50

46 8 1
                                        

Mereka masih menyelusuri hutan yang agak tebal tanpa penghuni. hanya ditemani oleh bunyian alam dan unggas-unggas yang berterbangan di angkasa. sesekali terdapat juga suara-suara haiwan liar yang menyapa telinga mereka. Sejujurnya, bunyi-bunyian itu tidaklah terlalu menakutkan bagi mereka. cuma suasana dan aura gelap yang menyelubungi hutan itu yang membuatkan mereka sedikit berjaga-jaga. pengembaraan kali ini tidaklah seronok seperti pengembaraan-pengembaraan mereka yang terdahulu.

sudah hampir 2 jam perjalanan, mereka akhirnya menemukan semula cahaya matahari. hutan itu berakhir betul-betul di hadapan sebuah pintu pagar besar mengelilingi sebuah pekan yang agak pesat membangun. Dari tempat mereka berdiri, daerah itu bagaikan labirin berwarna emas dan biru, dengan bangunan-bangunan tinggi yang dihiasi lampu lentera gantung dan cerobong asap yang berkepul-kepul menghembuskan nafasnya ke udara. jujur, jika hendak dibandingkan dengan cerita yang mereka dengar dari Kapten Blackstone, bandar itu kelihatan seperti langit dengan bumi. sangat berbeza. bagaimana mungkin? Kapten Blackstone menipu? takkanlah.

"Ini ke tempat tinggal Overlord?" soal Aigle. 

"Seingat aku, tempat tinggal Overlord jauh lebih besar dari pekan ni. dan kita belum pun sampai ke tengah-tengah pulau. aku yakin, ini adalah salah satu daerah naungan Pulau Allerdale." Ujar Canavar.

"Jom." seru Theo mendahului langkah mereka melalui pagar yang tidak berpengawal itu. Dari depan pintu masuk, mereka sudah dapat melihat betapa pesat dan ramainya penduduk daerah itu. kiri dan kanan penuh dengan deretan kedai-kedai, kafe, bengkel, pembuat senjata dan bermacam jenis tukang-tukang. jika mereka perasan, pekan ini dibina di sisi persisiran pantai yang bertentangan dengan tempat mereka melabuhkan Ibis. Di hujung pekan itu terdapat sebuah perlabuhan berbatu yang menghadap terus ke laut tengah. 

Mereka berjalan masuk dengan perasaan yang agak teruja melihat keadaan pekan ini. masing-masing sudah mula menyimpang dari tujuan asal mereka. beberapa deretan kedai dan kafe menjadi tumpuan. kini yang tinggal di tengah-tengah pekan itu hanyalah, Xara, Xavier, dan Ash. Xara sudah menepuk dahi melihat rakan-rakannya yang sibuk mengerumuni kedai-kedai di situ.

"Jomlah.. kita pergi cari pembaiki kapal. jangan pedulikan mereka." ujar gadis itu pada Ash dan Xavier. 

Mereka tiba di sebuah bengkel besar yang terbina dari bangkai kapal karam. Membuatkan senibina bengkel itu kelihatan sangat cantik dan unik. Di pintunya tergantung papan kayu lama bertulis: ENZO LIDD – Master of Hull and Flame.

Seorang lelaki tua berkepala botak dengan janggut menjalar, menyambut mereka dengan wajah yang agak kelat.

"Kalian bukan dari sini kan?" soalnya kepada 3 sekawan itu. 

"Pak cik boleh betulkan kapal kami?" soal Xara tanpa berbasa-basi lagi. lelaki itu berpeluk tubuh sambil tangannya membelai-belai janggutnya yang diikat dengan getah pada hujungnya. pandangannya itu seakan-akan sedang meneliti 3 anak muda asing yang sedang berdiri di hadapannya itu.

"Mana kapal kau?" soalnya.

"Kami labuhkan dekat tepi pantai. rasanya arah barat dari sini." sambung Xara lagi.

"Apa yang rosak?" lelaki itu menyoal lagi tanpa sebarang riak.

"Badan kapal banyak yang dah pecah dan bocor. tiang layar kami kesemuanya dah patah. layar juga langsung tak dapat digunakan lagi. aku boleh tolong, pak cik. aku juga seorang pembaiki kapal. cuma sekarang kami kekurangan alatan." jelas Ash. lelaki itu mengangguk-angguk.

"Baiklah. bawa aku ke sana." Ash mengangguk seraya memandang Xara.

"Aku akan ikut pak cik ni untuk baiki Ibis. Kau pergi cari Theo dan yang lain dulu." ujar nya.

"Aku ikut kau." balas Xavier yang sedari tadi hanya mendiamkan diri. Ash hanya mengangguk tidak menghalang. sekurang-kurangnya dia ada teman dan tenaga tambahan untuk membaiki Ibis nanti.

Lelaki itu kembali membawa peralatan di tangannya bersama-sama seorang lelaki yang bertubuh sasa memakai sehelai coverall berwarna hijau lumut. wajahnya dingin, sedang menggigit batang lolipop yang sudah habis.

Ash dan Xavier mengetuai perjalanan mereka menuju ke tempat Ibis dilabuhkan manakala Xara bergerak ke arah yang bertentangan. dia harus mencari Theo dan yang lain untuk mengkhabarkan berita itu.

.............................................................

Theo yang sudah terpisah dari Ken, Aigle dan Blade tadi melangkah mendekati sebuah menara jam di tengah-tengah pekan. ukiran di bawah jam itu dibaca.

'Menara Jam.Pusat Daerah Virelle.' 

Dan di sekeliling menara jam itu terukir ukiran naga dengan kuantiti yang agak banyak. 

Ayam bakar di tangannya digigit dan dikunyah. Tapi mata masih lagi memerhatikan menara jam itu.

"Ada sesuatu pada wajah kau yang agak mirip dengan seseorang." satu suara kedengaran. tetapi Theo seakan tidak terkejut. Kerana sedari tadi lagi dia sudah dapat rasakan yang seseorang sedang mengekorinya. seseorang yang mempunyai tenaga yang agak kuat. dia tahu, orang ini bukan penduduk pekan yang biasa. 

Dengan mulut masih mengunyah ayam bakar, Theo berpaling ke arah kananya.

seorang wanita sedang duduk di atas sebuah tong kayu di sisi dinding sebuah kedai. tidak jauh darinya. memakai kot labuh berwarna perang dan topi yang melindungi kepalanya dari terik mentari. dia berpeluk tubuh dengan senyuman sinis terukir di wajahnya. kalau dilihat dari wajahnya, mungkin usianya lebih kurang lewat 40-an atau awal 50 -an. Walaupun begitu, wajahnya masih kelihatan muda dan cantik.

"Kau siapa pulak?" soal Theo menghabiskan makanannya.

"Sepatutnya aku yang tanya soalan tu. Dari mana kau datang? Allerdale sudah lama tidak menerima tetamu asing sejak kehilangan Overlord. Jadi, apa tujuan kau ke sini?" soal wanita itu.

Theo mendiamkan diri. Agak lama. Sedikit membuat wanita itu berasa jengkel.

"Kau dengar tak-"

"Aku datang sebab nak baiki kapal kitorang yang dah rosak." Theo memotong. Membuatkan wanita itu sedikit geram. Lantas dia bangkit mendekati Theo. Wajahnya dirapatkan ke wajah Theo yang masih tidak berperasaan itu.

"Maaf tapi.. aku perlu tangkap kau." Theo berkerut dahi.

"Kenapa pula? aku tak ada buat apa-apa kesalahan pun."

"Kesalahan kau.. sebab wajah kau.. sama seperti wajah yang pernah pulau ini puja.. dan pernah pulau ini bakar."



BEAST AND A VOYAGE - chapter three-Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang