KLAK!
Lallaina melangkah keluar daripada bilik air, Dia baru saja selasai mandi rasa segar sangat sekarang. Dan dia sudah lengkap berpakaian, Hanya baju t-shirt putih kosong bersama pajamasnya. Rambut panjangnya sudah diikat seperti biasa. Sanggul. Sengaja tidak membasahkan rambutnya disebabkan sekarang sudah tengah malam tak elok mandi basahkan rambut.
Sudah hampir pukul satu pagi ye sekarang, Gila! Majlis habis pukul 12 lebih, Jarak rumah keluarga Eidlan memang jauh sikit daripada hotel tersebut.
Iya. Mereka berada dirumah keluarga Eidlan, Sepatutnya balik kerumah keluarga dia tetapi sedar dia sudah tidak dibenarkan pergi kesitu lagi. Tapi esok dia pergi kot. Nak ambil segala barang dia dan semestinya. Keretanya.
Lallaina melilaukan mata seakan mencari kelibat seseorang didalam bilik itu. Bilik Eidlan. Bahunya terangkat kecil dan dia perlahan mendekati katil king dihadapan. Entah Eidlan kemana mungkin turun bawah. Sebab Eidlan selasai saja mandi tadi dia pula yang mandi. Dan sekarang dia sudah habis Eidlan hilang.
Kebawahlah kot.
Sebab ramai keluarga Eidlan dekat bawah. Eidlan bagitahu keluarga dia dari kampung. Katanya esok baru balik dan sekarang menumpang rumah keluarga Eidlan.
Lallaina mula memanjat katil, Dia mula mengambil dibahagian kanan, Disandar perlahan belakangnya dikepala katil sebelum matanya mula melihat segenap bilik suaminya.
Kemas saja bilik ini.
Hiasan dia betul-betul bilik bujang lelakilah. Banyak perobot mainan entah jenis apa dia pun tidak tahu. Yang penting mainan ni bukan biasa-biasa punya. Ada perobot mainan kapal terbang. Itu je dia tahu.
Lama Lallaina memerhatikan bilik tersebut sebelum dia mula membaringkan tubuhnya, Penat sumpah. Dia malu untuk turun kebawah, Ramai sangat keluarga Eidlan dekat bawah. Ada juga dia jumpa nenek lelaki itu tadi tapi sapa macam tu saja sebab masing-masing sibuk. Alhamdulillah sepanjang berkenalan dengan keluarga Eidlan tadi semua baik-baik saja tapi adalah sorang tu. Acuh tak acuh melayan. Bukan dengan dia saja tapi dengan suaminya juga, Lebih tepat keluarga Eidlan.
Maklong.
Tak silap dia maklong dorang panggil wanita tua itu.
Waktu bersalam tadi atas bawah dia kena pandang tajam sungguh mata.
Tapi dia kisah apa? Bukan dia kenal pun.
Selimut ditarik perlahan untuk menutupi tubuhnya, Ditarik sehingga kelehernya. Dia penat sangat nak tidurlah. Entah bila Eidlan akan naik.
KLAK!
Baru mahu melelapkan matanya tiba-tiba pintu terbuka dari luar, Perlahan Lallaina mengangkat kembali kepalanya dan dipaling kebelakang, Matanya kini terkebil-kebil melihat kelibat Eidlan yang sudah melangkah masuk kedalam.
Eidlan menutup pintu bilik kembali sebelum dikunci, Dia memusingkan tubuhnya dan pusing saja terus matanya bertembung dengan anak mata milik isterinya.
Terhenti kejap Eidlan sebelum perlahan menarik senyuman kecil. Dia mula berjalan mendekati katil mereka. Mereka? Mestila. Mulai detik ini dia takkan tidur berseorangan lagi. Heh.
"Tak tidur lagi?" Soal Eidlan perlahan dan sudah berjaya mengambil tempat disebelah Lallaina, Dia hanya duduk dan kepala ditunduk memandang Lallaina yang sedang berbaring disebelahnya.
Gugup?
Adalah sikit.
Lallaina tidak menjawab terus dan dia perlahan berpusing, Kini dia sudah menghadap Eidlan sepenuhnya. Perlahan dia menggeleng tanda belum.
YOU ARE READING
[C]✓Eidlan : Her saviour
Romance[Stand alone series] known as Her Saviour MUHD EIDLAN ISKANDAR : Jejaka tampan yang berkerja sebagai juruterbang, Menjadi idaman para gadis sudah biasa baginya. Tidak terlalu peramah tidak juga terlalu sombong. Seorang yang biasa saja. Lelaki yang m...