BAB 62

111 5 0
                                        

Istana Tuanku Firhad sedang sibuk dengan persiapan perbincangan kes Raja Daus yang bakal dilangsungkan tengahari nanti di mahkamah. Pembesar-pembesar istana yang berpihak kepada mereka sudah siap di meja mesyuarat setelah diperintahkan untuk berkumpul oleh Putera Farin.

Evelyn tidak ingin masuk bilik itu walaupun dipaksa kerana dia tidak ingin masuk campur urusan mereka yang dia inginkan adalah keadilan atas kematian untuk kedua arwah ibu bapa nya . Semua sibuk kesana kesini, dia sahaja yang diminta untuk duduk tenang di atas sofa empuk ini atas sebab kandungan nya yang makin membesar. Dia mengeluh dia pun ingin menyibukkan diri tetapi ada sahaja suaminya atau ahli yang lain melarangnya.

''Tolonglah seseorang bagi aku tugas, Emy, Ju, Affan'' dipandang satu-satu wajah yang disebutnya tetapi mereka hanya memekak telinga.

''Dah siap semuanya, Zach dah gerak ke dengan Idlan?'' tanya Uzair melihat adik iparnya yang mengejar langkah Evelyn yang sudah keluar hendak bergerak ke mahkamah.

Dia akan berlainan kenderaan dengan isterinya dan tidak akan berada dekat dengan isterinya ketika bincangan berlangsung kerana anggota mereka akan bertugas diluar untuk menjaga pihak musuh menyerang, mereka yakin raja kejam itu tidak akan duduk diam walaupun dah tertangkap.

Evelyn mencerlung tajam peguam pembela Raja Daus yang baginya membingitkan telinga  melaga-lagakan bukti yang mereka serahkan pada pihak hakim, bernasib baiklah peguam mereka menahan dirinya untuk bersabar selama perbincangan belum berakhir.

''Awak ada bukti lain selain rakaman cctv ini?'' tanya peguam pembela tersebut kepadanya.

''Penting ke untuk aku tunjukkan bukti lain sekarang? cerita akan jadi menarik pada saat terakhir'' satu senyuman mengejek dia serahkan.

''Baiklah kita akan dengar dari pihak Putera Farin dan Puteri Evelyn''.

Emilya, Ju dan Raiz keluar dari dewan perbincangan ada sesuatu yang mereka akan lakukan sementara dua bersaudara itu berdebat hebat di dalam. 

''Mana orang tu?'' tanya Emilya kepada Raiz.

Raiz mengangkat bahu, dia pun tidak tahu dia bertugas di dalam bilik dewan manakala yang lain diluar so dia mengelaurkan walkie talkie ingin berhubung dengan ahlinya yang lain soal 'orang' yang dimaksudkan Emilya.

Beberapa minit mereka menunggu, sekumpulan anggota tentera dan polis mendekati mereka, salah seorang daripada mereka adalah Hanz.

''Dia belum tiba lagi ke?'' tanya Hanz.

''Uzair minta kita bertenang dahulu, Jay dan Haqim tengah cari orang tu agar tak terlepas dan melarikan diri setelah berjanji kepada kita untuk menceritakan semua tentang kemalangan yang berlaku' ujar Raiz.

Ya saksi mereka, selama ini mereka berusaha mencari seorang saksi yang berani untuk bersuara tetapi ada yang mendiamkan diri dan tidak ingin terkait takut akan nyawa keluarga terancam di tangan Raja Daus, dan ada satu hari anggota Uzair yang didatangi oleh seorang saksi ketika mereka hendak ke pangkalan.

''Iring masuk puteri Emilya ke dalam, ada sesuatu yang ganjil diluar'' arahan Asad segera mereka laksanakan, mereka memasuki kembali bilik dewan dimana perdebatan masih berlangsung.

Diluar kawasan Asad, Uzair, Kamal dan Rauf bergerak mendekat ke sebuah kenderaan tinted yang berhenti di tengah parking kereta, Uzair melayakan senjata setelah tingkap kereta diturunkan kelihatan seorang lelaki berkaca mata hitam dan memakai mask terpampang.

''Kami dihantar untuk jadi saksi kedua dalam kes ni'' ujar lelaki itu membuatkan keempat jejaka itu mengerutkan dahi. Saksi kedua?

''Sorry lambat'' Zach, jay, dan Haqim memasuki bilik dewan mengiring paksa seorang lelaki sebaya mereka yang sudah lemah dibantai orang.

Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: Apr 17 ⏰

Tambah cerita ini ke Pustaka anda untuk dapatkan notifikasi tentang bahagian baharu!

You Are My PriorityCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang