Eidlan menolak pinggan yang sudah licin kehadapan dan dia mengelap mulutnya sebelum matanya memerhati keluarganya satu persatu, Kelihatan mereka yang sedang khusyuk menyuap makanan kedalam mulut.
"Eid nak bagitahu sesuatu." Perlahan saja suara Eidlan dan itu sudah berjaya menarik perhatian mereka semua. Masing-masing sudah memandang tepat kearahnya, Eidlan tersenyum nipis.
"Nak bagitahu apa tu sayang?" Soal Puan sri Iza lembut kearah anak keduanya itu, Wajah tampan anak keduanya dipandang lembut. Malah pinggannya juga sudah ditolak menjauh sikit. Kini tumpuan mereka sudah tertumpuh sepenuhnya kearah Eidlan.
"Ayah. Bonda, Kalau Eid nak kahwin boleh? Eid nak kahwin."
"Pft! Uhuk! Uhuk!" Tersembur air Eiffie mendengar itu, Kalut dia menekup mulutnya tetapi dia sudah memerah disebabkan batuknya, Eizahra yang berada ditepinya terus saja menepuk belakang tubuhnya, Tersenget kepala gadis muda itu memandang abangnya yang terbatuk dari tepi.
Semakin kuat tangan kecilnya menepuk tubuh belakang abangnya.
"Muhd Eiffie Izyan..." Tertahan saja nada tan sri Eiden seakan menegur tingkah anak ketiganya itu, Selamba je tersembur macam tu, Sudahlah depan rezeki macam ini, Nasib Eiyadh dengan Wardah yang duduk depan tak terkena air tu tau.
Tak senonoh betul anak dia sorang ni.
Manakala Eidlan menatap kosong adiknya yang dirasakan selalu potong line saja, Sibuk tahu tak budak ni. Sehari tak ganggu dia boleh tak? Apa dia buat semua Eiffie ganggu saja. Ada dia campak pergi luar tu kang.
"Ma--maaf ayah Eif tak sengaja." Tersekat suara Eiffie kedengaran atas dadanya ditepuk kuat, Memerah wajahnya sekarang ini. Gila! Tiba-tiba tersedak sebab mendengar kata-kata Eidlan tadi.
What? Nak kahwin?
Tergeleng tan sri Eiden, Dia kembali memandang kearah Eidlan.
"Angah nak kahwin? Boleh je. Apa pula tak bolehnya." Kata tan sri Eiden, Dia tersenyum kearah anak keduanya itu, Teruja pula dengar anak dia yang ini mahu kahwin. Akhirnya anak keduanya dapat juga kebahagiaan dia.
Alhamdulillah.
"Eid nak kahwin? Betul ke? Dengan siapa?" Teruja saja puan sri Iza, Bersinar matanya menatap anak keduanya, Agak terkejut mendengar kalau anak keduanya itu mahu berkahwin, Hati ibu mana saja tidak teruja dan bahagia?
"My girlfriend."
Membulat mata Eiyadh manakala Eiffie sudah ternganga, Dipandang tidak percaya wajah tenang Eidlan, Biar betik? Sejak bila ada makwe budak ni?
"Se--seriuslah Eid? Jangan cakap kau nak kahwin dengan Lallaina." Tebak Eiyadh dengan suara terkejutnya, Gila tak terkejut Eidlan tak cakap apa-apa pun sebelum ni lepastu sekarang tiba-tiba nak kahwin pula. Dan hanya Lallaina yang masuk kedalam otaknya sekarang ini. Hanya Lallaina yang berjaya membuat seorang Eidlan Iskandar jadi angau teruk.
"Exactly. Yes aku nak kahwin dengan Lallaina." Wajah bangga ditayangkan dihadapan adik beradiknya. Kening diangkat tinggi. Kalau boleh nak tepuk dada sekali. Tak bolehlah dengar nama Lallaina ni tak boleh.
Lemah titew.
"WOH!" Eiffie bangun dari duduknya, Dia menepuk kuat tangannya dan wajah bangga abangnya semakin ditatap dalam. Gila! Lallaina? Seriuslah Eidlan ni wah. Dah berjaya budak ni ye.
Eizahra dan Wardah hanya terkebil-kebil melihat situasi dihadapan mereka. Keduanya terkaku daripada menyuap makanan kedalam mulut masing-masing.
"Jadi Eid nak minta tolong ayah dengan bonda datang rumah Lallaina, Pinang Lallaina untuk Eid. Bolehkan ayah? Bonda?" Pinta Eidlan sebelum matanya memandang silih ganti kedua orang tuanya, Senyuman manis dilemparkan kearah kedua insan tersayangnya itu. Laju terus puan Sri Iza mengangguk. Mestilah boleh! Wah tak sabarnya dapat menantu baru.
"Mestilah boleh. Anak bonda nak bila? Nanti bonda yang atur semua jangan risau. Cakap je anak bonda nak bila." Bersungguh-sungguh puan Sri Iza bertanya semakin lebar senyuman dia. Melihat keterujaan sang bonda Eidlan tersenggih. Ni yang terasa bertuah betul lahir dalam keluarga ni. Apa je dimahu mereka mesti dibenarkan dengan hati terbuka oleh kedua insan kesayangan mereka ini.
Tidaklah pernah kecewa dengan layanan kedua kesayangan mereka ini. Dari dulu hanya utamakan apa-apa kemahuan mereka. Tidak pernah langsung membangkang dengan kehidupan yang mereka inginkan. Asalkan melihat mereka bahagia maka bahagialah juga keduanya ini.
Lucky me right?
"Mana bonda je. Eid ikut, Tapi nak cepat tau bonda." Kedua beranak itu bertatap mata sebelum tersenggih. Sebelum Puan sri Iza menepuk tangan perlahan.
"Okey. Esok kita jumpa keluarga dia." Mengecil terus mata tan sri Eiden melihat isterinya dari tepi, Amboi bab-bab macam ini lajunya isteri kesayangan ini ye.
"Ni Eid yang tak sabar ke bonda ni?" Ujar Eiyadh apabila melihat keterujaan sang bonda, Dah Eidlan teruja tu pun kalah dengan bonda dia tau. Dia punya bahagia dapat menantu baru tu aih.
"Mestilah tak sabar dapat menantu baru lagi, Siapa nama dia? Liana?" Lancar saja mulut puan sri Iza menjawab sempat dia menjeling manja Eiyadh sebelum dia memandang Eidlan.
"Lal--Laina Bonda oi bukan Liana." Bidas Eiffie, Diperbetulkan sebutan bondanya, Dia kembali melabuhkan punggungnya sebelum dia terus memuncung. Kenapa semua nak kahwin ni? Habistu dia macam mana? Inikan kahwin awek pun takde ni aduh.
"Oh Lallaina. Tak sabarlah nak jumpa." Ujar puan Sri Iza, Mula sudah terbayang-bayang dapat menantu baru. Mesti makin meriah. Ada Wardah pun dah bahagia ini nak tambah lagi makin bahagia lah dia.
"Kahwinlah semua kahwin, Tinggalkan jelah aku~" Sayu saja nada Eiffie kedengaran sebelum dia berpusing menghadap adik bongsunya, Makin panjang muncungan dibibirnya. Tangannya naik mencuit bahu adiknya yang tidak terkesan dengan keadaan sekeliling malah hanya fokus dengan makanannya.
"Apa?" Sedikit kasar suara Eizahra bertanya, Rimas dengan cuitan Eiffie dibahunya, Berkerut-kerut wajah cantiknya memandang abang ketiganya.
"Hug me. I'm a sad boy right now Ara." Bibirnya disebik dihadapan adiknya. Meminta simpati kearah adik bongsunya itu malah kedua tangannya sudah didepa dihadapannya Eizahra. Terpinga-pinga adiknya itu melihat tingkahnya.
Tetapi tidak menunggu lama kelihatan gadis muda itu bangun dari duduknya sebelum dia menarik kepala abangnya kedalam pelukkan. Tidak tahu apa yang tak kena dengan abangnya tapi dia dengar perkataan 'Hug me' keluar dari mulut abangnya tadi. Jadi dia peluklah.
"Shh. shh." Mendengar Eizahra yang sedang memujuknya membuat Eiffie mengemam rapat bibirnya menahan daripada ketawa. Sumpah comel tapi lawaknya adik dia. Polos sangat ya Allah. Dan dapat dia merasakan tangan kecil Eizahra sudah mula menepuk belakangnya.
Mereka yang lain hanya tergeleng. Drama betul budak Eiffie ni padan dengan kerjanya pandai berlakon.
"Menyampahnya aku tengok budak ni." Kata Eiyadh sambil menayangkan wajah menyampahnya. Eiffie ni memang minta kaki agaknya. Melebih betul budak hingusan ini.
"Ara dengar tak tu? Dia kata menyampah Ara huwa..." Disebalik pelukkan Eiffie menggumam sebelum pura-pura menangis, Laju Eizahra memalingkan kepalanya kearah Eiyadh. Terus mata menatap tajam wajah abang sulungnya itu.
"Shut up." Wajah garang ditayangkan dihadapan abang sulungnya itu. Tersenggih terus Eiyadh melihat wajah comel perasan garang milik adik bongsunya itu. Terus tangan disatukan.
"Ampun tuanku." Wardah yang melihat sudah menahan ketawa. Lawak tau adik beradik ni. Tak buat hal semua dalam sehari tak sah tahu tak.
"Bonda."
Eidlan yang hanya memerhati tingkah ketiga beradiknya itu kembali memanggil bondanya. Penat juga dia melihat kelakuan tiga beradiknya itu. Lagi-lagi Eizahra. Tak pernahlah tak menyentuh perasaan mereka.
"Eid taknak tunang tau. Terus kahwin."
Tbc
YOU ARE READING
[C]✓Eidlan : Her saviour
Romance[Stand alone series] known as Her Saviour MUHD EIDLAN ISKANDAR : Jejaka tampan yang berkerja sebagai juruterbang, Menjadi idaman para gadis sudah biasa baginya. Tidak terlalu peramah tidak juga terlalu sombong. Seorang yang biasa saja. Lelaki yang m...