Bunyi dengusan nafas yang sangat kuat memenuhi ruang yang tidak terlalu luas dan tidak terlalu sempit itu. namun ruang itu masih mampu memuatkan satu makhluk gergasi yang sedang terbaring di lantai gua dengan kepalanya direhatkan di atas sebongkah batu yang agak besar. asap nipis kelihatan keluar dari mulutnya yang sedikit terbuka. hidungnya kelihatan kembang kempis dengan kadar yang perlahan. matanya juga kelihatan sedikit layu memandang tepat ke dalam kedua-dua biji mata milik Theo. di belakang badannya terdapat sepasang kepak kulit yang besar dan layu ke lantai. badannya pula kelihatan turun naik perlahan-lahan.
Keith, Xavier dan Everit berkerut seribu melihat makhluk itu. Theo di hadapan mereka hanya mendiamkan diri tanpa sebarang reaksi. nafas di atur perlahan. bimbang jika salah langkah nyawa mereka bakal melayang.
"Tyrat?" soal Xavier. Everit mengangguk perlahan. kali terakhir dia melihat makhluk gergasi itu adalah pada 25 tahun yang lalu. sehari sebelum Elden kembali membawa jasad tidak bernyawa Elena. dan keadaan naga itu sekarang langsung tidak sama sepertimana 25 tahun yang lalu. naga itu kelihatan sangat lemah.
Keith dan Xavier menelan air liur mereka kelat. sesungguhnya, naga bersisik putih di hadapan mereka ini saiznya lebih besar berbanding Zordath. sukar untuk dipercayai. Zordath yang sebesar itu sahaja sangatlah sukar untuk mereka tangani, bagaimana pula dengan naga sebesar Tyrat? sudah tentu sekali nafas sahaja, mereka akan bangkit di alam lain nanti.
Naga putih itu menderam perlahan. suaranya bergetar menggegarkan dinding gua.
"Darah puteri nadi naga.. aku tahu kau akan kembali juga ke sini.."
Theo tersentak.
"Apa maksud kau?" soalnya. Everit, Xavier dan Keith berpandangan sesama sendiri.
"Draegan.. kau mampu bercakap dengan Tyrat?" soal Everit. Xavier dan Keith sudah menjangkakan perkara itu. teori mereka, mungkin kerana di dalam badan Theo juga didiami oleh seekor naga. sudah tentu lelaki itu mampu bercakap dengan naga. tetapi, mereka tidak pula perasan yang Theo pernah bercakap dengan Zordath tempoh hari.
"darah puteri nadi naga sedang mengalir di dalam badan kau.. cepat atau lambat, kau tetap akan kembali ke sini juga.. kerana darah itu milik aku.. mahu atau tidak, ia tetap perlu dikembalikan kepada aku.." Tyrat menderam lagi.
"Jadi, kau nak ambil semula nyawa yang telah kau pinjamkan buat ibu aku? tapi, ibu aku sudah lama mati." balas Theo.
"nyawa itu masih ada.."
Theo tersentak. Tyrat mengangkat perlahan tangannya yang berkuku tajam. dan diletakkan di dada milik Theo.
"Di sini.... bersama-sama dengan separa naga yang sedang mendiami tubuh kau.."
Canavar turut sama memegang dadanya yang sedang berdegup dengan kencang sekali. jadi degupan ini sebenarnya adalah milik Tyrat?
"Maksud kau? aku perlu kembalikan nyawa aku pada kau? adakah dengan cara itu ibu aku mampu bernafas kembali?" soal Theo berharap. sekali lagi mengundang kejutan buat rakan-rakannya. pantas Xavier memegang bahu Theo membuatkan Theo tersentak. kelihatan Tyrat mengangguk perlahan.
Theo memandang Xavier yang masih lagi memaut bahunya. dia dapat membaca dari pandangan mata Xavier yang lelaki itu tahu apa yang sedang dia fikirkan sekarang dan menegahnya untuk meneruskan niatnya itu.
"Jangan buat kerja gila Theo." ujar lelaki itu perlahan.
"Tapi.. ibu aku, Xavier.."
"Aku yakin pasti ada cara lain.."
"Benar kata-kata lelaki berambut putih itu.. sudah tentu ada cara lain.. cara yang sama yang telah aku katakan pada ayah kau, Raja Elden.."
"Ayah pernah bertemu dengan kau?" soal Theo membuatkan Everit tersentak. fakta itu, dia langsung tidak tahu. Elden pernah bertemu dengan Tyrat? tapi, bila?
25 tahun yang lalu..
Elden berteleku di sisi makam isterinya di dalam gua tersebut. Chief Allard dan para pahlawan Sandia yang datang bersamanya untuk memakamkan jasad isterinya itu sudah lama berlalu meninggalkan tempat itu. yang hanya tersisa adalah dia dan beberapa orang pengikutnya yang masih setia menunggu di luar pintu gua. Elden tidak mahu ada yang mengganggu. mungkin ini adalah kali terakhir dia akan bertemu dengan Elena sebelum dia perlu kembali ke istana dan menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang Overlord.
dalam kesunyian itu, Elden dikejutkan dengan satu suara dengusan yang agak kuat menjengah ke telinganya. dia memandang ke kiri dan kanan. tiada sesiapa pun di situ.
sekali lagi kedengaran suara dengusan yang sama membuatkan Elden berpaling ke arah sebuah lubang yang dikelilingi kristal berwarna-warni pada dinding gua.
Elden berkira-kira sebelum memandang wajah Elena yang pucat lesi tanpa darah. sebelum dia terus menuju ke arah lubang tersebut.
dan lubang itu telah membawanya bertemu dengan seekor naga bersisik putih yang sedang bersembunyi di dalam gua.
"Kau, Tyrat? naga yang telah memberi nyawa kepada Elena bukan?" soal lelaki itu. naga bersisik putih di hadapannya itu memandang tajam ke dalam mata Elden. Dalam keadaan dirinya masih lagi terbaring di atas lantai.
Elden melutut ke lantai gua. kedua-dua belah tangannya bersatu dan dia mula merayu. satu perkara yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang raja. melutut dan merayu seperti itu.
"Tolonglah.. aku mohon.. kembalikan isteri aku! kembalikan Elena! aku masih perlukan dia! anak kami perlukan ibunya! Tolonglah Tyrat!"
"nyawa puteri nadi naga masih ada.. tetapi ianya sudah sebati di dalam tubuh milik pewarisnya.. jika kau mahu mengembalikan nyawa sang puteri.. kau perlu menggantikan nyawanya dengan nyawa sang pewarisnya.."
Elden tersentak. satu adalah kerana suara dari Tyrat yang kedengaran sangat lembut seperti suara seorang wanita dan garau pada masa yang sama. kedua adalah fakta jika dia mahu menghidupkan Elena kembali, dia perlu mengorbankan puteranya yang sampai sekarang masih belum pun sempat diberikan nama.
"Tak! tak mungkin aku akan korbankan anak aku! tolonglah! pasti ada cara lain!" Tyrat mendiamkan diri. dengan matanya masih merenung tajam ke dalam mata milik Elden yang masih lagi melutut di atas lantai.
"Masih ada satu lagi cara wahai Raja Elden.. namun cara ini memerlukan kau untuk mengabaikan tugas kau sebagai raja.."
lama Elden berfikir sebaik mendengar kata-kata Tyrat.
"Apa.. caranya?"
"Urre Gold.. hanya itu satu-satunya cara yang masih tersisa.."
ANDA SEDANG MEMBACA
BEAST AND A VOYAGE - chapter three-
Fantasy*Pastikan baca Beast and a Voyage chapter 1 and 2 dulu sebelum baca cerita ni. ** chapter 1 & 2 ada di account lama AdaHaris (boleh juga didapati di reading list) Nama aku Theo Atlas Draegan Aku berkongsi nyawa dengan seekor naga bersisik merah Aku...
