"Sah?"
"Sah!"
"Alhamdulillah." Lallaina terus saja memalingkan kepala kearah pelamin yang sudah terhias cantik ditepinya. Kelihatan Medalaine yang sudah mengalirkan air mata dan kakaknya itu kelihatan sangat cantik duduk diatas pelamin tersebut.
Majlis berjalan lancar kini Medalaine sudah sah menjadi isteri orang.
Bebola matanya perlahan memandang kesatu arah iaitu kearah Tuan Calvin yang duduk dihadapan pengantin lelaki. Daddy nya kelihatan tersenyum dan bercakap sesuatu dengan lelaki yang baru saja bergelar suami kepada Medalaine.
Kecil saja senyuman terbit dihujung bibir Lallaina sebelum bebola matanya bergerak pula kearah puan Melinda. Terkebil sekilas matanya dan kosong saja tatapannya terhadap mommy nya yang sedang melihat kearah Medalaine.
Dan wanita itu sedang mengalirkan air mata terharu.
Tanpa sedar lama Lallaina memerhati mommy nya. Kalau saja puan Melinda pun mengalirkan air mata terharu seperti ini kepadanya kan? Apa agaknya perasaan dia? Bahagia mungkin.
Tapi no...
Dari kecil mana ia pernah rasa kasih apa-apa daripada puan Melinda. Apatalah lagi kebanggaan wanita itu terhadapnya.
"Laina bangun. Taknak tengok Med sarung cincin ke?" Kembali ke reality Lallaina apabila Caitlyn datang menyapanya. Terus tersenggih Lallaina kearah kakak sulungnya sebelum dia bangun dari simpuhannya.
"Nak." Sebelum mendekati pelamin sempat Lallaina melihat sekelilingnya. Ingin mencari kelibat suaminya. Jumpa saja Lallaina tersenyum. Suaminya sibuk berborak dengan keluarga mertuanya. Dia duduk jauh sikit sebab nak teman Caitlyn duduk tepi pelamin temankan Medalaine juga.
Dan suaminya pula memilih untuk duduk bersama keluarga saja. Terharu pula dia apabila keluarga suaminya semua turut ada.
Eiffie si artis tu ada tau!
Lallaina dan Caitlyn berjalan mendekati pasangan baru itu. Laju saja Caitlyn mengangkat cameranya apabila Medalaine sudah mula menyarung cincin. Seketika bibir Caitlyn mencebik.
Dia menoleh kearah Lallaina yang tekun saja memandang kearah Medalaine.
"I yang paling kakak dari korang dua. Korang dua kahwin dulu dari I ye." Ditatap tak puas hati Lallaina yang sudah mengalihkan pandangan kearahnya. Terus bibir dimuncungkan. Selalunya kakak dulu ye ini bongsu dulu dan sekarang yang kedua pula.
Dia yang sulung dia yang terakhir ye.
Lallaina terus tergelak kecil mendengar kata-kata yang meluncur keluar daripada bibir Caitlyn. Geli hati pula dia.
Tapi betullah.
Caitlyn yang sulung tapi dia dengan Medalaine yang kahwin dulu. Lagi-lagi dia yang bongsu paling duluanlah pula.
Dipeluk bahu kakaknya.
"Sebabtu cari calon cepat-cepat boleh kahwin."
YOU ARE READING
[C]✓Eidlan : Her saviour
Romance[Stand alone series] known as Her Saviour MUHD EIDLAN ISKANDAR : Jejaka tampan yang berkerja sebagai juruterbang, Menjadi idaman para gadis sudah biasa baginya. Tidak terlalu peramah tidak juga terlalu sombong. Seorang yang biasa saja. Lelaki yang m...