51

70 9 3
                                        

Wanita yang masih tidak diketahui identitinya itu membawa Theo ke sebuah bangunan yang agak besar di situ. Theo dapat membaca papan tanda besar yang tertulis 'Townhall' sebelum mereka masuk tadi. Theo hanya menurut apabila dia diheret ke sini. Bukan dia tidak mahu melawan, dia cuma tidak mahu membuat kekecohan. Ya. sangat berlawanan dengan karakter Theo yang sentiasa suka membuat kekecohan kan. Tapi, Theo cuma mahu tahu apa yang dimaksudkan wanita itu tadi apabila dia mangatakan wajahnya sama seperti seseorang yang pulau ini pernah puja dan seseorang yang pulau ini pernah bakar. 

Dia tahu siapa yang wanita itu maksudkan. Sudah tentulah Overlord. Tapi, apa yang telah berlaku? adakah semua ini ada kena-mengena dengan kehilangan ayahnya itu? Ada sesuatu yang telah berlaku pada pulau ini?

Theo ditempatkan di dalam sebuah kurungan besi. 

"Kau siapa?" soalnya pada wanita itu.

"Aku adalah orang yang bertanggungjawab untuk memastikan Daerah Virelle selamat. Kau boleh panggil aku Madam Silvia." ujar wanita itu sambil mengunci kurungan besi menggunakan sebuah kunci mangga yang agak besar. Theo hanya memerhati. Tidak ada gunanya mereka mengurung dia di situ. Dia tetap boleh melepaskan diri dengan mudah.

Madam Silvia menarik sebuah kerusi kayu dan diletakkan di hadapan kurungan. Kemudiannya, dia melabuhkan duduk sambil bersilang kaki dan berpeluk tubuh.

"Jadi, nama kau?" soal wanita itu pula.

"Kenapa aku perlu beritahu kau?" soal Theo kembali. sedikit menjengkelkan.

"Aku tanya nama." Madam Silvia kedengaran lebih tegas.

"Theo... Atlas." Kening Madam Silvia sedikit terjungkit. Nama lelaki itu langsung tidak pernah didengarinya. Tapi, kenapa wajah itu begitu familiar? 

"Apa tujuan kau ke sini?" 

"Macam yang aku dah cakap tadi. Aku ke sini dengan kawan-kawan aku untuk cari pembaiki kapal. kapal kami rosak." 

"Baik.. beritahu aku. dari mana kau datang?" 

"Dari tempat.. yang agak jauh." sekali lagi Madam Silvia menjungkit keningnya.

"Dekat mana tempat tu?" 

"Yang penting, bukan dari benua ni."

"Macammana kau lepasi sempadan?"

"Ada beberapa bantuan yang kami dapat. kebanyakannya dari mereka yang bergelar sahabat." 

Madam Silvia terdiam.

"Apa kau buat di benua ni?" 

"Kami sedang mencari Urre Gold."

"Pffttt.. HAHAHAHAHAHAHA!" Madam Silvia ketawa terbahak-bahak. langsung dia tidak menduga akan jawapan itu. diera sekarang, masih ada yang mempercayai kewujudan Urre Gold? 

"Korang ni memang dah gila agaknya.. berlayar dari jauh hanya semata-mata untuk mencari harta yang menjadi dongeng kanak-kanak itu?" wanita itu masih dengan sisa-sisa tawanya. air mata terkeluar sedikit dari tubir matanya akibat ketawa yang agak kuat itu. apa yang kelakar pun Theo tidak tahu.

"Aku ada benda nak tanya." ujar Theo. masih dengan wajah yang tidak berperasaannya. Madam Silvia menghentikan tawanya.

"Apa dia?"

"Apa maksud kata-kata kau tadi? kenapa dengan wajah aku?" soal Theo. membuat Madam Silvia kembali sirius.

"Baiklah, biar aku berterus-terang saja. wajah kau sama dengan wajah bekas Overlord. kau tahu kan siapa Overlord?" Theo hanya menjungkit bahu.

"Overlord ialah pemerintah dunia. dengan adanya dia, 5 benua bersatu dan hidup aman dibawah pemerintahannya. dialah yang telah menubuhkan 5 pasukan pertahanan dunia satu ketika dahulu. dan untuk pengetahuan kau, Overlord terakhir.. telah menghilangkan diri lebih kurang 20 tahun yang lalu." Theo tidak memberikan apa-apa reaksi kerana dia sudah tahu akan fakta-fakta itu. dia hanya menanti Madam Silvia meneruskan ucapannya.

"Dulu, Overlord Elden adalah kesayangan seluruh penghuni Pulau Allerdale. Dengan kuasa yang dia ada, dia mampu untuk menundukkan semua musuh dan menjadikan mereka sebagai sekutu. pulau ni adalah yang paling aman kerana ia adalah tempat tinggal Overlord sendiri. Kami ada sistem pertahanan sendiri selain Thistle yang telah di cipta oleh Overlord sendiri dan hanya Overlord yang mampu mengawalnya. Tapi.." Madam Silvia diam sejenak. matanya merenung lantai batu. ada sedikit riak ketakutan pada wajahnya. dan Theo perasan akan hal itu.

"Setelah Overlord menghilang, sistem pertahanan yang dia cipta telah memakan diri. dan telah menyebabkan kehancuran pada Allerdale. banyak daerah-daerah yang berhampiran pantai musnah. Daerah Virelle adalah antara daerah terakhir yang masih tinggal berhampiran laut. dan kami hanya menunggu giliran untuk pekan kami pula mengalami kemusnahan tu." ujarnya perlahan.

"Aku tak faham. sistem pertahanan apa yang boleh menyembabkan kemusnahan? dan kalau korang dah tahu daerah ni dalam bahaya, kenapa masih tinggal di sini?" soal Theo dengan dahi yang sedikit berkerut.

"Kau ingat kami tak cuba?" Madam Silvia mencerlung ke arah Theo.

"Thistle tak benarkan kami keluar dari daerah ni. Thistle langsung tidak berbuat apa-apa selepas Overlord menghilang. mereka hanya diam saja di headquarters. hanya mengeluarkan arahan dan menghalang kami untuk berbuat apa-apa sepangjang 20 tahun lebih ni. Aku bukan nak takutkan kau. tapi kau lanun jadi kau kenalah tahu. Headquarters Thistle ada dekat pulau ni. di Kota Dusnia. betul-betul bersebelahan dengan istana Overlord." 

Theo terdiam. jadi, aura gelap yang dia rasakan ketika kali pertama menjejakkan kaki ke sini tadi, datangnya bukan dari istana Overlord. Tapi dari Thistle headquarters? seberapa kuatkah Lieutenant Commander milik Thistle itu? Tapi macammana pula dengan kuasa jahat yang Tyrat cakapkan? dia bukan dekat pulau ni ke?

"Kau hanya akan tahu kalau kau pergi ke Kota Dusnia, Atlas." Canavar bersuara garau.

Menyebabkan Theo terdiam tidak terkata.

BEAST AND A VOYAGE - chapter three-Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang