44

56 8 3
                                        


"Jadi sebab itulah Elden menghilangkan diri? dia sedang mencari urre gold untuk menghidupkan kembali Elena?" soal Keith.

"Urre gold mampu menghidupkan kembali orang yang telah mati?" soal Xavier.

"Urre gold bukanlah hanya sebatas emas.. ia adalah sebuah harta lagenda yang telah wujud beratus ribu tahu yang lalu. ianya memiliki kuasa yang di luar jangkauan mana-mana makhluk pun yang ada di dunia ini. jika ada yang boleh membantu kalian, pastilah kuasa dari harta lagenda itu." 

Theo terdiam setelah mengulang cerita yang telah disampaikan oleh Tyrat tadi. oleh kerana hanya dia yang mampu memahami pertuturan naga itu. 

"Jadi, kenapa kau panggil aku ke sini?" soalnya setelah agak lama mendiamkan diri. Tyrat menderam perlahan. kepalanya diangkat dan pandangan matanya bersatu dengan dua biji mata milik Theo. atau lebih tepat lagi mata milik Canavar.

Theo tersentak. dia seakan-akan faham akan pandangan tanpa suara naga putih itu.

"Kau.. sedang nazak?" soal lelaki itu tiba-tiba membuatkan kesemua yang berada di situ sekali lagi disapa kejutan.

Canavar berkerut seribu. tiba-tiba perasaan gemuruh mula menyelubungi dirinya.

"Atlas.. aku rasa aku tahu apa yang dia mahukan dari kau.." ujar sang naga merah itu.

"Biar aku bercakap dengannya.." Theo sekali lagi dibiarkan dengan tanda tanya. lama dia berdiam diri sebelum lelaki itu perlahan-lahan menutup matanya dan menarik nafas panjang. 

sebaik kedua-dua belah matanya dibuka, kedua-duanya sudah bertukar warna menjadi merah menyala. corak melingkar pada sebelah mata Theo sebelum ini mula membesar dan memenuhi separuh dari tubuhnya. kedua-dua belah tangannya juga ditumbuhi sisik-sisik merah yang berkilat. 

Xavier dan Keith tergamam melihat perubahan Theo. yang mereka pasti, kekuatan lelaki itu secara tiba-tiba bertambah berlipat-lipat kali ganda. 

"Theo!" panggil Xavier. namun, panggilannya tidak diendahkan lelaki itu. ya! Xavier pasti! yang sedang berdiri di hadapan mereka sekarang ini bukanlah Theo Atlas.. sebaliknya adalah naga merah yang sedang mendiami tubuh lelaki itu, Canavar! tapi, kenapa? apa yang berlaku? kenapa tiba-tiba Canavar keluar memunculkan diri?

Everit juga terkedu melihat perubahan milik Theo. dia masih tidak faham apa yang sedang berlaku. namun, riak cemas Xavier dan Keith turut sama membuatkan dia gemuruh.

"Tyrat.." suara Theo kedengaran agak dalam dan garau. langsung berubah. 

"Canavar... Dhyr separa Naga..."  Tyrat bersuara.

"Beritahu aku.. apakah tujuan kau yang sebenarnya?" 

"Rasanya kau sendiri sudah tahu bukan? aku perlukan budak lelaki ini untuk menjadi saluran bagi mengekalkan kuasa aku dari terus pupus.."

"Tak mungkin tubuh budak ini mampu menampung dua kuasa besar ini sekaligus! dia akan mati!" 

"Kau sudah mendiami tubuhnya sejak dia masih lagi bayi.. apakah kau masih ragu-ragu dengan kekuatan yang dimiliki oleh budak ini?"

Canavar terdiam. ya, dia sedar Theo bukan lagi lelaki lemah seperti dulu. di setiap pengembaraannya, di setiap lawan yang dia hadapi, lelaki ini semakin hari menjadi semakin kuat. malah, Theo sendiri mampu membangkitkan kuasa Canavar tanpa perlu membiarkan Canavar menakluki tubuhnya itu lagi. tapi, untuk menyimpan 2 kuasa dari 2 ekor naga di dalam badannya, ianya terlalu berisiko.

"Kau tidak percayakan budak lelaki ini, Dhyr?" 

"Kalau dia mati bagaimana?"

"Dia mampu menanganinya.."

BEAST AND A VOYAGE - chapter three-Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang