"Keith, mana Theo?" Soal Xara menyapa Keith dan Newt yang sedang duduk bersantai di sebuah kafe sambil menikmati sepotong kek dan secawan teh dengan tenang.
"Tadi dia ikut Ken, Aigle dan Blade. aku tak tahu pula ke mana. terkinja-kinja je aku tengok dorang tu." balas Newt sambil menyuapkan kek ke dalam mulutnya. sambil merasa sambil dia cuba untuk mengingati setiap rasa yang ada di dalam sesuap kek yang masuk ke dalam mulutnya. supaya nanti boleh dia buatkan kek ini untuk rakan-rakannya.
"Kau dah jumpa tukang kapal, Xara?" soal Keith dengan nada yang lebih lembut.
"Dah.. dekat hujung pekan ni tadi. Ash dan Xav dah bawa dorang pergi dekat Ibis."
"Berapa lama Ibis akan siap dibaiki?" soal lelaki itu lagi. Xara hanya menjungkit bahu. tidak pula dia terfikir untuk bertanya.
"Tapi aku rasa kita akan stay dekat sini untuk beberapa hari. korang sendiri boleh tengokkan betapa teruknya kerosakan Ibis." Xara mengambil tempat di salah sebuah kerusi kosong. Keith dan Newt mengangguk perlahan. jika dilihat dari kerosakan yang ada pada Ibis, mereka sendiri tidak tahu adakah kapal kecil itu mampu untuk dibaiki lagi ataupun tidak.
"Kau rasa, Ibis akan dapat diselamatkan ke?" soal Xara lagi seakan-akan mampu membaca fikiran mereka.
"Jangan risaulah. aku yakin, dengan bantuan tukang kapal tu, Ash pasti dapat baiki Ibis mungkin lebih baik dari sebelum ni." ujar Keith membuatkan Xara tersenyum nipis.
"Itu Xara!" Jerit Aigle membuatkan Xara, Keith dan Newt mengalihkan pandangan mereka ke arah keramaian pekan. kelihatan Aigle sedang melambai-lambai ke arah mereka bersama-sama Ken dan Blade di belakang. ketiga-tiga sahabat itu terus mendekati sahabat mereka yang masih bersantai di kafe itu.
"Eh, Ken.. mana Theo?" soal Xara sebaik perasan yang kelibat kapten mereka itu langsung tidak kelihatan.
"Sepatutnya Theo dengan korang kan?" soal Keith pula. Ken menjungkit bahu.
"Tadi masa kitorang jalan sama-sama, tiba-tiba je lelaki tu lesap entah ke mana. biarlah dia, mungkin tengah makan dekat mana-mana restoran tu." balas Ken bersahaja. membuatkan Xara melepaskan keluhan perlahan.
"sudahlah.. baik kita cari mana-mana tempat untuk bermalam. aku rasa kita akan tinggal di sini dulu untuk beberapa hari ni." ujar gadis itu seraya bangkit dari duduknya.
.............................................................................
Enzo bungkam melihat keadaan kapal yang tersadai di pesisir pantai itu. dengan tiang layar yang sudah menghilang. badannya pula penuh dengan lubang-lubang dan tampalan kayu yang tidak sekata. seolah-olah ianya baru sahaja diserang oleh raksasa laut yang ganas sebelum tiba ke sini.
"Macammana kalian boleh berlayar selama 2 hari dengan kapal yang teruk macam ni? aku terkejut kalian tidak karam di tengah-tengah lautan." ucap lelaki itu dengan nada tidak percaya.
"banyak yang kapal ni dah lalui. dan kami tak nak kehilangan dia." Balas Ash. "Dia dah banyak berjasa pada kru kami."
"Aku kena bawa kapal ni ke bengkel. dalam keadaan yang teruk macam ni, mustahil untuk kita baikinya di sini." Enzo melirik ke arah anak buahnya yang sejak tadi hanya berdiri di sisinya tanpa sebarang ekspresi di wajahnya.
"Joel, bawa kapal ni balik. aku dah tak tahan tengok kapal yang menyedihkan ni. dan kau.." Enzo menunding jarinya yang berkedut itu ke arah Ash dan Xavier.
"Pastikan kau ada duit yang cukup. sebab ada kos yang besar yang perlu kau bayar."
Ash dan Xavier berpandangan sesama sendiri. tidak pasti adakah duit yang mereka ada sekarang ini mencukupi untuk mereka membayar kos untuk membaiki Ibis. Nantilah, biar mereka fikirkannya kemudian. yang penting, mereka perlu selamatkan Ibis terlebih dahulu. mereka hanya ada beberapa langkah sahaja lagi sebelum mereka tiba di tempat Urre Gold bersemadi.
..............................................................................
siang sudah berlalu pergi, malam pula datang mengganti. Tapi, langit malam itu terasa kelam. langsung tiada sebarang bintang ataupun cahaya dari bulan. seolah-olah bulan sendiri cuba untuk menyorokkan cahayanya disebalik awan hitam yang penuh dengan petanda yang tidak baik.
Theo yang masih di dalam kurungan besi itu tersedar dari tidurnya. keadaan sekeliling sudah bertukar gelap dan sunyi. hanya diterangi oleh cahaya malap dari obor api yang melambai-lambai ditiup angin yang menghembus lembut dan mendinginkan.
ada satu perasaan yang tidak kena muncul dalam dadanya. Theo berkerut dahi. dia tidak tahu kenapa, tapi hatinya terpanggil untuk melihat ke arah laut di sebalik dinding kayu yang mengepungnya dari keluar.
theo bangkit dari kerusi dan mendekati sebuah jendela yang ditutupi oleh jeriji besi. udara sejuk mula menerpa ke mukanya dengan kedinginan hingga ke tulang. dari situ dia dapat lihat keadaan laut yang kelihatan lebih tenang dari kebiasaannya.
Dia memejamkan mata dan menajamkan pendengaran. cuba menangkap bunyi desiran angin dan deruan ombak yang memukul pantai. cuba menangkap jika ada bunyi lain yang muncul disebalik kesunyian itu.
"Atlas.." suara dari Canavar mencuri perhatiannya. Tapi, Theo sudah dapat menjangka apa yang bakal keluar dari mulut naga itu. kerana sekarang, dia juga dapat rasakan perkara yang sama.
Mata Theo terbuka luas.
"Ada sesuatu sedang datang ke sini.."
ANDA SEDANG MEMBACA
BEAST AND A VOYAGE - chapter three-
Fantasi*Pastikan baca Beast and a Voyage chapter 1 and 2 dulu sebelum baca cerita ni. ** chapter 1 & 2 ada di account lama AdaHaris (boleh juga didapati di reading list) Nama aku Theo Atlas Draegan Aku berkongsi nyawa dengan seekor naga bersisik merah Aku...
