LAST

36.6K 1.7K 128
                                    

                  SPECIAL CHAPTER

"Cepat-cepat." Arah Lallaina sambil menarik lembut tangan kedua anaknya. Terkedek-kedek saja keduanya menyemai langkahnya. Lallaina tergelak kecil apabila anak gadisnya kelihatan berusaha melajukan langkah.

"Okey babies hati-hati." Apabila mereka sudah berada dihadapan tangga Lallaina memberi arahan untuknya anaknya berhati-hati. Gigih dia mengawal langkah kedua anaknya yang sedang menuruni tangga.

Dipertengahan tangga sudah kedengaran riuh oleh suara tetamu-tetamu keluarga mahupun kawan-kawan kedua mertuanya.

Sekarang mereka berada dirumah keluarga Eidlan memandangkan hari ini adalah hari kebahagiaan milik seorang Eiffie Izyan. Hari ini adalah hari perkahwinan Eiffie dengan pilihan puan Sri Iza sendiri.

Akhirnya setelah menginjak umur 31 tahun Eiffie telah menemukan pasangan hidupnya. Nasib baik bonda yang carikan tunggu lelaki itu yang pilih sendiri memang sampai kesudah tak kahwin.

Dan Eiffie pula hanya mampu redha apabila sudah ada calon untuknya. Tipulah dah menginjak 31 tahun ini tiada lagi keinginan untuk berkahwin. Ada okey! Sebabtu dia terima jodoh yang diaturkan orang tuanya.

Taklah dia penat-penat cari lagi.

Apabila sudah berjaya sampai ketangga terakhir terhenti terus langkah kedua sikecil itu malah keduanya jelas terpaku. Diruang tamu kelihatan ramainya tetamu yang sedang berehat disitu. Kalau diruang tamu pun dah penuh inikan dekat luar lagilah ramai.

Belum majlis resepsi dah ramai ini baru nak pergi rumah pihak perempuan. Kejap lagi semua bertolak kesana. Dan majlis resepsi akan diakan malam ini juga disebuah hotel mewah. Eiffie kahwin mewah maklumlah artis.

Tapi. Eiffie dah buat pengumuman awal-awal sebelum Kahwin. Lelaki itu akan berhenti menjadi seorang pelakon dengan alasan mahu sudah ada hati yang mahu dijaga dan lelaki itu juga mahu mencari pengalaman yang lain.

Dan Eiffie akan berkerja dibawah Eiyadh nanti. Uruskan syarikat abang dia yang lain.

Lallaina menunduk melihat kedua anaknya. Dia tersenyum tahulah dia kenapa. Budak dua ekor ni takut orang haha!

"Takpe jalan je jom anak-anak mummy." Lembut suara Lallaina mengarah anaknya. Langkah kembali diteruskan nasib keduanya patuh.

"Laina. " Keluar saja mereka kehalaman rumah mewah keluarga mertuanya yang sudah dipenuhi dengan tetamu kedengaran suara Wardah yang memanggil.

Lallaina terus memalingkan kepala kearah birasnya itu sebelum tersenyum. Ditarik kedua anaknya melangkah mendekati Wardah yang sedang duduk ditempat sedikit tersorok.

Dan wanita itu sedang menyuap Eizahra makan.

"Kak Wardah."

"Turun pun. Duduklah sini kejap nak bagi Ara makan. Dari tadi tak makan bonda sibuk ayah pun. Kesian budak comel ni tak berapa kena layan." Ujar Wardah apabila Lallaina sudah berada dihadapan mereka. Tangannya khusyuk menyuap makanan kedalam mulut adik iparnya. Eizahra dah 25 tahun tapi perangai dia masih sama seperti dulu. Kebudak-budakkan.

"Ala kesianlah budak comel ni." Aju Lallaina. Apabila berjaya mendudukkan anak sulungnya disatu kerusi dia juga turut melabuhkan punggung disitu dan anak gadisnya dipangkuh. Tersenyum saja dia melihat Eizahra yang fokus mengunyah makanan.

"Pergilah ambilkan Zyan dengan Ana makanan dulu. Biar akak jaga dorang." Air diberikan kearah Eizahra sebelum adik iparnya itu meneguk perlahan. Dia menawarkan diri pula untuk menjaga anak-anak buahnya. Tahu anak birasnya itu belum makan lagi.

[C]✓Eidlan : Her saviourWhere stories live. Discover now