55

16 3 0
                                        


"APA?? 3 MINGGU????" Suara jeritan dari Theo itu bergema menyusuri gigi air yang menghempas pepasir pantai. Kedua-dua belah matanya membulat memandang ke arah Enzo yang sedang menghirup kopi pekat yang masih lagi berasap nipis itu. wajah lelaki tua itu hanya beriak tenang walaupun Theo sudah kelihatan seperti cacing kepanasan. 

"Kita tak boleh tunggu selama tu." ujar Keith seraya membawa pandangannya kepada Ash yang sedang termenung di atas kerusi kayu. gadis itu hanya menatap sayu ke arah rangka Jackdaw Ibis yang sedang tersadai di tepi jeti.

"Kalau diikutkan kerosakan yang kapal kau sedang alami sekarang, 3 minggu pun tak cukup." Enzo membalas. "Tapi disebabkan kau datang pada orang yang tepat, aku jamin kau hanya perlu menunggu selama 3 minggu sebelum kau berlayar di laut kembali." 

"Kita tak ada pilihan, Theo. ini saja cara untuk selamatkan Ibis." Ash bersuara. Dia memandang ke arah Theo yang sudah duduk bersila di atas pasir menghadap ke arah rangka Jackdaw Ibis. Ken berjalan mendekari Theo sebelum meletakkan lengannya ke atas bahu lelaki itu. 

"Okaylah tu 3 minggu. cukup sangat masa untuk kita pergi ke Kota Dusnia.. aku tahu kau nak pergi sana kan?" ujar lelaki itu sambil tersengih. Theo tidak menjawab sebaliknya dia hanya menggigit bibir. terdapat pelbagai rasa yang sedang bergolak di dalam perutnya sekarang. perasaan yang bercampur-campur. dan dia tidak tahu bagaimana dia harus menggambarkan perasaan itu. 

"Pergilah Atlas. mungkin kau akan dapat jawapan yang kau cari di sana." Canavar pula bersuara. menguatkan lagi rasa bergolak di dalam perutnya itu.

"Tapi, aku dengar markas Thistle ada dekat sana." ujar Aigle pula sambil memeluk senapangnya.

"Kau tak rasa ke ianya idea yang teruk untuk pergi ke sana?" sambungnya lagi.

"Betul, aku dah tak nak kena berdepan dengan tentera-tentera tu lagi. kau tahu kan tak akan ada benda yang baik jadi setiap kali kita berdepan dengan mana-mana pasukan pertahanan benua." sokong Xara pula. 

"Kata lanun.. takkan dengan diorang pun nak takut?" soal Newt kedengaran agak sarkastik.

"Aku bukan takut. aku cuma tak nak tambah masalah yang kita dah ada sekarang!" marah gadis itu sebelum mengambil tempat di atas sebuah kerusi kayu berhadapan dengan Enzo. cawan kopi dicapai lalu dihirup perlahan. cuba untuk menghilangkan rasa geram di dalam hati. 

"Kau macammana Theo?" soal Xavier. kini semua mata memandang ke arah si kapten yang masih lagi diam membatu di dalam pelukan lengan Ken. 

"Baik! aku dah buat keputusan!" Theo terus bangkit sambil bercekak pinggang. membuatkan Ken terjelepuk jatuh di atas pasir.

...................................................................................................

Theo menggalas sebuah beg besar di atas belakang badannya. beg yang isinya adalah pelbagai kelengkapan dan keperluan mereka terutamanya sekali bekalan makanan yang agak banyak. di belakang badan Ken, Xavier, Keith dan Blade juga tergantung bag yang sama cuma saiznya lebih kecil. 

"Kau yakin bekalan makanan yang kau bekalkan ni cukup Newt?" soal Theo memandang Newt yang sedang mengelap bilah pisau menggunakan sehelai kain bersih. lelaki itu menjeling Theo dengan pandangan membunuh.

"Itu saja makanan yang kita ada sekarang. kau jangan nak habiskan bekalan tu dengan sekali makan je!" ujar lelaki itu. Theo tersengih sumbing.

"Dengar sini. korang jangan nak cari masalah dengan Thistle bila sampai sana. pergi istana Overlord dan cari tahu apa yang kau nak tahu, lepas tu balik ke sini dalam masa 2 minggu. aku tak nak dengar apa-apa masalah yang korang buat kat sana. faham?" Xara bercekak pinggang memandang 5 orang lelaki di hadapannya itu. bukan dia tidak tahu, lelaki-lelaki ini memang langsung tidak boleh diharap. lagi disuruh elakkan masalah, lagi mereka pergi mencari masalah. 

"Kau jangan risaulah, Xara.. kitorang akan balik sebelum Ibis siap dibaiki." Ken mengangkat ibu jari sambil tersengih. 

"Jaga diri semua!" jerit Aigle sambil melambai ke arah 5 lelaki itu menghilang disebalik pintu keluar bengkel milik Enzo.

Ken, Xavier, Keith dan Blade mengambil keputusan untuk menyertai Theo meneruskan perjalanan mereka ke Kota Dusnia. manakala, Newt, Xara dan Aigle akan tinggal di bengkel Enzo bersama-sama Ash sehingga kapal mereka selesai dibaiki.

Xara tahu, 5 rakannya itu sememangnya kuat, namun hati kecilnya ini tetap juga disampuk rasa risau sebaik sahaja kelibat mereka mula menghilang dari pandangan.

BEAST AND A VOYAGE - chapter three-Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang