Dengan gaya mata sleepy eyes dia menatap penampilan dia dihadapan cermin. Tubuh langsingnya sudah kemas memakai baju dress panjang ikut bentuk badan dan hanya bertali halus. Bahunya terdedah sepenuhnya. Bahagian hadapannya tertutup hanya bahagian belakangnya yang terdedah.
Lebih gemar menayangkan bahagian belakang saja daripada bahagian hadapannya.
Rambutnya diikat gaya kegemarannya. Iaitu ikat ekor kuda. Rambutnya yang tebal dan panjang paras bawah pinggang terikat kemas dan memanjang dibahagian belakang.
TOK ! TOK !
Kepala lantas dikalih kearah pintu biliknya yang sudah diketuk dari luar. Lallaina memandang kosong pintu biliknya.
"Laina are you done?" Tidak lama kemudian kedengaran suara Medalaine dari luar. Malah kakaknya itu masih setia mengetuk pintu biliknya.
"Let's go Laina. We have to go." Kali ini suara Caitlyn pula yang kedengaran. Lallaina memejam kejap kelopak matanya sebelum dia terus mengambil segala barang keperluannya. Kunci kereta kesayangannya disambar sebelum dia mula berjalan mendekati pintu biliknya.
KLAK!
Terbuka saja pintu bilik adik mereka. Caitlyn mahupun Medalaine masing-masing terkaku. Terkebil-kebil mata keduanya melihat Lallaina dihadapan mereka. Jelas anak mata keduanya memandang tubuh langsing terbentuk indah itu bermula daripada bawah sampailah keatas.
"You look so gorgeous Laina!" Jerit kecil Medalaine. Tersenyum melihat penampilan adiknya yang betul-betul kelihatan sangatlah cantik. Baju dress berwarna coklat muda itu betul-betul sepadan ditubuh adiknya itu. Kulit Lallaina semakin kelihatan cerah memakai dress itu.
Caitlyn tersenyum bangga. Melihat penampilan Lallaina seperti ini terasa mahu saja ditariknya adiknya untuk menjadi modelnya. Mungkin kesemua model yang dia ada akan kalah dengan Lallaina.
Jarang-jarang Lallaina begini. Adiknya selalu dengan suit. Maklumlah kerja dan kerja dan terus kerja.
Matanya memandang kejap kedua kakaknya dan tanpa menghiraukan kedua itu. Lallaina berjalan melintasi kedua kakaknya. Pujian daripada kedua kakaknya seakan tidak kedengaran. Malah tidak langsung berkesan baginya.
Melihat Lallaina yang sudah berjalan mendahului mereka tanpa menghiraukan kelibat mereka berdua. Caitlyn yang faham hanya tergeleng. Manakala Medalaine laju saja menarik tangan kakaknya supaya mengekori jejak Lallaina yang sudah mahu menghilangkan diri untuk masuk kedalam lift rumah mereka.
"Ready to go?" Ketiga gadis itu terhenti apabila sesampai diruang tamu kedengaran suara Tuan Calvin menegur. Caitlyn dan Medalaine menoleh kearah sofa dan kelihatan kedua orang tua mereka sedang santai duduk. Lallaina hanya diam malah hanya memandang bawahnya. Tidak langsung menoleh melihat kedua orang tuanya itu.
"Yes daddy." Jawab Caitlyn dan sudah berjalan mendekati kedua orang tua mereka itu. Medalaine turut melakukan benda yang sama. Mengekori Caitlyn dari belakang. Lallaina yang perasan itu terus meneruskan langkahnya. Iaitu keluar daripada rumah. Dan menunggu saja kedua kakaknya dari luar.
Menyapa kedua orang tuanya untuk pergi? Rasanya tak perlu. Dia selama ini jalan saja tanpa adanya bersalam dengan kedua orang tuanya itu.
She used to it and her parents too...
Tuan Calvin sempat menghantar kepergian anak ketiganya yang selamba pergi tanpa memandang pun kearah mereka.
"Pergi sana elok-elok tau. Take care of Lallaina." Kali ini suara Puan Melinda kedengaran tidak lupa memesan kedua anaknya ini untuk menjaga Lallaina. Maklumlah ini pertama kali Lallaina bergabung dengan kedua anaknya ini. Teranguk-angguk Medalaine mendengar pesanan mommy nya. Selepas menyalam tangan Tuan Calvin dia mendekati pula puan Melinda benda yang sama dilakukan. Begitu juga Caitlyn.
YOU ARE READING
[C]✓Eidlan : Her saviour
Romance[Stand alone series] known as Her Saviour MUHD EIDLAN ISKANDAR : Jejaka tampan yang berkerja sebagai juruterbang, Menjadi idaman para gadis sudah biasa baginya. Tidak terlalu peramah tidak juga terlalu sombong. Seorang yang biasa saja. Lelaki yang m...