Jackdaw Ibis merentas laut Benua Urb, sebuah benua asing yang dikatakan tempat beradunya harta lagenda, Urre Gold. mereka sepatutnya mengikut arah yang masih ditunjukkan oleh kompas lagenda. Iaitu melalui the yearning line. satu garisan laut misteri yang tidak mempunyai sebarang pulau.
Namun, sekarang Jackdaw Ibis sedang menuju ke sebuah pulau lain. Pulau Allerdale. dengan keadaan kapal yang hanya ditampal oleh kayu-kayu yang mereka dapat dari hutan kecil di sisi sempadan benua tadi. sedikit sebanyak mampu menampung kebocoran-kebocoran badan kapal mereka. layar juga sudah tidak dapat digunakan. kini mereka hanya bergantung pada roda air. dan setakat ini Jackdaw Ibis masih lagi stabil dan mampu untuk bergerak walaupun perlahan.
Keith memerhatikan langit. cuaca di benua ini kelihatan tenang sekali. langsung tiada sebarang angin kuat atau ribut mahupun hujan.
"Theo.. cuaca dekat benua ni memang selalu tenang macam ni ke? kenapa aku rasa tak sedap hati dengan cuaca ni." lelaki itu meluahkan kegusaran hatinya.
theo turut memandang langit.
"baik kau percayakan kata hati kau, Keith. cuaca di benua Urb adalah cuaca yang paling tidak boleh dijangka oleh mana-mana navigator yang paling hebat sekalipun." ujar Theo mengulangi kata-kata Canavar. Keith menelan air liurnya kelat.
"Mari makan dulu.. aku ada jumpa sedikit makanan dekat dapur. nasib baik tak banyak yang musnah." ujar Newt sambil menatang 2 dulang besar berisi makanan di kedua-dua belah tangannya.
Laju sahaja Theo dan Ken mendekat sebaik sahaja Newt meletakkan dulang-dulang itu di atas deck kapal. sungguh, mereka sedang kelaparan sekarang. mereka sibuk membetulkan Ibis sejak pagi tadi sehingga lupa yang mereka masih belum makan. Newt kembali lagi menatang satu lagi dulang berisi makanan dan satu dulang di tangan kiri berisi minuman.
"berapa lama lagi kita akan sampai ke Allerdale?" soal Xara.
"Kata Canavar, mungkin dalam 1-2 hari lagi." ujar Theo dengan mulut yang penuh dengan makanan.
"bekalan makanan kita cukup ke Newt?" Xara menghala ke arah Newt pula. newt mengangguk kecil.
"Jangan risau. aku masih ada simpanan makanan. cukup untuk 2 hari." jawapan Newt membuatkan mereka kembali lega.
sepanjang pelayaran mereka, mereka telah melepasi beberapa buah pulau. jarak antara pulau-pulau itu agak jauh. dan mereka sudah di hari kedua berlayar tanpa henti. dan tampalan pada badan kapal sudah mula bergoyah.
"Kita sudah menghampiri Allerdale." ujar Canavar.
Theo melangkah ke bahagian hadapan kapal. ya, mereka sedang menghampiri sebuah pulau. Sebuah pulau yang sangat besar.
"Kita dah sampai.." Theo bersuara membuatkan rakan-rakannya yang lain turut menghampirinya.
di hadapan mereka terdapat sebuah pulau yang dikelilingi hutan tebal. pulau itu terlalu besar sehingga hujung kiri dan kanannya langsung tidak terlihat. namun, dari tempat mereka berdiri belum kelihatan mana-mana penempatan manusia ataupun istana overlord.
Jackdaw Ibis berlabuh di pesisir pantai dan masing-masing mula melompat turun. saat Theo menjejakkan kakinya ke atas hamparan pasir yang lembut itu, hatinya diragut satu rasa nostalgia. walaupun dia tahu dia tidak pernah menjejakkan kaki ke pulau itu. tapi, seakan-akan pulau itu sendiri yang mengenalinya dan menanti-nantikan kepulangannya.
tidak sampai 1 minit pun berada di situ, Theo sudah dapat mengesan satu kuasa yang sangat kuat dan gelap menyelubungi satu bahagian dari pulau itu. datangnya dari tengah-tengah pulau. dahinya berkerut seribu.
"Aku dapat rasakannya.. kuasa gelap yang dikatakan oleh Tyrat itu.. sedang berada di pulau ini, Atlas.." ujar Canavar dengan nafas yang tersekat-sekat. Theo memandang tajam ke arah hutan tebal di hadapan mereka.
Xavier datang mendekat.
"tenaga gelap ni.. milik siapa?" soalnya yang turut sama merasakan kuasa gelap yang sangat kuat itu. Theo menggeleng perlahan.
"Yang pasti.. dia sekarang berada di istana Overlord."
"Istana Overlord tak ada pengawal ke?" soal Ken. "Macammana dia boleh suka hati masuk?" sambungnya lagi.
"Daripada tenaga ni aku pasti yang dia masuk bukan dijemput.." balas Keith pula.
dan rakan-rakannya yang lain mula datang merapat. masing-masing berdiri di belakang Theo dan memandang ke arah hutan tebal yang mula kelihatan menyeramkan dari sebelumnya.
Aigle sudah menelan air liurnya kelat. tangan kanan memeluk erat senapang warisan ayahnya dan tangan kiri pula memegang kemas belakang baju Ken.
"Jom.." Theo bersuara perlahan dan mula melangkah ke hadapan diikuti oleh rakan-rakannya.
ANDA SEDANG MEMBACA
BEAST AND A VOYAGE - chapter three-
Fantasía*Pastikan baca Beast and a Voyage chapter 1 and 2 dulu sebelum baca cerita ni. ** chapter 1 & 2 ada di account lama AdaHaris (boleh juga didapati di reading list) Nama aku Theo Atlas Draegan Aku berkongsi nyawa dengan seekor naga bersisik merah Aku...
