hanya menurut.
"Iya. Jom bersiap abang." Lallaina bangun dari duduknya. Dan Iqra serta rehal dibawa bersamanya. Lallaina berjalan kehujung biliknya dan meletakkan rehal itu diatas meja yang berada disitu.
Tudung turut dicabut daripada kepalanya.
Sekarang awal pagi lagi ni. Nak masuk 7 pagi dah. Tapi dah janji dekat Caitlyn semalam nak datang awal pagi sebab dia tak bermalam disana. Ada sebab sebenarnya dia taknak bermalam disana. Bukan saja-saja.
YOU ARE READING
[C]✓Eidlan : Her saviour
Romance[Stand alone series] known as Her Saviour MUHD EIDLAN ISKANDAR : Jejaka tampan yang berkerja sebagai juruterbang, Menjadi idaman para gadis sudah biasa baginya. Tidak terlalu peramah tidak juga terlalu sombong. Seorang yang biasa saja. Lelaki yang m...