EIDLAN-LALLAINA | 56

23.8K 1.2K 32
                                    

"Amin..."

Tangan diraup kewajah. Eidlan perlahan memusingkan tubuhnya kebelakang. Automatik senyuman manis terhias apabila matanya kini sudah menatap keseluruhan wajah bersih isterinya.

Lallaina.

Kini isterinya sangat cantik dengan memakai telekung. Kali pertama Lallaina mengikutinya solat bersama. Entah tidak tahu mahu memberi reaksi apa.

Tapi isterinya sudah betul-betul berjaya dalam hal-hal ini. Dan dia sebagai seorang semua tersangatlah bangga. Lallaina bersungguh-sungguh untuk belajar tentang agama.

Lallaina sengih. Perlahan dia bangun dan dengan menggunakan lututnya Lallaina mendekati Eidlan. Terus tangan disua. Dari tadi dia punya teruja hanya Allah saja yang tahu.

Dia teruja untuk menunaikan solat buat pertama kali dalam hidupnya tau. Dalam masa yang sama dia takut dia tidak mampu. Tetapi Alhamdulillah Allah permudahkan segalanya.

Buktinya sudah berjaya bersama Eidlan.

Eidlan terus menyambut tangan isterinya sebelum kelihatan Lallaina yang menunduk mengucup tangannya. Terangkat saja kembali kepala isterinya Eidlan menarik lembut sebelum dahi licin itu dikucup sayang.

"You did it my wife." Ujar Eidlan setelah melepaskan kucupan didahi isterinya. Lallaina sudah duduk bersimpuh dihadapan suaminya bibir masih menarik senyuman dan kedua tangannya kini sudah berada didalam genggaman Eidlan.

Mata berbalas tatapan dengan suaminya.

Bebola matanya bergerak meneliti keseluruhan wajah isterinya.

Betapa sempurnanya isterinya dimatanya.

"I did it because of you my husband. Terima kasih sebab dah tolong Lallaina belajar tentang semua ini." Ucap Lallaina perlahan. Dan tangan yang berada dalam genggaman Eidlan ditarik sebelum kedua tangannya naik menyentuh tepi kepala suaminya dan ditarik supaya mendekatinya.

CUP!

Dahi Eidlan dikucup olehnya. Terkedu seketika Eidlan dan hujung bibir ternaik malah kelopak mata dipejam. Menghayati bibir isterinya yang terasa jelas didahinya.

Lama bibir Lallaina berlabuh disitu.

Mungkin tanpa Eidlan dia masih gagal dalam hal-hal agama. Dia masih terlalu lemah tentang agama. Tidak akan tahu setenang dan sebahagia jika dapat menunaikan satu kewajipan ini. Betapa hatinya terasa tenang setelah sudah dapat mengetahui tentang ini semua.

Sumpah tanpa Eidlan.

Seorang Lallaina mungkin terpesong jauh daripada semua ini.

Tuhan.

Betapa lemahnya dia sebelum ini. Langsung tidak mengetahui apa-apa tentang ini. Dan hadirnya lelaki ini dalam hidupnya. Perkara ini yang tidak pernah terlintas untuk dia pelajari kini betul-betul teringin dan terus teringin dipelajari.

Semua disebabkan seorang Eidlan Iskandar yang langsung tidak pernah melupakan menunaikan satu kewajipan itu. Siang malam suaminya sesibuk apapun Eidlan dimana pun suaminya berada Eidlan tetap saja tidak pernah meninggalkan solat.

Dan salah satu sebab dia teringin menjadi seperti suaminya.

Sekarang?

Dia berjaya. Dan tahu tak apa perasaan dia? Rasa nak nangis tapi dia malu. Dan bangga semestinya. Kerana dia juga sudah menjadi sebahagian dari suaminya.

Iaitu orang-orang yang tergolong dalam menunaikan solat. Walaupun ini kali pertama untuknya tetapi InsyaAllah. Tidak akan pernah dia tinggalkan melainkan ada satu hal yang tidak dapat dia elak.

[C]✓Eidlan : Her saviourWhere stories live. Discover now