EIDLAN-LALLAINA | 51

25.1K 1.3K 29
                                    

Mata tidak langsung terkalih daripada menatap isterinya yang sedang leka memakai skincare dihadapan meja solek bilik mereka.

Eidlan perasan sesuatu. Lallaina yang tiba-tiba saja bertingkah acuh tak acuh. Maksudnya seakan kehilangan mood secara tiba-tiba selepas kepulangan mereka daripada rumah keluarga mertuanya tadi.

Tetapi walaupun begitu Lallaina yang berusaha cuba untuk melayan dia yang sesekali bertanya. Tetapi itulah banyak yang dia tanya hanya sepatah saja jawapan isterinya.

"Are you done?" Lallaina yang baru berpusing menghadap katil terkebil seketika apabila disoal oleh suaminya. Dia baru habis memakai segala keperluannya dimuka. Dengan gerakkan perlahan Lallaina mengangguk sebelum dia berjalan mendekati katil tersebut.

Dia memanjat dan terus saja mengambil tempat ditengah antara kedua kaki Eidlan. Suaminya tengah bersandar dikepala katil.

Terangkat alis tebal Eidlan apabila Lallaina sudah meniarap diantara kedua kakinya. Malah wanita itu dengan selamba menyebamkan wajah keperutnya yang tertutup dengan t-shirt yang sedang dipakai.

Eh?

Tapi tidak menunggu lama kedua tangannya naik memeluk tubuh langsing itu. Malah dia menunduk sedikit mengucup puncak kepala isterinya.

"Kenapa?" Soal Eidlan lembut. Dia menjauhkan wajahnya kembali. Dan cuba menarik Lallaina keatas sedikit supaya lebih selesa. Dirasakan isterinya yang hanya menggeleng dan kedua tangan isterinya sudah menjalar kearah kedua tepi pinggangnya dan terus saja memeluknya.

"Aku tahu kau tak okey sayang." Ujar Eidlan sambil menunduk memerhati isterinya. Lallaina masih setia menyebamkan wajah diperutnya. Dia tahu ada yang tak kena dengan Lallaina tetapi dia tidak pasti apa itu.

Lallaina menghela nafas paling kecil sebelum dia mengangkat perlahan pandangannya keatas. Lebih tepat menatap suaminya diatas. Dagunya sudah disangkut diperut Eidlan. Kini mata bertembung mata.

Eidlan mengangkat sekilas keningnya kearah isterinya. Dan tangannya yang memeluk tubuh langsing itu mula mengusap perlahan. Diusap lembut belakang tubuh kecil isterinya.

"Kenapa? I tak nampak macam okey ke?" Soal Lallaina polos. Sengaja! Dia memang tak okey pun sebenarnya. Tapi untuk memberitahu masalahnya ini bukan dia. Ala kecil saja pun nak bagitahu orang lagi kenapa?

Eidlan bertindak mengecilkan matanya kearah Lallaina. Dia serius ini.

"I'm serious sayang." Tertahan nada suara Eidlan kini. Manakala Lallaina sudah tersenggih. Dia kembali menyebamkan wajahnya keperut suaminya.

"I okey jelah. You je pikir lebih-lebih kenapa?" Menggumam Lallaina disebalik perut suaminya. Pelukkan dipinggang Eidlan semakin dieratkan.

"No you're not okey." Kedua tangan Eidlan naik menekup kedua tepi wajah isterinya. Dan terus saja dipaksa mendonggak menatapnya kembali. Jelas terkebil-kebil Lallaina dengan perilakunya.

"Eid!"

"Cakap sekarang sayang kenapa?" Mata sengaja dijegilkan kearah isterinya. Tangannya sudah memicit perlahan kedua pipi Lallaina sampaikan termuncung bibir merah itu. Mata Eidlan jatuh kebibir isterinya dan senyuman senget terukir dibibirnya.

Lallaina suka sembunyikan masalah.

Lallaina menjulingkan matanya keatas sebelum memukul perlahan lengan suaminya. Mata turut dijegilkan sama kearah suaminya.

[C]✓Eidlan : Her saviourWhere stories live. Discover now