54

105 13 2
                                        

Theo melangkah ke hadapan. Kakinya menyusuri pasir pantai yang kebasahan. Dia mengangkat kedua-dua belah tangan separa dadanya, seolah-olah cuba untuk menenangkan raksasa tersebut. 

 Raksasa laut itu berhenti meronta, matanya berubah menjadi redup, lalu ia menggulungkan sesungutnya ke sisi tubuh. mengecilkan diri seperti sedang berhadapan dengan seorang raja.

Orang ramai menjerit kecil, ternganga tidak percaya.

"Dia... dia tunduk?!" Madam Silvia terpaku di belakang. Suaranya kedengaran serak dek kerana terlalu terpana.

"Mustahil... Thalgor hanya taat pada Overlord... hanya pada Elden..."

Theo menghela nafas panjang sebaik dia mendekati Thalgor yang sedang menunduk di atas pepasir di hadapannya itu. Dia meletakkan telapak tangannya ke sisik keras makhluk itu dan mengusapnya perlahan-lahan.

"Aku bukan Elden." katanya perlahan, namun suaranya cukup jelas bergema ke telinga semua yang berada di situ disebabkan keadaan sunyi yang datang menerpa tiba-tiba.

"Tapi..." dia senyap seketika.

"Aku anak dia."

Sunyi. 

Semua mata memandang Theo. Lanun asing yang hanya tiba di daerah ini pagi tadi, kini berdiri tegak dengan Raksasa laut yang menjadi mimpi ngeri penduduk pulau Allerdale di sisinya. serta merta tempat itu digegarkan dengan bisikan-bisikan dari para penduduk daerah Virelle.

"Anak Overlord?"

"Elden ada pewaris?"

"Kenapa kita tak pernah tahu kewujudan dia?"

"Jadi dia tahu mana Elden menghilang?"

"Dia... penyelamat kita?"

Madam Silvia membatu disitu, hampir tidak percaya dengan apa yang sedang terjadi di hadapannya itu.

"Itu... itu bermakna kau... kau benar-benar memiliki darah Elden?"

Theo memandang ke arah pekan yang musnah, kemudian menoleh pada Thalgor yang masih menunduk, seolah-olah sedang setia menunggu perintah.

"Pergi balik ke tempat asal kau. Buat apa yang Overlord pernah arahkan pada kau sebelum ini. lindungi perairan pulau ini sampailah Overlord kembali." ujarnya perlahan. Thalgor mengaum perlahan. seperti sedang mengatakan sesuatu kepadanya dan anehnya, dia memahami kata-kata raksasa itu, sama seperti dia memahami bahasa naga. dia tersenyum nipis.

"Jadi, kau buat kekacauan ni disebabkan kau hilang arah dengan ketiadaan Elden? jangan risau la, ular besar. aku janji dengan kau yang dia akan kembali. sementara itu, aku nak kau terus lindungi pulau ni dari segala ancaman." Thalgor mengangguk perlahan sebelum berundur masuk semula ke dalam air. laut yang bergelora tadi mula kembali tenang. dan kelibat Thalgor sudahpun menghilang.

 Wajah Theo kelihatan tenang sahaja. sepertinya dia perlu menerima hakikat yang dia sendiri tidak boleh menafikannya lagi. dia anak Elden. dan jika Elden tidak kembali, dialah satu-satunya yang bakal menaiki takhta itu. 

"Memang susah nak percaya.. tapi itu lah kenyataannya. Theo Atlas Dreagan adalah pewaris takhta Overlord. dan korang pun sepatutnya tunduk pada dia. sama macam raksasa tu." Ken tiba-tiba bersuara sambil bercekak pinggang dan tersengih lebar. seakan-akan bangga menjadi kawan kepada Theo.

Mendengar kata-kata lelaki itu, mereka berpandangan sesama sendiri. Perlahan-lahan, seorang demi seorang mula melutut di atas tanah. termasuklah Madam Silvia sendiri. Tapi apabila sebahagian dari mereka sudah melutut, Theo membuka langkah. setapak demi setapak dan meninggalkan tempat itu tanpa menghiraukan mereka sekaligus membuatkan semua penduduk mula terpinga-pinga. 

Ken ketawa perlahan sebelum turut membontoti langkah Theo bersama rakan-rakannya yang lain.

"Ash dah jumpa tukang kapal?" soal Theo sebaik rakan-rakannya mendekat. 

"Dah.. Jom. aku tunjukkan tempatnya." balas Xara dan Theo hanya mengangguk. langsung tidak berkata apa-apa mengenai apa yang baru sahaja berlaku tadi. seolah-olah lelaki itu sedang cuba untuk melupakannya.

...........................................................................

"Raksasa laut? Hmm membazir betul." ujar Xavier sambil menoleh ke arah ulu pedangnya. 

"Jangan risau, tak membazir pun. aku pun tak sempat nak sentuh raksasa tu." ujar Ken seraya memaut bahu Xavier.

"Kau tak dengar apa-apa ke? rasanya tak adalah jauh sangat tempat tu dari sini." soal Keith.

"Dengar.. tapi tulah.." Xavier berpaling ke arah pesisir pantai membuatkan rakan-rakannya yang lain turut melakukan hal yang sama.

Di situ, bertemankan cahaya malap dari obor api dan pelita minyak tanah, Ash, Enzo dan Joel sedang tekun membaiki Jacdaw Ibis yang sudah hanya tinggal rangka sahaja di pesisir pantai. sepertinya mereka langsung tidak mempedulikan keadaan sekeliling. walaupun dengan serangan dari Thalgor tadi, langsung tidak memberi sebarang kesan kepada mereka. Mereka sedang berada di dunia mereka sendiri.

"Wahh.. Ibis sedang dibaiki!" ujar Aigle teruja. 

Dia, diikuti oleh Theo dan Ken terus berlari ke arah itu dengan gembira. Manakala rakan-rakannya yang lain hanya berdiri di bengkel itu sambil tersenyum memandang mereka.

Sepertinya, segala yang berlaku tadi lenyap... seolah-olah, tidak pernah wujud langsung...

BEAST AND A VOYAGE - chapter three-Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang