Lallaina memandang lama skrin iPhone nya. Matanya sudah terkebil-kebil melihat pesanan yang masuk dan semestinya daripada suaminya. Semakin mengecil matanya. Entah. Eidlan ni sengaja ke atau saja nak buang tebiat.
Adakah patut suruh dia masak? Masak? Seriuslah masak?
Eidlan tiada sekarang keluar sebab ada meeting dengan rakan kerjanya. Dan dia ditinggalkan sekejap di apartment ini. Nanti waktu tengah hari Eidlan balik.
Sekejap lagilah nak balik dah.
Tapi bukan itu masalah dia sekarang. Masalah dia sekarang ini Eidlan tiba-tiba suruh dia masak.
Lallaina Chú masak?
Hmm.
Lallaina perlahan meletakkan iPhone nya keatas meja kabinet, Tangan naik bercekak pinggang dan memerhati ruangan dapur. Iya, Dia sedang berada diruang dapur sekarang disebabkan tadi sebelum mendapat pesanan daripada Eidlan dia disini sebab mahu minum air.
Dalam berapa minit dia hanya berdiri disitu memerhati sekelilingnya. Akhirnya Lallaina membuka langkah mendekati peti sejuk lalu dibuka. Buka saja terus tangannya naik menggaru kepala sendiri. Matanya meliar melihat isian didalam peti sejuk itu.
Banyak tu banyak.
Tapi nak masak apa?
Matanya menangkap ayam didalam peti sejuk tersebut, Laju saja tangannya mengambil itu dan sekali dengan bawang turut diambil. Kesemua barang keperluan Lallaina keluarkan dan sediakan diatas meja kabinet.
Gigih dia mengeluarkan bahan-bahan masakan dan siap sediakan diatas meja. Setelah berapa minit akhirnya bahan-bahan masakan hampir memenuhi meja kabinet tersebut. Lallaina sekali lagi bercekak pinggang.
Okey bahan dah ada. Lepastu nak buat apa lagi?
Apron!
Apabila melihat apron yang elok tergantung ditempat penyangkut Lallaina laju saja berjalan kearah itu dan mengambil apron tersebut sebelum dipakaikan ketubuhnya. Percayalah.
Ini kali pertama dia memakai benda ini.
Dia kembali mendekati bahan-bahan yang dia sediakan tadi. Sempat hujung keningnya digaru sebelum mencapai pisau. Dan ayam juga.
Setahunya cuci dulukan? Sebelum potong-potong. Lallaina membawa ayam tersebut kearah sinki dalam dapur itu.
Dengan reaksi sedikit geli Lallaina mula mencuci ayam tersebut. Bibir dikemam rapat dan kelihatan Lallaina yang sudah terleka membuat kerjanya. Sudah fokus sepenuhnya. Nak masakkan?
Mari kita masak...
"Sayang."
Laju Lallaina berpusing apabila sudah mendengar suara garau suaminya menyerunya. Terus dia tersenggih apabila melihat kelibat Eidlan yang sudah melangkah masuk keruangan dapur ini.
YOU ARE READING
[C]✓Eidlan : Her saviour
Romance[Stand alone series] known as Her Saviour MUHD EIDLAN ISKANDAR : Jejaka tampan yang berkerja sebagai juruterbang, Menjadi idaman para gadis sudah biasa baginya. Tidak terlalu peramah tidak juga terlalu sombong. Seorang yang biasa saja. Lelaki yang m...