58

40 8 0
                                        

Theo berdiri di hadapan pintu pagar besar pada tembok yang mengelilingi sebuah istana kaca. pintu pagar itu tidak berpengawal. hanya dikelilingi dengan semak samun dan pokok-pokok berduri yang menjalar panjang.

selepas melalui kampung kecil dipinggir kota, dia tidak sedar yang dirinya telahpun terpisah dengan Xavier dan rakan-rakannya yang lain. Kelam kabut dia mencari rakan-rakannya itu. pencariannya itu akhirnya membawa dia ke sebuah kota yang sangat besar. dikelilingi bangunan-bangunan dan rumah-rumah yang diperbuat daripada batu. namun, kota itu seperti sebuah kota yang mati. 

Para penduduknya masih melakukan aktiviti-aktiviti seharian mereka, tapi entah kenapa suasananya terasa suram sahaja. tidak semeriah suasana pekan di Daerah Virelle. 

Para kadet Thistle juga kelihatan berkawal di segenap tempat. Membuatkan Theo terpaksa bersembunyi di mana-mana. Perut yang berkeroncong memandu langkahnya tiba di hadapan sebuah gerai menjual daging panggang.

"Pak cik! daging panggang dua!" lelaki itu tersengih. peniaga yang berusia lebih dari separuh abad itu tersenyum melihat kemesraan yang jelas terpancar pada wajah anak muda di hadapannya itu. membuatkan hatinya dipaut satu perasaan nostalgia.

"Kau bukan dari sini kan?" soalnya. Theo menggeleng.

"Saya baru sampai tadi.. tapi saya dah terpisah dengan kawan-kawan saya.." balas lelaki itu sambil menggaru kepala yang tidak gatal. 

"Aku kenal seseorang yang turut sama memiliki senyuman lebar seperti kau ini.." lelaki tua itu membungkuskan dua keping daging panggang bersaiz besar dengan sekeping kertas berwarna coklat. Theo hanya mendiamkan diri walhal dia tahu siapa yang lelaki itu maksudkan. 

"Kau harus berhati-hati di negeri ini, anak muda. Tempat ini terlalu banyak malapetaka." sempat lelaki tua itu menitipkan pesan kepada Theo. setelah membayar daging panggang yang dibelinya itu, Theo terus menyumbatnya ke dalam mulut dan beredar.

Sehinggalah dia akhirnya tiba di hadapan pintu pagar istana ini. Theo menggigit bibir sambil berpaling ke kiri dan kanan. Tangannya menolak pintu pagar besi berkenaan yang mengeluarkan bunyi nyaring pada engselnya.  

Pintu pagar itu terbuka perlahan. Di hadapan Theo terbentang halaman istana kaca yang luas. Cahaya matahari terbenam memantul di permukaan kaca, memercikkan warna jingga dan ungu yang berkilau, membuat setiap bayangan pokok berduri dan tiang marmar kelihatan seperti hidup sendiri.

Langkahnya berhenti seketika ketika dia memerhati dinding istana yang tinggi dan sempurna itu, seolah-olah tidak seorang pun pernah berjaya menembusinya tanpa izin. Suara angin yang melintasi dinding kaca itu menghasilkan gema yang membuat dada Theo diserang rasa gelisah.

Dia perlahan-lahan menurunkan beg dari bahunya, menarik nafas panjang, dan melangkah masuk ke halaman istana. Setiap langkahnya bergema di antara dinding kaca dan tiang marmar. Debaran jantungnya semakin kencang, tetapi rasa ingin tahu mendorongnya maju. Di tengah halaman, sebuah kolam kristal yang jernih memantulkan bayangan istana dan langit, membuatkan suasana kelihatan seperti sebuah dunia lain.

"Theo Atlas.."

Tiba-tiba satu suara bergema kuat memenuhi ruang istana yang sunyi. membuatkan langkah Theo terhenti. wajahnya tenang sahaja memandang ke arah lelaki di hadapannya itu. sejak melangkah masuk ke istana itu lagi dia sudah menyedari akan kehadiran seseorang bersamanya di dalam ruangan itu. aura yang dimiliki lelaki berjambang putih nipis di hadapannya itu benar-benar kuat. 

