48

76 11 3
                                        

Rekahan semakin membesar menandakan yang mereka sudah mula merapat. sebaik sahaja kapal mereka tiba betul-betul di hadapan pintu rekahan itu, Keith menjerit kuat.

"Sekarang!!!"

serentak dengan itu, ikatan layar dilepaskan dan roda air kembali masuk ke dalam perut kapal. angin yang kencang meniup ke arah bukit dihadapan mereka serta-merta terus menolak Jackdaw Ibis naik ke atas bukit melalui arus air laut yang sangat deras itu. ianya seperti air terjun, tetapi airnya mengalir ke atas. air terjun yang terbalik.

pergerakan mereka sangat laju. sehinggakan mereka terpaksa berpaut dengan lebih kuat apabila kaki mereka mula melayang-layang di udara. Jackdaw Ibis sendiri seakan-akan sudah terangkat dari permukaan air dek kerana kelajuan angin yang menolak layar mereka. kekuatan angin sedikit demi sedikit telah mengoyak layar.

Keith mengetap gigi menyedari keadaan itu. mereka harus bertahan. sedikit sahaja lagi. Theo memeluk pagar kapal di bahagian paling hadapan. walau dengan angin yang kuat dia masih lagi tersengih teruja. rakan-rakannya yang lain sudahpun menjerit kuat.

"Theoooo!!! akuu akannn  bunuuuhhh kaauuuu!!" jerit Ken diiringi oleh bunyi angin dan arus deras.

"HAHAHAHAHAH!!!" dan Theo langsung tidak mempedulikan jeritan rakannya itu.

sebelum tiba-tiba..

PRAKKK!!

Tiang layar tiba-tiba merekah. ianya sudah tidak mampu lagi untuk menampung daya angin yang terlalu kuat menghembus layar. 

dan serentak dengan itu, mereka tiba di puncak bukit. Jackdaw Ibis terbang ke udara ditolak oleh angin kencang. air laut memercik lebat ke atas deck kapal. sebelum sempat pun mereka berbuat apa-apa, kapal mereka terus menjunam laju ke bawah. mengikuti arus air yang menjunam menuruni bukit seperti air terjun itu. agak laju sebelum akhirnya, Jackdaw Ibis menghempas ke permukaan laut di bawahnya. 

tiang layar patah dua. layar mereka koyak rabak. dan dinding kapal mereka sudah berlubang sana sini. jika tiada tindakan yang cepat, kapal mereka akan karam di sini!

"Kiri!! Ash!! bawa Ibis ke kiri!! aku nampak darat!!" jerit Keith. dan Ash terus mengeluarkan roda air dan pantas mengawal kapal mereka ke arah kiri. di situ terdapat sebuah pulau kecil yang bersambung dengan benteng sempadan. ianya tidaklah terlalu kecil, masih mampu untuk kapal mereka berlabuh di situ. 

Jackdaw Ibis mendarat di pesisir pantai. Ken menarik sauh lalu dipacakkan ke atas darat bagi mengelakkan kapal mereka hanyut dan karam. keadaan Jackdaw Ibis benar-benar teruk. 

Ash sudah melutut di atas pasir. rakan-rakannya yang lain juga turut terduduk di hadapan kapal mereka. 

"Macammana kita nak baiki Ibis?" soal Aigle sambil bersandar pada bahu Xara. 

"Dekat sana ada hutan kecil.. kau rasa kau boleh baiki Ibis guna kayu-kayu dari pokok-pokok hutan tu Ash?" soal Xavier sambil berdiri menghadap kawasan hutan di sisi mereka. 

"Aku tak janji.. tapi aku boleh cuba.. sekurang-kurangnya sampai kita cari pulau yang ada tempat untuk baiki kapal.." ujar Ash. 

"Tapi aku dah tak ada tenaga..." ujar Ken sambil terlentang di atas pasir pantai. 

"Kita rehat dulu.. lepas ni kita tolong Ash baiki Ibis yang mana kita mampu baiki." Ujar Xara. 

Keith hanya diam memandang langit yang tenang.

Aneh..

baru sekejap tadi mereka melalui cuaca yang sangat extreme di sempadan sebelah. tapi cuaca disempadan sini, sangat tenang. seakan-akan mereka berada di sebuah dunia yang lain. matahari memancarkan cahayanya terik di atas langit. burung-burung camar terbang seperti langsung tiada apa-apa yang mengganggu mereka.

dia beralih pula pada air terjun di sisi mereka. air terjun yang baru sahaja membawa mereka ke sempadan Benua Urb. sebuah benua yang amat ditakuti oleh penduduk dunia kerana menurut mereka, benua Urb dipenuhi oleh raksasa. 

Tapi, mereka tidak tahu yang hakikat sebenarnya, Benua Urb adalah tempat tinggal Overlord. di sebuah pulau yang sangat besar di tengah-tengah benua. Pulau Allerdale. Keith mengalihkan pandangannya ke arah Theo yang sedang termenung merenung ke arah laut biru.

"selamat pulang, Atlas.. ke benua kelahiran kau.." suara Canavar kuat kedengaran di telinganya. Theo tersenyum sinis. 

"Theo.." panggilan Keith menarik Theo ke alam realiti. lelaki itu kelihatan berjalan perlahan mendekatinya.

"Aku yakin, Pulau Allerdale pasti ada kelengkapan untuk membaiki Ibis.." lelaki itu mengutarakan pandangannya. disambut oleh mata-mata dari rakan-rakannya yang lain. semua tahu Pulau Allerdale adalah tempat tinggal Overlord. dan tempat kelahiran Theo. dan berdasarkan cerita dari Blackstone Balthier sebelum ini, pulau itu adalah sebuah pulau yang besar. memiliki beberapa buah kota di dalamnya. sudah pasti mencari tempat membaiki kapal adalah sangat mudah. 

"Tapi Keith.. kita tak tahu arah ke sana." ujar Xara. membuatkan masing-masing mula mendiamkan diri. 

lama.. sebelum Theo akhirnya bersuara..

"Canavar boleh bawa kita ke sana.." 




BEAST AND A VOYAGE - chapter three-Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang