Eidlan berjalan malas keluar daripada bilik air. Tangannya masih setia menggosok rambutnya yang masih basah. Dia tengah mandi tetapi kedengaran jelas bunyi loceng apartment nya. Ditekan sekali takpe ini rasanya dah berkali-kali. Entahlah siapa minta kaki agaknya.
Seakan tidak terkesan dengan bunyi loceng itu Eidlan menghilangkan diri masuk kedalam bilik closet miliknya. Takkan nak pergi buka pintu dengan bertuala begini? Mahu pengsan orang dibuatnya. Biar orang tu menunggu lantak dialah. Siapa suruh waktu orang tengah mandi? Dia mula mengambil keperluannya. Jogger pants dengan t-shirt hitam kosong menjadi pilihan.
Berapa minit dalam bilik closetnya Eidlan melangkah keluar dengan dia yang sudah kemas berpakaian. Tidak mempedulikan lagi rambutnya yang masih basah dan sedikit kusut. Eidlan melangkah keluar daripada biliknya.
Ditengah-tengah dia berjalan ingin menuju kepintu apartment nya. Dia bertindak menyebak rambutnya kebelakang mengemaskan rambutnya.
KLAK!
"Engkau! Kau buat apa gila! Lamanya nak buka pintu. Ingat dah mati tadi." Buka saja dia pintu terus dia disembur dengan Eiyadh. Kelihatan wajah abangnya yang jelas menahan geram terhadapnya. Seketika Eidlan tersenggih tak bersalah. Lah...
Eiyadh rupanya. Kalau dia tahu memang dia mandi lagi lama. Biar melaun ni semakin meroyan disini. Eidlan selamba menyandarkan tepinya dihadapan pintu tangan naik melipat kedada bidangnya. Terangkat alis tebalnya memandang kearah abangnya.
"Kau pengsan ke Eid dalam tu? Penat tahu tak tunggu kau buka pintu." Suara lembut kakak iparnya pula kedengaran. Eidlan mengalihkan pandangan kearah wanita itu pula jelas kelihatan Wardah yang sudah menjelingnya. Semakin melebar sengihan tak bersalah Eidlan.
Tidak lagi menghiraukan Eidlan laju Eiyadh menarik tangan isterinya untuk masuk saja kedalam walaupun tidak dipelawa lagi oleh Eidlan. Kisah pula dia.
Dilanggarnya bahu Eidlan sebelum membuka kasut yang dipakainya. Memastikan Wardah pun sudah selasai membuka kasut selamba dia menarik isterinya keruang tamu apartment adiknya.
Kedua pasangan itu terus saja melabuhkan punggung disalah satu sofa disitu. Manakala Eidlan sudah menjulingkan matanya keatas sebelum dia menutup kembali pintu apartment nya.
Dia sudah berjalan mendekati kedua pasangan tak diundang itu.
"Kenapa tiba-tiba datang sini ni?" Soal Eidlan apabila berjaya melabuhkan punggungnya dihadapannya kedua pasangan itu. Tubuhnya disandarkan disofa itu kini matanya bersilih ganti memandang Eiyadh dan juga Wardah.
Jarang-jarang kedua ini datang kerumahnya.
"Ada benda nak cakap dengan kau. Pasal Lallaina."
"Hah!"
Tegak kembali tubuh Eidlan apabila mendengar nama gadis idamannya meluncur keluar daripada mulut abangnya. Kini tumpuan dia sudah fokus sepenuhnya kearah abangnya. Ada sinar keterujaan diwajahnya pada saat ini.
Manakala Eiyadh. Menyenget kecil bibirnya melihat reaksi daripada adiknya apabila nama Lallaina dia sebut. Malah reaksi teruja diwajah adiknya membuat dia ingin menampar saja adiknya itu. Gila betul si Eidlan ni dekat Lallaina.
"Kenapa? Kenapa dengan Lallaina?" Kedengaran tidak kesabaran saja suara Eidlan. Pandangan dia kini terhadap abangnya sudah mendalam. Seakan tidak sabar untuk mendengar apa yang mahu abangnya sampaikan kepadanya pasal Lallaina.
Tetapi.
Ada sedikit takut walaupun dia sudah teruja nak mampus sekarang.
Takut. Yang ditakuti dia beberapa hari ini adalah kenyataan. Iaitu Lallaina mempunyai kekasih hati.
YOU ARE READING
[C]✓Eidlan : Her saviour
Romance[Stand alone series] known as Her Saviour MUHD EIDLAN ISKANDAR : Jejaka tampan yang berkerja sebagai juruterbang, Menjadi idaman para gadis sudah biasa baginya. Tidak terlalu peramah tidak juga terlalu sombong. Seorang yang biasa saja. Lelaki yang m...