EIDLAN-LALLAINA | 47

24.9K 1.4K 25
                                    

"Ya Allah ya Tuhan ku..." Meleret garang suara Puan sri Iza dengan tangan yang bercekak pinggang dan matanya mencerlung tajam memerhati satu persatu anak menantunya yang baru keluar daripada perut kereta.

Basah kuyup!

Dia punyalah risau sebab dah hujan lebat macam ini anak menantunya belum pulang. Bila dia call masing-masing tidak angkat.

Dan sekarang muncul pula depan dia dengan keadaan basah kuyup. Nafas dihela kecil sempat mata dipejam sekajap sebelum puan Sri Iza kembali memandang anak menantunya satu persatu.

Eiyadh yang melihat bondanya dihadapan sudah berdeham. Puncak hidung diusap perlahan. Terasa pegangan Wardah dibelakang bajunya. Wanita it bersembunyi dibelakangnya.

Eidlan mengemam bibirnya rapat. Tangan mengenggam lembut tangan isterinya. Dipandang wajah sang bonda dihadapan. Tajam saja mata itu menikam mereka satu persatu.

Habislah.

Eiffie menolak perlahan kedua bahu Eizahra dari belakang. Sedaya upaya dia menundukkan kepalanya cuba menghindar menjadi tatapan sang bonda.

"Muhd Eiyadh Ilham. Muhd Eidlan Iskandar. Muhd Eiffie Izyan." Tertahan-tahan nada suara Puan sri Iza menyeru nama anak lelakinya satu persatu. Kini matanya sudah tertumpuh kearah anak sulungnya. Semakin mengecil matanya kearah anak sulungnya.

Perlahan Eiyadh menarik sengih. Tangan naik menggaru hujung keningnya. Dah agak dah. Mesti dia yang kena punya!

Manakala Wardah sudah mengemam rapat bibirnya menahan ketawa. Dia tahu semua salah dia. Sekirannya Eiyadh kena marah dengan mertua akan dia hanya mendiamkan diri saja takkan bela suaminya punya. Haha.

Lallaina terkebil-kebil saja menatap mertuanya dihadapan. Melihat reaksi mertua membuat dia sedikit tidak selesa. Nampak garang tahu tak.

Habislah.

Eiffie mengintai dari bahu adiknya. Alamak nama dia naik sekali eh.

"Bonda--"

"Main hujan? Mandi hujan ke? Yadh! Isteri kamu tu mengandung tahu tak pergi bawa mandi hujan kenapa?" Terkelu Eiyadh apabila laju dicantas bondanya. Malah semakin serius raut wajah wanita itu.

Melihat kemarahan bonda mereka masing-masing sudah tidak senang duduk. Bonda taklah garang sangat tapi kalau salah tu memang bonda akan marahlah.

Dan bila marah. Sumpah boleh lemah lutut.

"Dan adik kamu tu? Bawa Ara main hujan kenapa? Kalau adik kamu tu kena demam panas susah tahu tak." Sambung Puan sri Iza lagi. Anak bongsu dia kalau demam bahaya. Penyakit menyerang dia senang datang. Dan Eizahra akan selalu bertindak diluar kawalan. Susah mahu ditenangkan.

Kali ini Eiyadh semakin merasa bersalah. Bukan Eiyadh saja sekali dengan Eidlan.

"Bonda." Kesemua mata terarah kearah Wardah. Kelihatan wanita itu tersenyum hambar.

"Maaf. Semua salah Wardah. Wardah yang teringin sangat nak mandi hujan. Abang Yadh dah halang tapi Wardah teringin sangat bonda nak mandi hujan." Ujar Wardah dengan suara yang jelas bersalah. Dia mula takut apabila mendengar kalau Eizahra demam. Terus dia menoleh kearah adik iparnya itu. Bukan dia tidak pernah melihat Eizahra apabila diserang oleh penyakit gadis itu.

Susah dikawal bertindak diluar kawalan. Dan sangatlah bahaya.

Jatuh bahu puan Sri Iza apabila mendengar pengakuan daripada menantunya. Terus nafas kecil dihembus. Dia marah tapi kalau dah menantu dia yang mahukan itu apa lagi yang dia boleh buat?

[C]✓Eidlan : Her saviourWhere stories live. Discover now