"Apa yang you buat ni?" Marah Lallaina terhadap lelaki dihadapannya, Mereka sedang berada diluar halaman rumah milik keluarganya, Matanya dicerlung tajam kearah Eidlan, Dia yang ajak Eidlan untuk berjumpa berdua diluar ini. Manakala keluarga Eidlan masih berada didalam bersama kedua orang tuanya.
Eidlan merenung kosong gadis idamannya, Tidak menjawab malah hanya beriak biasa. Tangan selamba dimasukkan kedalam poket seluarnya.
Matanya sudah bergerak melihat setiap inci wajah cantik itu, Tak tipu. Dia rindukan Lallaina. Padahal baru berapa hari tidak bertemu atau berhubung dengan gadisnya ini. Seketika dia mencebik.
Masih geram dengan Lallaina.
Lallaina yang melihat tingkah lelaki dihadapannya sudah mengerutkan keningnya. Dah kenapa?
"What?" Berlagak tidak faham Eidlan mula bersuara dengan nadanya yang kedengaran bosan saja. Lallaina sudah mengkemam kuat bibirnya.
"You memang tak faham bahasa ke? I dah katakan I taknak kahwin dengan you--"
"Memang. Memang aku tak faham bahasa Lallaina." Laju Eidlan mencantas Lallaina dengan wajahnya mula berubah tegang malah tatapannya sudah tajam menikam anak mata Lallaina yang jelas sudah terdiam melihat perubahannya. Gigi diketap kuat geram dengan perangai Lallaina yang berusaha mahu menyakiti dia.
Lallaina menelan perlahan liurnya seketika dia terundur apabila Eidlan bertindak maju kedepan lagi tepat sudah berjalan semakin mendekatinya. Wajah tampan itu tegang saja.
"Trying hard to hurt me Lallaina?" Lallaina diam tangannya digenggam kuat menahan gugup malah matanya sudah tidak terdaya untuk bertatapan dengan Eidlan pantas saja dia melarikan anak matanya kearah lain. Bibir bawahnya digigit. Jantungnya usah ditanya. Seakan mahu meletop saja.
"You think I will hate you?"
"You think you can leave me?"
"You think I will let you go?"
Satu persatu Eidlan melontarkan itu dan setapak demi setapak dia semakin mendekati gadis dihadapannya itu. Lallaina yang perasan dengan gerakkan Eidlan kembali mengalihkan pandangan kehadapan menikam anak mata tajam itu kembali. Mahu tersekat nafas Lallaina kini lagi-lagi mendengar ujaran satu persatu Eidlan.
"Eid--"
"No sayang. Aku Muhd Eidlan Iskandar takkan pernah sesekali lepaskan kau. Walau apa pun yang terjadi kita akan tetap kahwin. Persetankan apa pun yang berlaku, You are mine and always be mine Lallaina." Ujar Eidlan penuh mendalam malah dia sudah berhenti betul-betul dihadapan Lallaina satu langkah saja lagi memang bersatu mereka dibuatnya. Ditatap semakin dalam anak mata yang jelas terkedu dihadapannya.
"Once you walk into my life means you gonna end up your entire life with me." Sambung Eidlan tepat dihadapan Lallaina. Lallaina terkedu mengecil dia rasakan sekarang ini. Sakit dada disebabkan terlalu laju berdegup mendengar setiap bait kata yang meluncur keluar daripada mulut Eidlan. Bebola matanya bergerak-gerak membalas tatapan mendalam Eidlan.
Malah nafasnya dirasakan sudah semakin sesak.
Sesak nafas mendengar kata-kata Eidlan semua tadi. Kenapa? Kenapa Eidlan boleh bersikap seperti ini lagi selepas apa yang dia buat dekat lelaki ini tempoh hari.
Sakit dada Lallaina.
Bebola matanya menatap seluruh wajah cantik itu, Sebelum satu Keluhan Eidlan lepaskan. Dia menjatuhkan pandangan sekilas kebawah sebelum kembali memandang Lallaina yang masih terdiam itu.
YOU ARE READING
[C]✓Eidlan : Her saviour
Romance[Stand alone series] known as Her Saviour MUHD EIDLAN ISKANDAR : Jejaka tampan yang berkerja sebagai juruterbang, Menjadi idaman para gadis sudah biasa baginya. Tidak terlalu peramah tidak juga terlalu sombong. Seorang yang biasa saja. Lelaki yang m...