Kampung Telura, Pinggir Kota Dusnia..
seorang wanita berjalan perlahan sambil menatang satu dulang berisi 4 gelas air mendekati sebuah meja yang agak tersorok di dalam bar itu. meja tersebut diduduki oleh 4 orang pemuda yang kelihatan sedang berbincang dengan serius sambil mata mereka meneroka bar tersebut. bimbang jika ada di antara kadet-kadet Thistle yang mengunjungi bar itu perasan akan kehadiran mereka di sini. Mana tidaknya, boleh dikatakan majoriti pengunjung bar berkenaan terdiri daripada mereka yang berseragam coklat cair dengan senapang panjang tergantung pada bahu masing-masing.
"Aku pasti Theo ada dekat istana kaca tu sekarang." ujar Xavier sebaik sahaja pelayan yang menghantar air mereka tadi beredar.
"Macammana dia boleh lepas weh? aku tengok bukan main ramai lagi Thistle dekat sini. aku pasti dekat bandar besar tu pun mesti lagi ramai." balas Ken.
"Kalau tak silap aku, HQ Thistle memang dekat Kota tu kan?" soal Blade.
PRANGG!!
Bunyi yang agak membingitkan telinga itu mematikan perbualan mereka. terus mata masing-masing menghala ke arah seorang pelayan wanita yang sedang menangis di hadapan sebuah meja yang dipenuhi oleh kadet Thistle. Dan salah seorang dari mereka sedang memegang lengan pelayan wanita tersebut sambil bibirnya tersenyum sumbing.
"Aku dah cakap.. duduk sini je layan kami.. kau nak pergi mana?" soal lelaki berkenaan. Wajah pelayan wanita itu sudahpun berkerut seribu menahan kesakitan akibat dari genggaman tangan lelaki yang bersaiz lebih besar berbandingnya itu.
"Tolong.. tolong lepaskan saya, tuan.. saya perlu berkerja.." rayu wanita tersebut. lelaki itu walhal menarik pelayan wanita itu terus merapatinya.
"Kerja kau.. layan kami.. apa kau dah lupa kami ni siapa? kau beranai nak menentang? Aku boleh bunuh kau dan keluarga kau bila-bila masa je."
Ken dan Keith mengetap gigi memerhatikan situasi berkenaan. mana tidaknya, semua yang ada di situ hanya memandang, tiada sesiapa pun yang berani untuk membantu. riak wajah kesal jelas terlihat pada wajah mereka, namun masing-masing hanya membatukan diri. Keith pantas mengeluarkan salah satu goloknya dari sarung, dia dan Ken mula bangkit dari kerusi dengan niat ingin membantu dan menghabiskan riwayat kadet tersebut.
"Tunggu, Ken! Keith!" suara Xavier menghentikan langkah mereka.
"Tapi Xav! kau tengoklah dia layan perempuan macam tu. aku tak boleh laa!" rungut Ken.
"Kita tak boleh buat masalah dekat sini, Ken. Nanti mereka akan tahu kita kat sini. lagi susah untuk kita masuk ke Kota Dusnia dan cari Theo. Ingat tujuan utama kita datang sini." ujar Xavier.
Ken mengetap gigi sebelum mengambil tempat di kerusinya. Keith pula terus menyimpan kembali goloknya ke dalam sarung sebelum tangannya mencapai sebatang garfu di atas meja. dengan cekap dan cepat dia terus melontarkan garfu tersebut tepat mengenai biji mata kadet Thistle yang sedang ketawa miang membuatkan lelaki itu terus terjatuh dari kerusi menghempap lantai kayu.
Darah memercik keluar dari biji mata kirinya yang masih tercucuk sebatang garfu yang melayang entah dari mana. rakan-rakannya terus membantu.
"Siapa yang cuba cari gaduh dengan aku ni!!??!!" marahnya sambil tangan masih menekan mata yang cedera.
senyap..
Tiada sesiapa pun yang bersuara.
"Bangsat!!!!" terus lelaki itu melangkah keluar dari bar bersama rakan-rakannya.
Keith dan Ken melagakan penumbuk sambil tersenyum sumbing.
"Nice, Keith.."
"Aku patut aim bawah sikit tadi."
"Tapi, korang dengar tak apa yang lelaki tu cakap tadi?" soal Blade mematikan ketawa dua lelaki itu.
"Apa maksud dia, dia boleh bunuh pelayan tu bila-bila masa saja? kalau tak silap aku, dalam akta sumpah dan perlembagaan pasukan pertahan dunia, ada menyatakan yang mereka tak boleh mencederakan orang awam yang tidak bersalah." sambung lelaki itu lagi.
"Ada yang tak kena dengan Kota ni.." balas Xavier.
"Semua penduduk kota ni dah terikat dengan kerajaan dunia yang baru." ujar satu suara berjalan mendekati meja mereka. membuatkan Xavier, Ken, Keith dan Blade mengangkat kepala mereka kearang seorang lelaki tua berambut putih paras bahu yang sedang berdiri di sisi meja, memandang tajam ke arah Keith.
"Aku nampak apa yang kau buat tadi.. dan aku nasihatkan, tolong jangan buat macam tu lagi.. kau boleh bahayakan nyawa penduduk kota ni. silap langkah, nyawa kami akan melayang dan dibuang macam bangkai yang busuk."
"Hehh.. cakap jelah korang ni penakut. korang semua tengok je kan apa yang bangsat tu buat dekat pelayan bar ni." balas Ken, menahan geram.
"Pelayan bar tu.. anak aku. tak ada ayah dalam dunia ni yang sanggup tengok anak perempuannya diperlakukan macam tu.." balas lelaki tu itu. jelas kedengaran getaran dalam suaranya.
"Jadi, kenapa pak cik biarkan?" soal Keith.
"Kalau aku tak biarkan, anak aku, isteri aku.. mungkin akan mati hari ini.. Macam yang aku cakap tadi, kota ni dah terikat dengan kerajaan dunia yang baru.. dan kami tak akan mampu untuk lari.. jadi aku ingatkan sekali lagi, jangan masuk campur dengan urusan kota ni dan pergi dari sini."
lelaki tua itu terus berlalu dari situ membuatkan Ken, Keith dan Blade berpandangan sesama sendiri. namun, mata Xavier menangkap sesuatu pada tangan kanan lelaki tua tersebut apabila dia berjalan pergi meninggalkan mereka. terdapat satu gelang berwarna hitam yang tebal dengan satu cahaya merah kecil kelihatan berkelip-kelip pada gelang tersebut.
Malah, apabila diperhatikan, dia mendapati kesemua pengunjung bar berkenaan memiliki gelang yang sama termasuklah kadet-kadet Thistle sendiri.
"Apa yang sedang berlaku di kota ni?" gumamnya perlahan.
ANDA SEDANG MEMBACA
BEAST AND A VOYAGE - chapter three-
Fantasy*Pastikan baca Beast and a Voyage chapter 1 and 2 dulu sebelum baca cerita ni. ** chapter 1 & 2 ada di account lama AdaHaris (boleh juga didapati di reading list) Nama aku Theo Atlas Draegan Aku berkongsi nyawa dengan seekor naga bersisik merah Aku...
