EIDLAN-LALLAINA | 34

28.8K 1.4K 65
                                    

Lallaina terpisat-pisat terbangun apabila merasakan pergerakkan daripada sebelahnya, Perlahan tangan naik menggosok matanya sebelum matanya sudah menangkap sosok tubuh Eidlan yang turun daripada katil.

Berkerut keningnya dan matanya dijauhkan sebelum dia mengerling kearah jam yang elok tergantung dihadapan. Awal lagi ni.

"Eid." Dengan suara seraknya dia menyeru perlahan suaminya, Eidlan yang sudah berjalan ke hujung bilik itu terus berpusing menghadapnya jelas sedikit terkejut lelaki itu.

"You nak pergi mana?" Soal Lallaina polos, Matanya sempat melihat tuala yang sudah diambil Eidlan sebelum mencari anak mata suaminya, Terkebil-kebil matanya dan masih berat. Jelas mengantuk.

"Tak pergi mana pun. Aku nak mandi kejap lagi solat subuh." Matanya yang masih kuyu perlahan semakin terbuka luas, Agak terkesima sikit Lallaina dibuatnya. Solat subuh? Bibir dikemam sebelum dia mengangguk kecil.

Oh faham.

Eidlan bertindak mendekati Lallaina kembali dan dia mengambil tempat dibirai katil betul-betul sebelah isterinya. Isterinya itu masih terbaring dan hanya memerhati segala tingkahnya.

"Nak ikut aku solat? Hmm." Tangan Eidlan naik mengusap perlahan kepala isterinya. Ada senyuman kecil terbit dibibirnya, Kini bebola matanya melihat setiap inci wajah cantik isterinya.

Kali ini Lallaina terkedu, Bibirnya digigit sedikit kuat. Malah liurnya ditelan payah. Nak jawab apa eh? Dia.

Dia tak pandai pun.

Dia betul-betul tidak tahu pun tentang solat.

Seketika dia menggeleng, Reaksi wajahnya jelas mendatar. Kenapa dia rasa lain? Kecewa. Tentunya kecewa. Rasa bersalah juga ada.

"I. I tak pandai." Jawab Lallaina jujur, Dan tangannya perlahan mengalihkan tangan Eidlan daripada mengusap kepalanya, Tentang agama dia mana pernah belajar. Dia mana tahu apa-apa tentang agama pun.

Dari kecil mana pernah merasa menunaikan satu kewajipan itu. Inikan solat mengaji tu pun mana dia tahu. Macam dia katakan. Dia tidak tahu apa-apa pasal agama ni.

Tiada siapa yang ajar, Dan dia mana pandai belajar sendiri.

"Hey." Eidlan bertindak terus menundukkan kepalanya mendekatkan wajah mereka. Dan kedua tangannya kini sudah menekup kedua tepi wajah isterinya, Betul-betul dihadap dengannya dan anak mata itu ditatap lembut.

"Sayang."

"It's okey sayang." Lembut saja suara Eidlan kedengaran seakan memujuk Lallaina, Tidak mahu Lallaina merasa tersinggung. Jarinya sudah mengusap pipi isterinya.

"Tak apa pun kalau kau tak pandai, Boleh belajarkan?" Lallaina diam tidak membalas apa-apa hanya matanya yang bergerak semakin menatap jauh anak mata Eidlan, Tiada reaksi daripada wajahnya.

"Laina. It's okey, I know this is not easy for you sayang. Take your time okey? Aku takkan cakap apa-apa dan aku takkan paksa kau. But I want you to promise me." Eidlan menghentikan ujarannya, Semakin ligat dia mengusap pipi isterinya, Dia sengaja mengukir senyuman manis dihadapan isterinya.

"Promise me yang kau akan belajar tentang ni nanti. Just take your time until finally you ready for it. Aku akan tunggu waktu tu dan aku akan sentiasa ada untuk kau dan yang akan ajar kau. Jadi... Take your time okey baby?" Bibirnya semakin dikemam kuat, Mata dikebilkan beberapa kali. Sumpah dia tersentuh mendengar ini. Terasa sebak pun ada.

[C]✓Eidlan : Her saviourWhere stories live. Discover now