Theo tak kenal siapa gerangan lelaki tersebut. tetapi dia tahu, lelaki itu adalah salah seorang daripada tentera Thistle. melihat pada pakaian dan aura yang dimilikinya, Theo yakin dia bukan hanya seorang kadet biasa.

"Aku Lieutenant Commander Lewis Rutledge, pemimpin ketenteraan Thistle. Dan kau... adalah seseorang yang aku tak sangka akan muncul di Dusnia. Apa kau buat di sini, Atlas?" suara lelaki itu tenang tetapi tetap kedengaran berwibawa dan tegas.

"Aku datang sini bukan untuk timbulkan masalah. Aku cuma nak jawapan tentang kota ini dan tentang semua yang sedang berlaku."

Lewis menatap Theo dari atas ke bawah, menilai setiap gerak gerinya. "Dusnia bukan tempat untuk orang yang lemah. Kau kena faham, setiap langkah yang kau ambil akan diperhatikan oleh Thistle."

Theo menarik nafas panjang. "Aku cuma nak tahu tentang Aetherion."

Raut wajah Lewis terus berubah serius. 

"Aetherion... macammana kau tahu nama tu? Kau tahu kuasa itu bukan hanya sekadar khabar angin? Ia bahaya besar. Dan setiap orang yang ingin mendekatinya harus bersedia menghadapi risiko... termasuk mempertaruhkan nyawa mereka sendiri." ujarnya tegas.

"Kau tahu... biasanya, tiada sesiapa yang dibenarkan masuk ke dalam istana ni tanpa izin aku," sambung lelaki itu lagi. "Dan kau... lanun, datang menceroboh tanpa diundang.. Itu sudah cukup untuk dikira pelanggaran serius."

"Macam yang aku cakap tadi, aku bukan datang sini cari masalah. Aku cuma mahukan jawapan. Kota ini... kota Dusnia... semua yang berlaku di sini dan... kuasa misteri tu, Aetherion. Aku perlu tahu." Theo membalas tatapan tajam Lewis tanpa gentar.

 "Kau bukan dari kalangan Thistle, dan kau juga bukan dari sini.. tapi kau tahu nama kuasa langka tu. Itu sudah cukup untuk menimbulkan masalah yang serius. Kau faham maksud aku, kan?"

"Ya," jawab Theo perlahan, suaranya tenang tapi tegas. "Aku faham. Dan aku juga faham risiko yang aku akan hadap nanti. Tapi kalau aku tak buat apa-apa sekarang, lebih ramai lagi yang akan terperangkap dalam kekacauan ini."

Lewis menguntumkan senyuman tipis, tetapi masih ada ketegasan yang menakutkan di matanya. "Bukan setiap orang layak bercakap begitu dengan aku. Aku tak pasti.. kau ni seorang yang berani... atau bodoh sebenarnya."

"Aku masih cuba sedaya-upaya aku untuk tak mencabar Thistle. Aku cuma nak selesaikan misteri ini, sebelum ianya jadi lebih buruk. Kau izinkan atau tak, aku tetap akan masuk ke dalam sana, dan aku perlu tahu kat mana pusat kuasa itu berada."

Lewis mengangkat dagunya, menilai Theo sekali lagi sebelum mengangguk perlahan. "Baik. Aku izinkan kau masuk... tapi dengan satu syarat. Aku akan pantau setiap langkah kau. Tak ada ruang untuk kesilapan. Satu langkah salah, dan aku tak akan bertanggungjawab kalau nyawa kau sendiri melayang."

Theo tidak menjawab. wajahnya masih terpancar riak tenang. apa yang dibicarakan oleh Lewis itu, tidaklah mampu melunturkan semangatnya.

Lewis beralih dari tempatnya berdiri, memberi ruang kepada Theo untuk melihat laluan luas ke dalam istana itu. 

Langkah Theo perlahan-lahan menyusuri platform marmar yang luas. Setiap derap kakinya bergema di ruang istana kaca itu. Cahaya matahari petang memantul di dinding kaca, memercikkan warna jingga ke seluruh ruang. 

semakin kakinya melangkah, dadanya semakin memberat. Di sana.. Di hujung sana.. terdapat satu aura yang yang sangat kuat dan misteri. Aura yang mampu membuat Canavar sendiri mengigil.

"Ini adalah idea yang buruk, Atlas.."

BEAST AND A VOYAGE - chapter three-Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang