Overlord Castle, Kota Dusnia..
Langkah kaki berat menghentak lantai menuju ke arah sebuah bilik yang ditutupi sebuah pintu besi yang besar. wajahnya bersahaja. langsung tidak menunjukkan sebarang riak. pintu ditolak kuat sebelum dia melangkah masuk ke dalam. ruang itu kosong dan gelap. hanya terdapat tiang-tiang bisu yang berbaris tegak sehingga ke hujung.
di tengah-tengah ruang terdapat sebuah takhta kosong tanpa penghuni. sebuah kerusi emas yang dibaluti kain baldu berwarna merah terletak di atas sebuah platform tinggi. dia menyambung langkahnya sebelum berhenti di hadapan tahkta. dia tidak mahu melutut ke lantai. kerana dia tahu, pemilik takhta itu sekarang bukanlah seseorang yang layak untuk mendapatkan penghormatannya.
dia hanya berdiri di situ memandang tajam ke arah takhta kosong. sepasang sut berwarna coklat gelap tersarung kemas di badannya. di belakang badan pula tergantung sehelai cape putih yang tertulis 'THISTLE' dengan tulisan berwarna coklat menegak ke bawah. diwajahnya ditumbuhi jambang putih yang telah dipotong kemas.
"Kau nak jumpa aku?" soalnya mendatar. suaranya bergema ke segenap ruang kosong tersebut.
Tiba-tiba muncul satu pusaran berwarna hitam betul-betul di atas takhta yang kosong tadi. pusaran itu kecil sahaja dan mula membentuk satu figura yang ditutupi sehelai jubah hitam dari kepala hingga ke kaki. figura itu sedang duduk bersilang kaki di atas takhta. matanya yang kelihatan kuyu itu memandang tepat ke arah lelaki yang sedang berdiri di hadapannya.
"Ada seseorang sedang menuju ke sini." ujar figura itu. perlahan sahaja suaranya. tapi masih mampu membuat sesiapa yang mendengarnya terasa meremang dan tidak selesa. lelaki di hadapannya itu melepaskan keluhan berat.
"Jadi?" soalnya.
"Kau tahu siapa dia?" figura itu menyoal kembali. anak matanya yang berwarna putih itu kelihatan sedikit bergerak-gerak. lelaki itu hanya mendiamkan diri tidak menjawab.
figura itu menguntumkan satu senyuman sinis. senyuman yang memiliki pelbagai maksud yang tersirat. lelaki itu tidak tahu apa maksud senyumannya, tapi entah kenapa dia seolah-olah dapat merasakan sesuatu yang tidak kena.
Figura berjubah hitam itu menyandarkan tubuhnya pada takhta emas, jari-jemarinya yang pucat mengetuk perlahan pada pemegang kerusi.
"Aku tertanya-tanya bila takdir akan membawa dia kembali ke Dusnia." Figura itu akhirnya bersuara kembali.
"Kembali?" lelaki itu mengulang satu perkataan itu dengan nada yang agak terkejut.
"Ya. Kembali." Senyuman itu melebar sedikit.
dahi lelaki itu berkerut seribu. siapa orang yang dimaksudkan oleh figura itu? ya, benar. sejak 2 hari lepas, dia sudah dapat merasakan satu tenaga yang agak kuat tiba-tiba sahaja muncul dari arah selatan pulau ini.
"siapa?" soal lelaki itu. "Orang yang aku teringin sekali hendak berjumpa.." balas figura tersebut pantas.
"Jadi apa yang kau nak aku buat?" lelaki itu menyoal lagi.
satu pusaran berwarna hitam muncul kembali di atas takhta. tepat betul-betul di atas kepala figura berjubah hitam itu.
"Bawa dia ke sini." dan figura misteri itu menghilang bersama-sama dengan pusaran berwarna hitam tersebut meninggalkan sehelai kertas berwarna kuning yang sudah terkoyak hujungnya melayang-layang jatuh ke atas kerusi berwarna emas itu. perlahan-lahan lelaki itu menapak memijak anak tangga pada platform satu-persatu sebelum takhta kosong itu didekati. helaian kertas itu ditatap dengan pandangan yang redup.
ianya sekeping wanted poster. milik seorang lanun muda yang entah dari mana asalnya namun namanya semakin sering disebut-sebut oleh dunia sekarang ini.
"Theo Atlas.."
.........................................................................................
unggun api marak membakar kayu-kayu kering yang telah dikumpulkan di hadapan mereka. sudah seharian mereka berjalan menyusuri hutan dan juga padang pasir. bekalan makanan yang dibekalkan oleh Newt sudah pun habis dimakan oleh Theo dan Ken. sekarang mereka hanya mampu menangkap haiwan-haiwan liar untuk dijadikan makanan tambahan.
"Lama lagi ke nak sampai?" soal Ken sambil menguis kayu api di hadapannya itu.
jeda.. tiada yang menjawab soalannya itu kerana tiada antara mereka yang tahu akan jawapan kepada persoalan dari Ken. kelima-lima sahabat itu berhenti rehat di sebuah hutan yang mereka lalui dek kerana malam sudah pun larut. Ken akhirnya merebahkan badannya di atas rumput sebelum matanya merenung langit.
"kuasa misteri tu.. kau rasa milik siapa?" soal lelaki itu lagi.
"Aku tak rasa lieutenant commander Thistle sekuat ni." Balas Xavier sambil berpeluk tubuh dan bersandar pada sebuah batu yang besar. sejak kali pertama mereka menjejakkan kaki ke pulau ini, mereka sudah dapat merasakan satu tenaga yang sangat kuat dan gelap berada di tengah-tengah pulau. apa yang mereka tahu sekarang, markas utama Thistle berada di situ. tapi, tenaga ini terlalu gelap, mustahil dimiliki oleh manusia biasa.
"jadi, kau rasa kuasa misteri yang Tyrat cakapkan tu ada dekat Kota Dusnia?" soal Ken lagi. "Mungkin.." balas Xavier bersahaja.
"Aku ada baca pasal kuasa misteri tu dalam Ouro II. aku baru habiskan buku kedua tu semalam.." Blade bersuara. mendapat perhatian rakan-rakannya yang lain. kecuali Theo yang sedang terbaring di atas satu akar pokok berbantalkan kedua-dua belah lengan dengan mata yang terpejam rapat.
"Apa yang kau dapat tahu pasal dia?" soal Keith.
"Pada setiap seratus tahun, Kuasa Asing akan memilih saluran. Dan dunia akan diuji dengan kemusnahan." Blade membaca salah satu bait-bait perkataan yang ada di dalam buku kuno yang dibaca olehnya.
"Aku rasa sebab kenapa kita tak pernah tahu pasal kuasa misteri tu selama ni adalah sebab kerajaan dunia sendiri cuba untuk padam rekod itu. aku yakin ayah Theo, Overlord Elden pasti tahu pasal ni. mungkin, untuk mengelakkan kekacauan dan panik, dia dan barisan kerajaan dunia merahsiakannya." sambung Blade lagi.
kali ini Theo membuka matanya memandang langit dan setiap bait kata-kata Blade masuk ke telinganya.
"Kuasa misteri tu namanya Aetherion. ia bukan elemen, bukan juga sihir. ia adalah kuasa purba yang berasal dari ribuan tahun dulu. ianya sebuah tenaga yang boleh meretakkan realiti. setiap kali genap satu abad, sebuah kota besar pasti akan lenyap. hilang macam tak pernah wujud pun."
....
ANDA SEDANG MEMBACA
BEAST AND A VOYAGE - chapter three-
Fantasy*Pastikan baca Beast and a Voyage chapter 1 and 2 dulu sebelum baca cerita ni. ** chapter 1 & 2 ada di account lama AdaHaris (boleh juga didapati di reading list) Nama aku Theo Atlas Draegan Aku berkongsi nyawa dengan seekor naga bersisik merah Aku...
