Lallaina mengkemam bibirnya rapat mata memandang tidak lepas kesatu arah. Tangan naik menggaru kepalanya apabila tiba-tiba saja terasa gatal.
Kelihatan jelas seseorang melambai dengan penuh semangat kepadanya. Tidak memberi tindak balas malah Lallaina hanya memerhati kelibat tersebut.
Lama dia hanya memerhati sebelum keluhan kecil dilepaskan. Kini tiada pilihan lain. Lallaina sudah berjalan dengan keterpaksaan mendekati kelibat tersebut yang masih beria melambai tangan kearahnya.
"Hai Assalamualaikum."
Sesampai saja dia dihadapan kelibat tersebut terus saja suara garau tersebut kedengaran memberi salam, Malah reaksi wajah kelibat tersebut betul-betul teruja saja.
"Walaikumsalam. You tak penat ke selalu datang sini ni encik Eid?" Tanpa basa basi lagi Lallaina terus saja membidas jejaka tampan dihadapannya. Ye dia si Eidlan Iskandar. Lelaki yang tersangatlah tidak makan saman. Malah disebabkan lelaki inilah dia sudah terpaksa bercakap banyak.
Tidak pernah-pernah dia seperti ini. Tetapi bila berhadapan dengan lelaki ini terasa bukan diri dia saja. Jujur dia katakan. Dia banyak cakap sekarang ini.
Dan semua ini hanya disebabkan jejaka tampan dihadapannya. Hanya sebab dia.
Eidlan hanya tersenggih dan seperti biasa bebola matanya bergerak meneliti segenap wajah cantik milik Lallaina. Tak boleh kalau tak teliti nanti rindu dia tambah berat.
Heh.
"Demi kau tak penat punya." Ujarnya selamba bersama kenyitan. Sebelum ketawa kecilnya terlepas apabila perasan dengan reaksi membahang daripada Lallaina. Kelihatan jelas pipi kemerahan milik Lallaina.
Damn.
Senyap.
Tiba-tiba keadaan berubah sunyi apabila keduanya hanya mendiamkan diri. Hanya mata mereka yang bertembung sesama sendiri tetapi tidak bertahan apabila Lallaina yang melarikan pandangan dia kearah lain.
Eidlan tersenyum senget.
Lallaina blushing dia tahu itu.
"How are you Laina?" Soal Eidlan malah dia bertindak menyandarkan belakangnya dikereta miliknya. Tangan dibawa naik melipat kedada bidangnya. Dalam dia menanti Lallaina menjawab matanya memerhati seluruh wajah cantik itu lagi.
Dia suka.
Cantik sangat.
Semakin membuak keinginan dia untuk membuat Lallaina menjadi miliknya.
Hanya perlu bersabar.
Sikit je lagi.
Dia perlu ambil hati gadis dihadapannya dahulu. Jika sudah ada peluang then ya. Akan dia pastikan Lallaina miliknya selamanya...
"I'm good."
See?
Dia jawab. Selalunya dia takkan jawab. Dia palau orang. Tapi... Dengan jejaka dihadapannya mulut dia seakan ringan saja.
She don't know what happen to her actually.
Bibir bawahnya digigit lembut bebola mata Lallaina tidak duduk diam. Digerakkan untuk melihat sekeliling mereka. Sumpah dia katakan jantung dia sudah mahu meloncat keluar sekarang.
Mana taknya. Lelaki dihadapannya kembali senyap tetapi mata itu tidak melepaskan pandangan daripadanya.
"Lallaina." Eidlan menyeru lembut gadis dihadapannya. Bibirnya masih tidak lekang dengan senyuman nipisnya. Kegelisahan gadis dihadapannya terlihat jelas. Semakin tertarik Eidlan melihatnya.
YOU ARE READING
[C]✓Eidlan : Her saviour
Любовные романы[Stand alone series] known as Her Saviour MUHD EIDLAN ISKANDAR : Jejaka tampan yang berkerja sebagai juruterbang, Menjadi idaman para gadis sudah biasa baginya. Tidak terlalu peramah tidak juga terlalu sombong. Seorang yang biasa saja. Lelaki yang m...