Lallaina hanya memerhati segala tingkah Eizahra dihadapannya. Tahu tak sampai sekarang lukisan yang dibuat olehnya Eizahra masih bawa. Kemana-mana gadis muda itu pergi mesti dibawa bersama. Tidak lupa barbienya.
Dan dia?
Terasa berbunga-bunga. Kali pertama ini lukisan dia dihargai seperti ini.
Seketika dia sedikit terkejut apabila tiba-tiba saja ada sesuatu menjalar ditepi pinggangnya. Kepala lantas ditoleh ketepi kening terangkat kearah gerangan yang memeluknya.
Suaminya.
Tegak terus tubuh langsingnya apabila dipeluk dari tepi oleh Eidlan. Dia sedang menyandar tadi disliding door tempat mereka keluar untuk keruangan kolam. Eizahra sedang bermain ditepi kolam bersama pembantu yang ditugaskan menjaganya.
Eidlan memandang kearah adiknya sekilas sebelum memandang isterinya. Dia tersenyum melihat Lallaina yang sedikit mendonggak menatapnya. Tangannya sudah mengusap perlahan tepi pinggang isterinya.
"Buat apa je?" Soalnya perlahan. Saja bertanya padahal sudah tahu isterinya tengah buat apa. Perhati Eizahralah. Sedari tadi Lallaina bermain dengan Eizahra saja. Nampak jelas yang Lallaina selesa dengan adiknya dan adik bongsunya itu pula sukakan isterinya.
Eizahra kadang-kadang payah bawa dia berkomunikasi, Memilih orang. Lallaina baru lagi dalam keluarga mereka tapi Eizahra boleh-bolehnya sudah suka Lallaina. Sama saja seperti Wardah dulu.
Macam tahu-tahu je kesayangan abang-abang dia. Tak payah susah-susahkan buat bini abang dia berusaha mahu menarik perhatiannya.
Abang dia suka dia pun suka. Abang dia sayang dia pun sayanglah.
Heh.
"Tak buat apa pun." Balas Lallaina ringkas, Dia memberikan senyuman nipis sebelum kembali memandang hadapan. Lebih tepat kembali memerhati Eizahra. Gadis muda itu lama-lama dia perhati makin banyak perangai dia keluar. Eizahra cerewet betul. Ini tak kena itu tak kena. Nasib baik penjaga dia menyabar orangnya tau. Dan semestinya dapat mengawal perangai adik iparnya itu.
"Nak pergi apartment aku tak? Tidur sana nak?" Ujar Eidlan tiba-tiba, Dia belum pernah bawa Lallaina kesana lagi. Memandangkan sekarang dia cuti lebih baik dia bawa Lallaina kesana. Nak angkut barang Lallaina yang lain juga.
Mendengar itu Lallaina kembali menoleh kearah Eidlan. Dia terkebil seketika sebelum dia hanya mengangguk. Dia mana je. Dan dia akan ikut saja.
"I ikut you je. Kalau you nak pergi sana then jomlah." Eidlan tersenggih. Comel je perangai, Entah kenapa dia merasa kesianlah pula dekat isterinya. Yelah sebelum Kahwin dengan dia manalah asyik kena kurung dekat rumah je. Mesti isterinya berada di office kerja pun banyak dan itu ini tiada waktu merasa bosan seperti sekarang.
Lallaina sekarang dirumah keluarga dia saja. Tak tahulah pula kalau wanita ini pandai keluar jalan-jalan seperti yang dia selalu suruh dan sentiasa izinkan.
Nak bawa Lallaina pergi bercuti. Sekarang tiadalah pula waktu dia. Cuti dia dah ambil semua...
"Okey petang kita balik apartment."
YOU ARE READING
[C]✓Eidlan : Her saviour
Romance[Stand alone series] known as Her Saviour MUHD EIDLAN ISKANDAR : Jejaka tampan yang berkerja sebagai juruterbang, Menjadi idaman para gadis sudah biasa baginya. Tidak terlalu peramah tidak juga terlalu sombong. Seorang yang biasa saja. Lelaki yang m...