57

27 6 1
                                        

"Lenyap? maksud kau?" Xavier berkerut dahi memandang Blade. Lelaki itu hanya menggeleng perlahan.

"Yang tu aku tak pasti. menurut buku tu, kuasa misteri ni akan memilih seseorang pada setiap 100 tahun. setiap kali kuasa tu muncul, dunia seperti 'dikurangkan'. macam sistem keseimbangan. dan yang lebih menakutkan, tak ada sesiapa yang pernah berjaya untuk bunuh pemilik kuasa tu. kuasa tu akan hilang bersama-sama tubuhnya dan seratus tahun kemudian, ia muncul semula dalam tubuh orang lain pula." jelas Blade lagi. 

"menurut buku tu lagi, kuasa tu adalah kehendak dunia ni sendiri. orang-orang purba dulu percaya dunia akan musnah kalau kuasa tu tak muncul. atau mungkin juga, kuasa tu sedang bersedia untuk kemunculan terakhir yang akan tamatkan semuanya." sambungnya lagi. 

"tamatkan semuanya? maksud kau. kuasa misteri tu akan berhenti bila dunia ni sendiri dah musnah?" soal Keith. sekali lagi Blade menjungkit bahu. "mungkin."

"Buku tu tak ada beritahu ke macammana nak hentikan kuasa misteri tu?" soal Ken. 

"tak ada.. atau mungkin ada dalam Ouro III. Tapi aku belum baca lagi." blade tersengih.

"Semua yang kau cakapkan ni.. teori atau fakta?" soal Xavier.

"Mungkin teori.. mungkin juga fakta." balas Blade.

"Kita akan tahu bila kita sampai ke Kota Dusnia. aku pasti dia ada dekat sana." balas Theo yang tiba-tiba bersuara.

"Lahhh aku ingat kau dah tidur." 


........................................................................................


Setelah sehari lagi menempuh perjalanan jarak jauh itu, mereka akhirnya memasuki sebuah jalan yang berturap batu-batu lama. jalan itu lebar dan luas. dikiri dan kanannya terdapat ladang gandum yang luas. para petani bekerja dalam diam. langsung tiada suara membuatkan kawasan itu terasa sunyi sahaja. hanya bunyi deruan angin yang menghembus lembut dan derapan kaki milik 5 sekawan itu. sebaik mereka melangkah, mata-mata para petani mula menoleh. namun, tiada seorang pun yang menegur. hanya memandang dengan pandangan yang pelik.

walaupun rakan-rakannya kelihatan agak tidak selesa dengan pandangan mereka, Theo hanya mengatur langkah tanpa menoleh. kerana jauh dihadapannya, sudah mula kelihatan bayang-bayang sebuah istana yang besar dan diperbuat daripada batu dan kaca. dindingnya kelihatan bercahaya memantulkan cahaya matahari yang begitu terik pada petang itu. 

Hatinya sekali lagi disapa satu perasaan yang aneh. perasaan yang seakan-akan sedang menekan-nekan hatinya. membuatkan dadanya terasa berat.

"Selamat pulang, putera yang hilang.."  Canavar bersuara, agak sarkastik kedengaran di telinga Theo, namun dibiarkan tidak berjawab.

beberapa minit berjalan, ladang mula bertukar menjadi sebuah perkampungan kecil. rumah-rumah tersusun rapi. di kiri dan kanan terdapat bendera-bendera dengan lambang bulatan dan pusaran berwarna putih tergantung di merata tempat. terdapat juga bendera-bendera Thistle yang memiliki lambang daun maple berwarna coklat dengan sebilah pedang tertusuk di tengah-tengahnya.

Sebaik terperasan akan situasi itu, Xavier pantas menarik rakan-rakannya bersembunyi di belakang salah sebuah rumah di situ.

"Kenapa Xav?" soal Keith.

"Thistle.." ujar lelaki itu sepatah membuatkan rakan-rakannya mula memerhatikan sekeliling. barulah mereka perasan, tempat itu.. dipenuhi dengan pasukan tentera berseragam coklat cair lengkap dengan senjata. jika dilihat dengan mata kasar, sepertinya bilangan anggota Thistle itu kelihatan lebih ramai berbanding dengan penduduk kampung.

"Memang kampung ni sentiasa penuh dengan tentera atau mereka dah tahu yang kita ada kat sini?" soal Ken.

"Tapi macammana mereka tahu?" soal Blade pula.

"yang penting.. kita tak boleh lama-lama dekat sini.. Jom.." Ujar Xavier seraya bangkit. namun, langkahnya tiba-tiba terhenti.

"Mana Theo?" soalnya. terus Ken, Keith dan Blade memandang sekeliling sebelum masing-masing menjungkit bahu. Xavier akhirnya menepuk dahi. apa yang dirisaukan oleh adiknya sebelum ini akhirnya menjadi kenyataan. nampaknya, mereka akan tetap berdepan dengan masalah walaupun Xara sudah sedaya upaya berpesan untuk mereka tidak mencari sebarang masalah.

"Tak guna Theo!"  













................................................................................


Ahhh susahnya nak habiskan cerita ni!! 😫😫😫😫😫

BEAST AND A VOYAGE - chapter three-Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang