46

65 5 1
                                        


Jackdaw Ibis berlayar perlahan di atas laut yang tenang. angin yang menghembus layarnya juga perlahan sahaja. masih tiada tanda-tanda cuaca akan berubah. menandakan yang mereka belum lagi masuk ke sempadan benua.  

Keith masih setia di sisi pengemudi kapal. tangannya memegang teropong panjang dan meneropong ke hadapan laut luas. sesekali matanya beralih ke arah langit. mencari-cari sebarang petanda aneh. 

di sisi deck kapal kelihatan Theo dan Ken sedang memancing ikan. masing-masing kelihatan bosan dek kerana tiada langsung ikan yang termakan umpan mereka. 

di lantai deck pula kelihatan Aigle sedang menghasilkan peluru ciptaan menggunakan bahan letupan yang diciptanya sendiri. tidak jauh darinya ada Blade sedang tekun membaca sebuah buku berkulit merah. terdapat 2 buah lagi buku yang sama di sampingnya. Ash pula sedang tekun menjahit bahagian layar mereka yang sedikit koyak.

manakala, Xara dan Xavier berada di belakang deck sedang berlatih bermain pedang bersama-sama. 

dan Newt masih sibuk di dapur sedang memasak makan tengah hari mereka.

sudah 2 hari selepas mereka meninggalkan Pulau Sandia. walau berat hati, Theo terpaksa menurut kata-kata rakan-rakannya. walau apa pun alasan yang cuba dia berikan, rakan-rakannya tetap juga melarangnya meneruskan niatnya untuk membantu Tyrat mengekalkan kuasa naga itu di dalam badannya.


2 hari yang lepas..

"Aku faham Theo. niat kau adalah untuk kebaikan semua. tapi kau kena ingat, semua akan jadi sia-sia kalau kau mati." ujar Xara.

"Dengar cakap kawan-kawan kau ni Theo. mereka lebih bijak dari kau.." kedengaran suara Canavar pula mengutuknya membuatkan Theo bertambah geram.

"Aku tetap dengan keputusan aku!" dan Theo pantas memanjat pagar kapalnya lalu melompat turun ke darat. kakinya melangkah meninggalkan Jackdaw Ibis dengan wajah yang masam mencuka. agak kecewa dengan reaksi rakan-rakannya yang langsung tidak menyokong atau menghormati keputusannya sebagai seorang kapten.

"Kau rasa kita terlalu berkeras dengan Theo?" soal Xara mengekori langkah lelaki itu dengan anak matanya.

"Tapi, aku rasa keputusan yang dia buat tu tak salah.." ujar Blade tiba-tiba.

"Kenapa kau cakap macam tu?"

"Sebenarnya, aku pernah baca tentang satu kuasa asing yang langka pernah wujud beberapa ratus tahun yang lalu. dan ada teori yang menyatakan kuasa asing tu akan muncul pada setiap 100 tahun. dan di setiap kemunculannya, akan ada kemusnahan besar yang akan berlaku. aku rasa, apa yang dimaksudkan oleh Tyrat tu, kemungkinan kuasa yang sama yang aku baca dari buku tu." jelas Blade.

"dan percayalah, 'dia' yang Tyrat maksudkan tu, sememangnya sangat kuat." sambungnya lagi sambil tersenyum gementar.

"Mana kau baca pasal benda ni?" soal Keith. Blade berlalu masuk ke kabin kapal dan keluar beberapa minit kemudian bersama 2 buah buku berkulit merah di tangannya. buku itu diserahkan kepada Keith. rakan-rakannya turut sama memerhati.

"OURO I dan OURO III?" soal Keith. 

"Kenapa aku rasa macam pernah nampak buku ni?" soal Xara.

"Aku jumpa dekat dalam kabin kapal ni masa aku mula-mula join korang. aku dan habiskan Ouro I tapi aku tak jumpa Ouro II. jadi aku tak boleh sambung bacaan aku ke Ouro III." Jelas Blade.

"Kalau tak silap aku, Ouro I ni buku yang diberikan oleh Raja Ohz, raja duyung. dan Ouro III ni kau jumpa dekat markas Platinum kan, Xara.." Xara tersentak mendengar kata-kata Xavier.

BEAST AND A VOYAGE - chapter three-Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang