EIDLAN-LALLAINA | 5

24.5K 1.4K 60
                                    

Zzup!

Rentak jantung Eidlan yang tenang kini terus saja berombak sedikit kasar. Liurnya ditelan payah. Dia terkaku.

Anak mata gadis itu tanpa sedar ditatap semakin dalam. Agak terkesima apabila gadis dihadapannya mengangkat pandangan dan kini jelas mata mereka berdua sudah bertembung.

Pada saat itu juga Eidlan merasakan sekeliling dia berubah gelap dan dirasakan hanya dia dan gadis ini saja yang berada disitu.

Jelas tangannya sudah terkaku diatas bahu gadis itu. Bukan menyentuh melainkan menghalang blazernya daripada melorot jatuh dan memastikan terpasang kemas dibahu gadis dihadapannya ini.

Damn she is really pretty.

Bebola matanya mula gatal menatap seluruh wajah cantik gadis dihadapannya. Sumpah sangat cantik. Dari kening yang sedikit tebal. Dan mata yang sedikit sepet tapi tidak terlalu. Mata yang kalau tersenyum kelihatan manis. Dan hidung dia mancung kecil saja. Hidung gadis tersebut dirasakan sempurna saja dimatanya. Dan tatapan terakhir jatuh dibibir merah itu.

Eidlan sekali lagi menelan liurnya.

Damn.

"Lallaina!"

Moment mereka berdua bagaikan direntap pergi apabila jeritan seseorang kedengaran lantang disitu.

Lallaina laju menoleh ketepi dan matanya sudah dihiasi dengan kedua kelibat kakaknya yang berdiri ditepi kolam. Jelas keduanya menayang wajah kerisauan. Lallaina terkebil kejap.

"Are you okey?" Eidlan yang baru tersedar itu terus bertanya. Malah tangannya diturunkan perlahan daripada bahu gadis itu. Sekali lagi Lallaina menoleh menatap lelaki tampan dihadapannya.

Melihat wajah dihadapannya membuat jantung Lallaina semakin menjadi-jadi. Malah tangannya masih mengigil. Matanya memandang dalam anak mata lelaki dihadapannya.

Semakin tidak keruan dia.

Tidak menjawab apa-apa Lallaina terus mengalihkan pandangan dia kearah lain. Lebih tepat tepi lelaki itu.

Beg dia terapung!

Sah basah semua.

Terus Lallaina sambar begnya. Dan tidak lagi memandang lelaki tersebut. Lallaina laju berjalan mendekati tepi kolam. Tangannya sudah memegang blazer yang menutupi bahunya. Sudah tidak kisah dengan siapa punya. Apa yang dia tahu. Dia harus pergi dari sini. Sekarang juga.

Sebelah tangan menghalang dress bahagian hadapan daripada terselak keatas apabila dia berjalan dalam air.

"Laina."

Kalut Medalaine dengan Caitlyn membantu adik mereka untuk naik. Berjaya saja dia naik keatas. Lallaina mengemam kuat bibirnya. Dia menunduk. Laju sebelah kakinya diangkat sikit dan heels yang dipakainya terus dibuka tanpa teragak-agak. Sebelah dah rosak entah kemana. Kini dia sudah berkaki ayam.

Baru dia mahu disentuh lagi oleh kedua kakaknya. Lallaina dengan laju berjalan tanpa menghiraukan lagi kedua kakaknya. Dia tahu semua orang tengah pandang dia dan itu semakin membuat Lallaina merasakan sedikit ketakutan.

Suara kedua kakaknya yang memanggil seakan tidak kedengaran.

Begnya dibuka. Basah teruk. Kunci kereta dia ambil. Turut basah tetapi Lallaina langsung tidak menghiraukannya. Tangannya sudah terlalu mengigil.

Nafasnya juga sudah semakin tidak teratur.

Laju dia membuka pintu keretanya sebelum bergegas masuk kedalam. Begnya dicampak ketepi. Sebelum memulakan pemanduannya Lallaina bertindak menenangkan dirinya sekajap. Kelopak matanya dipejam rapat dan kedua tangannya mengenggam kuat streng keretanya.

[C]✓Eidlan : Her saviourWhere stories live. Discover now