47

46 8 0
                                        

Ombak bergulung hebat menghentam kapal kecil yang sedang berlayar perlahan di atas permukaan laut. Jackdaw Ibis terumbang-ambing. keseluruhan deck kapal sudahpun dibanjiri air laut. masing-masing berpaut kuat pada mana-mana bahagian kapal yang mereka mampu capai. langit masih lagi memuntahkan kilat tanpa henti. mujurlah kapal mereka masih lagi utuh di atas laut. 

tiba-tiba muncul beberapa puting beliung tanpa amaran menghentam permukaan laut. sehingga terbentuk pusaran air yang sangat kuat di beberapa tempat di sisi Jackdaw Ibis. Wajah masing-masing sudah pucat lesi. dalam banyak-banyak sempadan benua yang mereka telah tempuh, sempadan inilah yang mempunyai cuaca yang paling teruk. 

dinding tinggi yang menjadi benteng sempadan masih lagi jauh jaraknya. di sini mereka sudahpun hampir dikalahkan oleh alam.

"Keith!!" jerit Ash yang masih berpegang kuat pada pengemudi kapal. mengejutkan Keith dari lamunan. sungguh dia sendiri terkejut dengan cuaca yang sangat extreme ini.

"Ken, Vavier, Theo! ikat layar pada tiang! Ash! keluarkan roda air! kita tak boleh berlayar guna angin! angin terlalu kuat! layar akan koyak!" pantas Ken, Xavier dan Theo berlari ke arah layar. Sebaik layar diikat kemas pada tiang. Ash menekan pedal yang berada di bawah pengemudi kapal. roda air keluar dari kedua-dua sisi Jackdaw Ibis. sekaligus membuatkan kapal mereka menjadi sedikit stabil berbanding tadi.  Keith memerhatikan laut di hadapan mereka. kiri dan kanan dipenuhi dengan pusaran air yang semakin membesar. langit yang gelap menyukarkan lagi untuk dia melihat.

"Bertahan semua! this will be a tough ride!" gumamnya. 

Jackdaw Ibis bergerak perlahan di atas laut yang bergelora kuat. walaupun masih terumbang-ambing, namun ia masih lagi stabil. sesekali ombak memukul kuat menyebabkan kapal kecil itu terdorong ke belakang. namun Ash cekap mengemudi kapal kecil itu melalui arahan-arahan dari Keith. dan walaupun seteruk mana cuaca yang menyerang mereka, Keith masih mampu membawa mereka ke dinding sempadan dengan selamat. kabus tebal menutup permukaan laut pada dasar dinding yang tinggi melangit itu. membuatkan pandangan mereka sedikit terhalang. tambah pula keadaan sekeliling masih lagi gelap. hanya sekali-sekala diterangi cahaya semulajadi yang datang bersama-sama bunyi guruh yang sangat kuat.

Theo masih berdiri di bahagian paling hadapan kapal dengan wajah yang teruja. namun, keterujaannya itu mati sebaik kabus tebal itu perlahan-lahan menghilang. menampakkan dinding benteng yang langsung tidak mempunyai sebarang pintu atau lubang gua. bagaimana mereka mahu melepasi dinding itu?

"Keith! kita akan langgar dinding!!" jerit Xara diselang-selikan jeritan Aigle dan Ken yang sedang berpelukan erat.

Keith berkerut dahi. dia sendiri tidak tahu bagaimana ini boleh terjadi? jika menurut kompas lagenda, mereka sudah berada di laluan yang tepat. dinding benteng semakin lama semakin mendekat.

"Ash! pusing balik!! pusing balik!!!" arah Keith.

"Jangann!!" Theo menjerit tiba-tiba. 

"Apa kau mengarut ni Theo! kita akan langgar dinding!" jerit Blade pula yang sedang memeluk tiang layar. 

"Percayakan aku! kita teruskan!" ujar Theo lagi.

"Aku rasa kapten korang ni dah gila!" ujar Newt.

Xavier di sisinya hanya berdiam diri sambil memegang kemas pada pagar kapal.

"Aku harap kau betul Theo!" ujar Keith lalu mengalihkan pandangannya ke arah Ash sebelum mengangguk.

masing-masing mula memejamkan mata mereka dan berdoa supaya rancangan gila kapten mereka itu tidak membawa mereka ke alam satu lagi.

semakin lama mereka semakin mendekati dinding sempadan. dan semakin mereka merapati, barulah mereka nampak terdapat satu rekahan pada dinding sempadan berbatu merah itu. walaupun begitu mereka masih tidak boleh menarik nafas lega. 

kerana terbentang dihadapan mereka, melalui rekahan pada dinding sempadan itu, terdapat satu aliran air yang mengalir deras ke atas sebuah bukit batu yang agak tinggi. walaupun tidak setinggi benteng tersebut, tetapi ianya tetap sangat tinggi.

"Theo!! kalau aku mati aku akan bunuh kau!!" jerit Ken. theo ketawa kuat.

"Jangan risaulah, Ken.. aku pasti Keith akan bawa kita lalui benteng ni dengan selamat. kan Keith?" Theo melirik ke arah keith. lelaki itu hanya menggeleng perlahan sebelum meraup rambutnya kebelakang.

"okay fine captain.. Ken, Blade, Xavier dan Newt! aku nak korang bersiap sedia untuk lepaskan ikatan layar selepas signal daripada aku!" arah lelaki itu. pantas 4 sekawan itu berlari ke arah tiang layar dan memanjatnya hingga ke puncak. angin yang kuat agak menganggu. namun, ianya tetap tidak menghalang. masing-masing memegang erat tali yang mengikat layar di bahagian atas tiang.

"Ash.. tunggu arahan aku dan simpan kembali roda air." ujar Keith. Ash mengangguk.

masing-masing berdebar menunggu arahan. mereka semakin mendekati rekahan tersebut. 

"Bersedia..." gumam Keith.

BEAST AND A VOYAGE - chapter three-Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang