EIDLAN-LALLAINA | 25

21.6K 1.2K 43
                                    

TOK TOK !

Lallaina membuka perlahan kelopak matanya apabila berjaya diganggu dengan bunyi ketukkan dipintu biliknya, Terpisat-pisat Lallaina dibuatnya. Dengan gaya malas dia membangunkan perlahan tubuh, Dia mula menyandar dikepala katil, Rambutnya yang menutupi seluruh wajahnya disebak kebelakang. Akibat perbuatannya semakin kusut rambutnya.

Dia menghela nafas kecil bunyi ketukkan masih kedengaran jelas ditelinganya.

"Cik muda oh cik muda. Bangun cik muda." Sayup-sayup kedengaran suara bibik dari luar, Lallaina memandang hadapan melihat kearah jam, Sudah pukul 12 tengah hari. Terkebil-kebil mata Lallaina.

Lambatnya dia bangun.

Maklumlah cuti. Hari inikan hari minggu. Dan dia sumpah penat siapkan kerja semalaman. Cuti pun sebab tak pergi office je tapi kerja tetap jalan.

Lallaina mula mengesot ketepi katil sebelum turun daripada katilnya, Dia berjalan malas mendekati pintu biliknya. Sempat dia melihat mukanya dicermin tadi. Nasib baik tiada kotoran.

KLAK!

Buka saja pintu wajah bibiknya terus menghiasi pandangan, Dengan tatapan kosong Lallaina menaikkan keningnya kearah wanita dihadapannya.

"Cik muda kena turun sekarang, Tuan arahkan cik muda untuk turun sekarang juga. Ada tetamu dekat bawah." Berkerut kening Lallaina mendengar itu. Ha? Tetamu? Tangannya naik menggaru kepalanya. Siapa pula? Dan kenapa perlu suruh dia turun bagai.

"Sekarang cik muda. Tuan suruh sekarang juga turun." Sambung bibik lagi apabila melihat tiada balasan daripada gadis dihadapannya, Dia memberikan senyuman walaupun sudah tahu gadis dihadapannya tidak akan membalas. Baru bangun pun cantik. Nampak sangat masih mamai gadis ini.

Lallaina menjatuhkan pandangan kebawah melihat penampilannya. Sekarang eh? Dia hanya memakai pejama berwarna maroon dan bajunya memakai t shirt kosong berwarna putih. Okeylah ni kan?

Tidak menjawab bibiknya Lallaina kembali masuk kedalam biliknya laju dia menuju kebilik air. Yang penting basuh muka dulu sebelum turun.

Dalam berapa minit Lallaina akhirnya keluar daripada bilik air, Dan pintu biliknya menjadi tujuan ternyata bibiknya masih ada disitu, Lallaina selamba melintasi wanita itu dan berjalan terus kearah lift rumah mereka. Melihat Lallaina menuju kearah lift bibik itu menghembus nafas lega. Baguslah dah nak turun.

Ditunggu cik mudanya sampailah hilang masuk kedalam lift. Sebelum dia terus berjalan pula kearah tangga untuk turun kebawah.

TING!

Lallaina melangkah keluar daripada lift tersebut dan ruang tamu menjadi tujuannya sekarang, Semakin mendekati ruang itu tiba-tiba kedengaran suara-suara yang kedengaran rancak saja berborak. Yang pastinya suara daddy nya dengan entah siapa-siapa.

"Here you are." Perasan dengan kemunculan Lallaina Tuan Calvin terus saja menegur anak bongsunya, Ada tatapan sesuatu kearah anaknya itu, Lallaina melihat kearah Tuan Calvin sekilas sebelum dia mula memerhati tetamu-tetamu disitu.

Seketika.

DANG!

Mahu terhenti nafas sendiri apabila kini matanya sudah bertembung dengan anak mata milik seseorang, Pandangan kosong dia tadi kini sudah berubah sepenuhnya malah matanya juga sudah membulat.

Eidlan!

Kejung seluruh tubuh Lallaina malah jantungnya sudah mula berubah rentak.

Eidlan mengecilkan matanya kearah Lallaina, Sempat dia melihat pakaian gadis itu, Amboi nampak sangat baru bangun. Patut dia chat call pun tak angkat.

[C]✓Eidlan : Her saviourWhere stories live. Discover now