EIDLAN-LALLAINA | 52

24.9K 1.3K 18
                                    

Lallaina memerhati belakang Eidlan yang sedang menunaikan solat subuh dihadapannya. Kakinya yang melunjur dibirai katil digerak-gerakkan.

Sedari tadi dia memerhati suaminya tidak langsung mengalihkan pandangan daripada suaminya. Harini dia ikut bangun bersama Eidlan. Sebab selasai saja suaminya solat mereka akan mengaji.

Eidlan akan mengajarnya.

Percaya atau tidak dia sebenarnya sudah teruja. Ini kali pertama dia akan belajar mengaji. Baru hari ini dia bersedia sepenuhnya.

Berapa minit kemudian duduk Lallaina terus menegak apabila melihat Eidlan sudah berpusing menghadapnya. Suaminya itu sudah mengukir senyuman kearahnya.

Eidlan mula bangun dari duduknya. Sejedah yang dipakainya mula dicapai sebelum dilipat. Selasai saja Eidlan berjalan pula kehujung bilik mereka sebelum meletakkan sejedah tersebut ketempatnya.

Isterinya kembali dipandang sebelum Eidlan berjalan mendekati wanita itu yang hanya memerhati setiap pergerakkannya. Berhenti dihadapan Lallaina tangan disua.

Lallaina tidak menunggu lama terus saja mengucup tangan suaminya. Dia tersenyum kecil apabila dia mengangkat kepalanya kembali seteleh selasai mengucup tangan suaminya dahinya dikucup oleh Eidlan.

"Jom ambil wudhu. Sayang kena ambil sebelum kita mula mengaji okey." Ujar Eidlan dan dia menunduk menatap Lallaina. Tangan naik mengusap kepala isterinya perlahan. Senyuman tidak langsung lekang daripada bibirnya.

Bukan dia tidak melihat betapa terujanya Lallaina kelihatan apabila pagi-pagi tadi mereka bangun dari tidur. Awal pagi pun dah ikut dia mandi.

Lallaina sekadar mengangguk. Menjawab suaminya.

Eidlan sengih dia menarik perlahan tangan Lallaina supaya bangkit daripada birai katil. Isterinya hanya menurut dan mereka berdua mula melangkah masuk kedalam bilik air.

Satu anggukkan diberikan kearah isterinya apabila mereka sudah berada didalam bilik air. Lallaina yang memahami itu terus melepaskan tangan suaminya dan berjalan mendekati pili air yang ada didalam bilik air tersebut.

Satu nafas ditarik perlahan sebelum Lallaina mula membuka pili air tersebut. Tangannya sempat dimainkan menyambut aliran air daripada paip tersebut sebelum dia mula mengambil wudhu.

Kedua tangan naik melipat kedada bidangnya. Mata tidak lepas memerhati Lallaina yang sedang mengambil wudhu. Terbit satu senyuman.

Dalam berapa minit akhirnya isterinya selasai. Eidlan kembali menjatuhkan tangannya sebelum berginjak ketepi ingin memberi ruang untuk isterinya keluar daripada bilik air tersebut.

"Sayang bersiap dulu. Abang nak ambil wudhu balik." Lallaina terkebil seketika sebelum tersenyum. Rajin suaminya. Tadi terbatal sebab-sebab nak bersalam dengannya.

"Baik."

Lallaina terus saja melangkah keluar daripada bilik air. Eidlan menghantar kepergian isterinya dan hilang saja dia pula yang mendekati pili air ingin mengambil wudhu.

Lallaina menghilang diri masuk kedalam bilik closet mereka. Dia hanya perlu mengambil tudung saja. Bajunya dah sedia panjang lengan.

Beberapa helai tudung diperhati. Ini pemberian Wardah untuknya. Hari itu niat nak minta satu je tapi birasnya bagi 10 helai. Dahlah cantik-cantik saja. Bukan setakat tudung sekali inner anak tudung.

Setahu dia mengaji kena pakai tudung jadi pinjamlah. Matanya memerhati satu persatu tudung yang elok dihangernya.

Seketika matanya terhenti dishawl berwarna putih. Terus Lallaina mengambil shawl tersebut. Dan inner anak tudung berwarna putih juga menjadi pilihannya.

[C]✓Eidlan : Her saviourWhere stories live. Discover now