EIDLAN-LALLAINA | 57

23K 1.3K 34
                                    

Lama Lallaina memerhatikan penampilan sendiri dihadapan cermin. Bibir dikemam dan tangan dibuka sedikit sebelum dia berpusing kekiri dan kekanan. Melihat keseluruhan penampilannya.

Satu hembusan nafas dilepaskan sebelum dia menarik satu senyuman lebar dihadapannya.

Tangan naik keperutnya yang sudah kelihatan sedikit. Sudah masuk 4 bulan.

"Cantik tak mummy?" Soal Lallaina perlahan sebelum dia menunduk memandang perutnya. Bermain tangannya diperut sendiri.

"Daddy suka tak mummy macam ni?" Soal Lallaina lagi. Tangannya semakin ligat mengusap perut sendiri. Rutin harian dia sekarang memang suka bercakap dengan kandungannya. Hilang dah seorang Lallaina yang payah nak buka mulut untuk bercakap tau. Sekarang tak kira dimana. Ada kawan ke takde kawan memang dia bercakap. Takde kawan tu dengan anaknya lah dia bercakap haha.

Lallaina kembali memandang penampilannya. Memastikan dia betul-betul kelihatan kemas. Susah puas hati berjalan pula dia kearah katil. Begnya dicapai begitu juga dengan iphone nya.

Baik dia tunggu Eidlan dekat ruang tamu saja. Sekejap lagi suaminya akan balik. Sekarang mereka berada di apartment milik Eidlan. Hari ini Eidlan akan balik awal tadi pagi flight lepastu balik petang.

Dan sekarang dia bersiap sebab bonda ajak luar malam ini.

Mungkin Eidlan sudah dalam perjalanan. Sekarang dah nak masuk pukul 5 petang.

Memastikan tiada sudah barang tertinggal Lallaina melangkah keluar daripada bilik mereka.

KLAK!

Keluar saja dia daripada bilik mereka pintu utama apartment pula dibuka dari luar. Dan gerangan Eidlan melangkah masuk kedalam menghentikan langkah Lallaina yang baru ingin kesofa itu.

Terhenti Lallaina dihadapan pintu bilik mereka. Malah tangan masih ditombol pintu bilik yang sudah ditutup itu.

Selasai menutup kembali pintu apartment tersebut Eidlan berpusing kebelakang. Seketika dia terkedu.

Tak berkelip kini dia menatap penampilan isterinya.

Lallaina perlahan melepaskan tombola pintu sebelum dia melangkah perlahan dan senyuman manis dia ukir.

"Hai abang." Lembut suaranya menyapa Eidlan yang jelas terkedu dihadapan. Langkah dibawa mendekati suaminya.

Eidlan masih segak memakai uniform pilotnya. Ditepi lelaki itu ada bagasi serta topi pilotnya.

Setiap langkah wanita itu diperhati sampailah Lallaina betul-betul berhenti dihadapannya. Saat itu bebola mata Eidlan menjalar diseluruh tubuh langsing isterinya. Dari atas kebawah dan dari bawah keatas.

"Sa--sayang. Wow cantik." Perlahan saja nada garau Eidlan memuji. Lallaina sedang berpakaian sopan. Sangat sopan.

Isterinya memakai tudung bersama abaya dan longgar saja ditubuh wanita itu. Makin terharu apabila inner berwarna kulit yang dipakai isterinya. Kaki wanita itu juga tidak kelihatan kerana elok saja memakai stokin kulit.

Ya Allah tertutup sangat. Sejuk mata melihat penampilan Lallaina sekarang ini.

Mendengar pujian Eidlan Lallaina menahan senyum. Tipu tak kembang.

"Abang suka tak?" Soal Lallaina polos. Dia berpusing dihadapan Eidlan. Iya dia sudah mengambil keputusan untuk berpenampilan seperti ini.

Berbulan-bulan menjadi isteri Eidlan banyak benda yang dia pelajari. Sampaikan dia mengambil keputusan untuk berpenampilan seperti sekarang. Lagipun dia selalu luangkan masa bersama Wardah. Wanita itu banyak mengajari tentang berpakaian seperti ini.

[C]✓Eidlan : Her saviourWhere stories live. Discover now