EIDLAN-LALLAINA | 50

26.6K 1.3K 22
                                    

Lallaina melangkah keluar daripada kereta miliknya yang dipandu oleh Eidlan. Tangan terus naik menggaru belakang kepalanya. Dengan lemah dia menutup kembali pintu kereta miliknya. Perlahan dia mengangkat kepalanya dan memandang kehadapannya dimana kelihatan keluarga mertuanya yang turut melangkah keluar daripada vellfire yang dipandu oleh pemandu keluarga tersebut.

Ada bapa mertuanya dan juga ibu mertuanya. Wardah juga. Hanya dia dengan Eidlan yang menaiki kereta miliknya.

Lallaina memandang ketepinya sekilas kearah suaminya yang turut baru melangkah keluar daripada kereta tersebut. Bibir dikemam lembut sebelum dia kembali memandang kearah mertuanya. Lallaina mula mengatur langkah mendekati keluarga mertua yang sudah berura-ura untuk masuk kedalam.

Eidlan hanya memerhati isterinya yang sudah berjalan meninggalkannya. Dia mengunci kereta milik isterinya sebelum turut mengekori isterinya.

"Ayah. Bonda." Tan sri Eiden dan juga puan sri Iza yang baru mahu melangkah masuk kedalam rumah mereka terhenti apabila mendengar panggilan lembut menantu kedua mereka. Terus saja kedua pasangan itu memusingkan tubuh kembali kebelakang menghadap Lallaina.

Tidak lupa juga Wardah. Dia hanya melihat kearah Lallaina dihadapan.

"Ye sayang kenapa?" Soal puan Sri Iza lembut. Dia memberikan senyuman manis kearah menantunya. Dan Eidlan berhenti betul-betul ditepi isterinya. Dia melihat sekilas kearah bondanya sebelum menunduk menatap isterinya dari tepi.

"Maaf Laina dah menyusahkan Ayah. Dengan bonda. Laina dah malukan Ayah de--dengan bonda." Hujung ayatnya suara Lallaina terlalu perlahan. Kini matanya melorot jatuh kebawah. Tidak mampu untuk menatap kedua mertuanya. Tak pasal-pasal kedua mertuanya datang kebalai sebab-sebab dia.

Dengan dia pula yang bertindak kasar dengan orang. Betul-betul memalukan.

Puan sri Iza berpandangan dengan suaminya apabila mendengar kata-kata yang meluncur keluar daripada Lallaina.

"Menyusahkan apanya? Kenapa pula nak malu?" Ujar tan sri Eiden dan itu membuat Lallaina kembali mengangkat pandangan memandang kedua mertuanya. Tiada balasan tetapi Lallaina sudah mula menarik senyuman kekok.

Eidlan hanya memerhati tingkah isterinya. Perlahan sebelah tangan dimasukkan kedalam poket seluar.

"Takdelah. Laina mana ada menyusahkan. Apatah lagi memalukan. Janganlah macam ni sayang." Dihujung ayatnya puan sri Iza tergelak. Tersentuh pula melihat reaksi serba salah diwajah jelita menantunya.

"Tapi--"

"Takde apalah Laina. Dah jangan pikir macam-macam lagi. Masuk dalam rehat. Mesti penat. Ayah masuk dulu. Kejap lagi nak masuk solat maghrib." Laju saja tan sri Eiden mencantas menantunya. Diberikan senyuman kecil sebelum dia meninggalkan yang lain disitu. Perlu siap-siap lagi berapa minit akan masuk solat maghrib.

Lagipun tiada rasa disusahkan pun mahupun dimalukan oleh menantunya itu.

Mereka menghantar kepergian tan sri Eiden sampailah betul-betul menghilang. Dan puan sri Iza kembali memandang kearah Lallaina.

"Betullah apa Laina buat tu. Bonda sokong tau Laina buat macam tu. Dahlah jom masuk." Sekali lagi puan Sri Iza tergelak kali ini dia sudah berpusing dan meninggalkan anak menantunya disitu. Sampai sekarang dia masih terkejut dengan tindakkan berani Lallaina terhadap wanita tadi.

Menantunya betul-betul berani ye. Jangan dicabar.

Semakin kekok Lallaina dibuatnya. Matanya hanya menghantar kepergian mertuanya.

[C]✓Eidlan : Her saviourWhere stories live. Discover now