Lallaina menelan perlahan liurnya dan matanya bersilih ganti melihat ikan yang berada ditangannya dengan minyak yang sudah panas dihadapan. Dia perlu menjatuhkan ikan ini kedalam minyak panas itu.
Ini arahan ibu mertuanya.
Makan untuk tengah hari mereka mertuanya mengajak dia untuk memasak bersama memandangkan dia ada meminta dekat mertuanya untuk mengajar dia memasak.
Kalau sebelum ini dia yakin saja sekarang terasa hilang sepenuhnya keyakinan dia haha! Takutlah.
"Boleh ke Laina?" Tertoleh terus dia ketepi apabila ditegur oleh Wardah. Seketika Lallaina tersenyum kelat kearah birasnya dan hanya mengangguk tanda dia boleh.
Dia nak belajarkan? Jadi dia perlu buat sekarang juga.
"You can do it." Ujar Wardah sebelum dia tergelak kecil, Teringat sewaktu dulu dia juga sewaktu dia belajar memasak. Macam ni jugalah. Takut kena minyak tu. Tangan Wardah menepuk lembut bahu birasnya.
Lallaina tersenggih.
Dia mengangguk kecil sebelum mula mengambil ikan dan dengan liur ditelan berkali-kali Lallaina cuba untuk menjatuhkan ikan kedalam minyak panas tersebut.
Seketika.
"Argh!" Laju dia mengundur begitu juga Wardah. Terbuka luas mata Wardah apabila Lallaina selamba mencampak ikan tersebut. Mana taknya mengamuk minyak tu woi!
Habis keluar asap disebabkan Lallaina yang mencampak ikan kedalam minyak yang panas tanpa mengecilkan api tersebut. Termengucap Wardah. Tidak menyangka dengan apa yang lihat.
"Allah. Dapur ku!" Muncul kelibat puan Sri Iza dan kelihatan wanita itu berlari mendapatkan api dapurnya yang sudah berasap sikit. Walaupun masih terkejut tetapi puan Sri Iza senang saja dapat mematikan api dapurnya.
Lallaina terkaku begitu juga Wardah. Masing-masing terkebil-kebil melihat kearah Puan sri Iza yang sudah berpusing menghadap mereka sambil mencekak pinggang.
Erk.
Lallaina mengkemam bibirnya rapat. Sebelum mula menarik senyuman kelat dihadapan ibu mertuanya. Jelas juga reaksi rasa bersalahnya.
Manakala Wardah menyatukan membelakangkan kedua tangannya sebelum disatukan. Dia turut tersenggih kearah Puan sri Iza.
Lama puan Sri Iza diam dan hanya menatap kedua menantunya bersilih ganti. Amboi. Dia tinggal kejap je dah berasap dapurnya ye.
"Sorry..." Suara Lallaina terlalu perlahan kedengaran ditelinga mereka malah wanita itu seakan mengecilkan diri. Wardah yang berada ditepi Lallaina sudah menahan ketawa.
"Ni kenapa boleh sampai macam ni? Macam mana cara Laina goreng ikan tu?" Lallaina mengerutkan sekilas keningnya apabila sudah mula disoal oleh puan sri Iza. Sudahlah suara mertuanya kedengaran garang saja. Puan sri Iza marah ke?
Wardah juga hanya mendiamkan diri. Biarlah Lallaina yang mahu jawab. Kang dia jawab jadi lain kesian pula birasnya.
"La--Laina campak je bonda." Mendengar jawapan menantunya itu berjaya membuat mata puan Sri Iza membesar. Dipandang tak percaya menantunya. Semakin lebar senyuman kekok Lallaina dan tangannya yang kotor akibat memegang ikan tadi selamba naik menggaru hujung keningnya.
Dia malu.
Takut juga puan sri Iza marah.
Seketika tangan naik menepuk dahi sendiri. Ya tuhan menantu ku...
"Mana boleh campak sayang..." Meleret suara puan sri Iza sebelum tiba-tiba kedengaran dia melepaskan ketawanya. Sabar jelah dapat menantu begini. Boleh hilang dapurnya dibuat oleh menantunya ini.
YOU ARE READING
[C]✓Eidlan : Her saviour
Romance[Stand alone series] known as Her Saviour MUHD EIDLAN ISKANDAR : Jejaka tampan yang berkerja sebagai juruterbang, Menjadi idaman para gadis sudah biasa baginya. Tidak terlalu peramah tidak juga terlalu sombong. Seorang yang biasa saja. Lelaki yang m...