"Kau pasti Theo? kau tak dengar apa yang Canavar cakap? kau boleh mati tahu tak?!" marah Xavier sambil memandang Theo yang sedang duduk bersila di atas lantai gua. Keith sedang duduk bersilang tangan di atas sebuah bongkah batu yang sederhana besar, manakala Everit masih berdiri tegak berhampiran mereka. masih lagi sedang mencerna tentang keadaan yang sedang berlaku ini.
mereka baru sahaja selesai mendengar cerita dari Theo tentang jalur perbincangan antara Canavar dan Tyrat sebentar tadi. tentang 'dia' yang diceritakan oleh Tyrat. juga tentang kuasa Tyrat dan Zordath yang sudah semakin pupus akibat perbuatan 'dia' yang mereka masih tidak tahu siapa identitinya. fikir Keith, mungkin sebab itulah Zordath mencuri buah abadi di Lotus City baru-baru ini. dia sedang cuba untuk mengembalikan kuasanya yang telah diserap oleh ' dia' itu.
"Apa pun yang ada dalam fikiran kau sekarang ni, aku tak benarkan!" bahagian dalam gua itu bergema dengan suara Xavier yang masih lagi bengang dengan keputusan dari kapten gilanya itu.
Theo berpeluk tubuh dengan muncung yang panjang sedepa.
"Theo! kau dengar tak apa aku cakap ni?"
"Ya ya aku dengar.." jawab lelaki itu malas.
"Habis tu? kau tetap nak buat ke?"
"Ya Xavier.. aku tetap dengan keputusan aku.."
Xavier meraup wajahnya kasar. gila! lelaki ini sudah gila!!
"ikut aku sekarang! kita keluar dari sini!" Xavier pantas menarik kolar baju Theo memaksa lelaki itu untuk berdiri.
"Apa ni Xav!! janganlah tarik aku!" dan jeritan lelaki itu langsung tidak diendahkan oleh Xavier.
"Wei Xav!" panggil Keith sebelum membontoti langkah Xavier.
"Macammana kita nak keluar dari sini? kita masuk tadi kan guna lubang kecil yang menjunam ke bawah tu." langkah Xavier terhenti.
"Theo! tanya Tyrat macammana nak keluar dari sini!" arah Xavier. theo mendiamkan diri sambil berpeluk tubuh dan mengambungkan pipinya. mata dilarikan ke arah lain agar tidak bertentangan dengan mata Xavier. kurang asam!
Xavier lantas memandang Tyrat dan naga putih itu menghalakan kepalanya ke arah kanan. menunjukkan jalan keluar yang lain. pantas lelaki itu menundukkan kepalanya tanda terima kasih dan berlalu dari situ diikuti oleh Keith. Everit juga turut sama menunduk ke arah Tyrat, matanya merenung naga itu buat seketika sebelum turut sama beredar dari tempat itu. Mata kuning milik Tyrat hanya mengekori langkah mereka sebelum dia kembali meletakkan kepalanya di atas bongkah batu.
...............................................................................................................
"Theo!! Xavier!! Keith!!!" suara sorang gadis menyapa sebaik sahaja mereka menjejakkan kaki ke kampung Sandia bersama-sama Everit dan pahlawan Sandia yang lain. gadis itu pantas meluru ke arah 3 sekawan itu dan merangkul erat leher mereka. sebelum datang seorang lagi lelaki turut melakukan hal yang sama sehingga mereka jatuh terbaring di atas tanah.
"Xara! Ken! lepaslah! korang berat laa.." ujar Keith sambil menolak kepala Ken yang tersengih sumbing.
"Korang tahu tak orang-orang kat sini dah tahan kitorang sebab diorang ingat kami ni penceroboh." adu Xara.
Xavier memandang ke arah Newt dan Blade yang sedang dikawal oleh beberapa orang pahlawan Sandia yang lain.
Everit mengangkat tangannya ke arah pahlawan-pahlawan itu sebagai isyarat untuk melepaskan rakan-rakan Theo yang lain.
"mana korang pergi?" soal Newt.
"Panjang ceritanya.." ujar Keith.
"Jadi, apa keputusan kalian? tetap di sini? atau tidak?" soal Everit memandang ke arah Theo. lelaki itu melepaskan keluhan perlahan. matanya menyoroti pandangan tajam milik Xavier.
"Bagi aku masa.. biar aku berbincang dulu dengan crew aku.." ujarnya seraya melangkah pergi dari tempat itu diekori oleh rakan-rakannya yang lain.
...................................................................................................
"Aku setuju dengan Xavier!" ujar Xara. rakan-rakannya yang lain juga turut mengangguk.
sebaik sampai ke Jackdaw Ibis yang masih setia berlabuh di pinggir pantai Pulau Sandia, Xavier dan Keith mula membuka cerita dari awal sehingga akhir kepada rakan-rakannya yang lain. dan sudah terang lagi bersuluh tiada seorang pun yang setuju untuk Theo menggadaikan nyawanya untuk menjadi saluran kuasanya Tyrat.
"Kalau kau mati, apa yang akan berlaku pada crew kita? kau ada fikir tak?" soal Xara lagi.
"Theo.. aku taknak kau mati.." Aigle bergumam perlahan dengan air mata yang sudah merembes ke pipi.
Theo bangkit dari duduknya.
"siapa cakap yang aku akan mati? Xavier ni saja nak takutkan korang.."
"Jangan mengarut Theo! kau sendiri dengar apa yang Canavar cakapkan. tak mungkin tubuh kau mampu untuk menampung 2 kuasa dari 2 ekor naga sekaligus. kuasa seekor naga pun dah hampir membuatkan kau mati dulu.. kau fikir kau mampu untuk mengawal 2 ekor naga?" marah Xavier.
"Kau tak percayakan aku, Xav?" soal lelaki itu perlahan sambil menatap mata Xavier. sahabat yang paling dia rapat diantara rakan-rakannya yang lain.
"Theo.. ini bukan soal percaya atau tidak.. kitorang risaukan kau.. dan kitorang tak nak kehilangan kau.. kau kawan kitorang.." ujar Keith pula.
"Sebab aku kawan koranglah aku perlukan kepercayaan korang.. korang dah bersama dengan aku dah lama.. korang tahu aku mampu." balas Theo.
"kenapa? kau sanggup jadi saluran kuasa Tyrat atas alasan apa?" soal Newt.
"Apa yang kau nak buktikan sebenarnya, Theo?" soal Ken pula menyokong soalan dari Newt.
"Aku tak ada apa-apa yang aku perlu buktikan. macam yang korang tahu, seseorang sedang menaiki takhta Overlord. dan bakal mencetuskan perang yang lebih besar. ini semua jadi sebab ayah aku yang menghilangkan diri cuba untuk mencari penawar untuk menyembuhkan ibu aku.. dan kau dengar sendiri kan, kuasa Tyrat sahaja tidak cukup untuk menghentikan dia. kau rasa dengan kuasa yang aku ada sekarang, aku boleh hentikan dia?" soal Theo. masing-masing mendiamkan diri.
"Aku tak akan biarkan semua itu berlaku! ini adalah tanggungjawab aku. lebih-lebih lagi, bila aku tahu yang darah Overlord tu sedang mengalir dalam tubuh aku! jadi.. aku perlukan korang sebagai sahabat-sahabat aku, untuk percayakan aku dengan sepenuh hati korang. percayakan kekuatan aku. aku janji, aku tak akan mati!"
ANDA SEDANG MEMBACA
BEAST AND A VOYAGE - chapter three-
Fantasy*Pastikan baca Beast and a Voyage chapter 1 and 2 dulu sebelum baca cerita ni. ** chapter 1 & 2 ada di account lama AdaHaris (boleh juga didapati di reading list) Nama aku Theo Atlas Draegan Aku berkongsi nyawa dengan seekor naga bersisik merah Aku...
