EIDLAN-LALLAINA | 22

20.1K 1.3K 38
                                    

TOK! TOK!

Lallaina yang baru mahu memanjat katilnya terhenti apabila mendengar ketukkan daripada pintu biliknya. Terus dia memandang kearah pintu tersebut.

Tidak menunggu lama dia terus saja berjalan mendekati pintu biliknya dan tidak teragak-agak membuka. Buka saja pintu terus matanya dihiasi dengan kelibat kedua kakaknya. Tatapan kosong ditayangkan dihadapan mereka.

"Jom Med." Caitlyn menarik tangan Medalaine sebelum selamba melangkah masuk kedalam bilik Lallaina tanpa gadis itu sempat melakukan apa-apa, Lagi-lagi mereka berdua hanya melintasi adik bongsu mereka.

Manakala Lallaina sudah terkebil-kebil melihat tingkah kedua kakaknya itu. Terpusing dia memerhati keduanya yang sudah berjalan mendekati katil miliknya.

"What are you guys doing?" Soalnya dengan suara mendatar. Kelihatan Caitlyn yang sudah mengambil tempat diatas katilnya dan kakak sulungnya itu selamba membaringkan tubuhnya disitu manakala Medalaine hanya duduk dibirai katil.

"Nak tidur. Kenapa?" Dengan tak bersalahnya Medalaine menjawab ada sengihan dibibir merah itu. Semakin tidak mengerti Lallaina dengan tingkah kedua kakaknya. Nak tidur? Tapi kenapa masuk bilik dia?

"I'm serious." Ujar Lallaina lagi. Reaksi wajahnya mula berubah serius dipandang tajam kedua kakaknya itu. Caitlyn seakan tidak terganggu selamba mendepakan tangan serta kakinya sebelum digerak-gerakkan.

Medalaine menghela nafas kecil. Dia kembali bangkit dari katil Lallaina. Medalaine mengatur langkah mendekati adiknya itu. Sesampai dihadapan Lallaina terus saja dia meraih tangan adiknya sebelum ditarik supaya semakin masuk kedalam memandangkan Lallaina hanya berdiri dihadapan pintu bilik tersebut.

Medalaine terus saja menutup bilik adiknya sebelum dikunci. Dan dia menarik Lallaina supaya mengikuti langkahnya mereka berdua mendekati Caitlyn. Tiada tolakkan daripada Lallaina malah dia hanya pasrah apabila ditarik oleh Medalaine mendekati katil miliknya.

Seketika jeritan kecil daripada Lallaina kedengaran apabila Medalaine bertindak menolaknya dan dia kini sudah terlentang ditengah-tengah katil miliknya. Melihat itu tidak menunggu lama terus saja Caitlyn yang terbaring ditepi Lallaina memeluk adiknya. Bagi menghalang untuk Lallaina melepaskan diri.

Medalaine pantas memanjat katil dan mengambil tempat disebalah Lallaina. Dia pun sama bertindak memeluk Lallaina ditengah-tengah mereka. Kini Lallaina sudah terkunci dalam pelukan antara Caitlyn dan Medalaine.

"Apa korang buat ni? Let me go!" Keras suara Lallaina kedengaran malah dia bertindak sedikit kasar cuba untuk melepaskan diri daripada pelukkan kedua kakaknya. Sumpah tak tipu tapi jantung dia sudah berdegup laju. Antara kekok dengan situasi mereka sekarang dan timbul sedikit rasa marah.

"Stay. Lallaina..."

"Calm down..." Pergerakkan yang sedikit kasar kini perlahan mengendur apabila mendengar suara lembut kedua kakaknya. Liur ditelan payah malah matanya terpaku menatap siling biliknya. Bibirnya digigit sedikit kuat.

Melihat adik mereka sudah mendiamkan diri kembali. Tidak semana-mana mereka berdua terus menyembamkan wajah masing-masing kebahu Lallaina. Semakin tidak keruan Lallaina dibuatnya.

"Are you okey?"

Terkedu Lallaina apabila mendengar suara bergetar milik Caitlyn dibahunya. Bebola matanya hanya bergerak melihat siling biliknya, Seakan tiada tanda-tanda untuk menjawab soalan kakaknya.

"It must have been really hard on you isn't?" Sambung Caitlyn lagi. Semakin erat dia memeluk pinggang Lallaina dan wajahnya semakin ditekan kebahu adiknya. Sesak nafas dia tiba-tiba.

[C]✓Eidlan : Her saviourWhere stories live. Discover now