EIDLAN-LALLAINA | 40

30.1K 1.5K 40
                                    

Lallaina dan Wardah sudah memerhati seorang wanita yang datang mendekati mereka. Jelas terpancar reaksi ketakutan diwajah wanita kecil itu. Perempuan yang mengandungkan anak lelaki dihadapan mereka.

Manakala Eiffie masih tidak melepaskan tatapan matanya daripada lelaki tersebut. Tidak menghiraukan keadaan sekeliling mereka dan hanya lelaki dihadapannya yang menjadi tumpuannya. Takut jika lelaki dihadapannya mengambil kesempatan saat dia terleka dengan sekeliling mereka.

Memang habis. Jadi dia kena tumpukan sepenuhnya perhatian dia terhadap lelaki ini. Orang-orang jenis seperti ini memang akan sanggup melakukan apa-apa saja.

Yelahkan. Orang jenis yang tak guna heh.

"Aw--awak jomlah." Kelihatan wanita muda itu terus menyambar tangan lelaki tersebut. Dia cuba menyembunyikan wajahnya daripada orang-orang dihadapannya. Ada getaran ditangan kecil itu. Dia sudah mula berusaha menarik kekasih hatinya supaya segera beredar dari situ.

"Awak still nak ikut dia ke lepas apa dia buat dekat awak?" Suara Wardah bertanya mulai kedengaran. Ada kerutan didahi Wardah. Tangannya masih setia mengenggam tangan Lallaina. Kini mata mereka tertumpuh kearah wanita muda itu. Jelas dimata mereka wajah terkedu milik wanita tersebut. Terkedu mungkin mendengar soalan Wardah.

Lallaina dengan wajah mendatarnya turut mengerutkan kening melihat tingkah wanita yang mungkin hanya sebayanya berusaha menarik lelaki tak guna dihadapan mereka.

Tidak menjawab apa-apa malah dia hanya mengkemam bibirnya. Kepala semakin ditunduk. Tidak mampu menatap orang-orang dihadapannya.

"Kita buat laporan polis nak?"

"KAU SIAPA PEREMPUAN NAK IKUT CAMPUR HAH!" Terhenjut bahu Wardah apabila dijerkah oleh lelaki tersebut. Dan itu membuat Eiffie menolak kuat lelaki tersebut sampaikan terundur dan hantar tidak dapat mengimbangkan tubuh sendiri.

Keadaan disitu mula bising apabila melihat Eiffie yang menolak lelaki tersebut.

Semakin menggigil wanita muda itu malah dia laju mendapatkan kekasihnya. Kali ini merangkul lengan kekasihnya ditarik kebelakangnya. Melindungi dari lelaki tampan dihadapannya. Dan dia mula menatap ketiga manusia dihadapan mereka.

"Ja--jangan lapor apa-apa. Dan tolong. Jangan masuk campur boleh tak?" Mendengar itu Lallaina menjulingkan matanya keatas. Lah menyampahnya dia. Ada juga eh perempuan bodoh seperti ini? Dia tahu mereka sudah menyibuk tapi nak tolong kot. Tapi rasanya sekarang mereka sudah buang masa.

Eiffie hanya memandang kosong kedua pasangan tersebut manakala Wardah sudah terkelu. Ada rasa malu juga kena bidas seperti itu. Mana taknya mereka sudah menyibuk hal orang lain. Tapi dia bukan apa. Manalah tahu wanita muda itu mahukan pertolongan kan?

"Korang memang sepadan eh? Dia jantan tak guna dan you pula perempuan bodoh. You sayang gila-gila eh dekat jantan takde telur ni?" Pft! Hampir tersedak Eiffie mahupun Wardah mendengar bidasan Lallaina. Laju Wardah menoleh kearah Lallaina dengan matanya sedikit membulat. Nampak jelas reaksi wajah Lallaina yang bersahaja. Terus Wardah bertindak menekup mulut birasnya. Dan kepala Lallaina ditarik semakin menunduk sampaikan dahi licin itu bertemu bahunya.

Sudah!

Kalau tidak mengambil tindakkan terhadap Lallaina entah apa lagi yang dilontarkan wanita ini. Haha! Kenapa boleh pedas sangat kata-kata wanita ini? Allahu.

Manakala Eiffie sudah menahan ketawanya. Allah. Rasanya kakak ipar dia yang ini memang lain sikit. Haha bapak selambanya.

Terkedu habis wanita muda itu apabila dibidas begitu habis memerah wajahnya menahan malu. Betul-betul terasa dengan apa yang baru dilontarkan.

[C]✓Eidlan : Her saviourTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang