Chapter 1: Aydan

19.6K 1K 130
                                    

Bunga ros berwarna merah yang diperbuat daripada kristal dihadiahkan pada orang yang sangat dicintai sempena Hari Ros pada hari ni.

Gadis berambut ungu itu tersenyum simpul apabila menerima bunga ros kristal berwarna merah dari si jejaka yang menjadi idaman hati ramai. Hatinya rasa gembira dan berbunga.

"Awak tahu maksud bunga ros berwarna merah?"

"Ada maksud ke?"

"Mestilah ada... Different roses symbolize different things; yellow rose symbolizes friendship, mature love and joy while white roses signify sanctity, purity, peace and secret admirer. Red rose symbolizes immortal love and passion and pink rose stands for healing, innocence and first love," bicara si jejaka dengan manis buat si gadis tersenyum manis.

"Jadi, kenapa awak bagi ros merah?"

"Its show that my love to you are immortal, my love... Awak tahu kenapa saya bagi bunga kristal bukan bunga betul?"

"Tak tahu..."

"Cinta saya ibarat kristal... Bersinar selalu dan tidak akan pernah layu..."

Si gadis sudah merah muka apabila mendengar kata-kata manis dari lelaki yang digilai ramai gadis itu. Hatinya terasa sungguh gembira.

"Fiana... I love you..."

"Fiana? Siapa Fiana?"

"Nama awaklah!"

"Nama saya Fiona bukan Fiana! Siapa Fiana?"

"Err... Nama nenek sayalah... Hahaha... Oh, my! Saya terlupa nak jumpa nenek saya kejap lagi."

"Nenek? Awak cakap pada saya hari tu nenek awak dah takde!" Fiona bercekak pinggang.

Si lelaki sudah berpeluh kerana sudah tertangkap menipu. "Err... Saya ada kelas kejap lagi. Bye! Jumpa lagi."

Baru sahaja dia menoleh ke belakang terdapat lima orang gadis yang sedang bercekak pinggang sambil menunjukkan wajah yang marah. Terdapat satu bunga ros kristal berwarna merah ditangan masing-masimg. Dia sudah menelan air liur dengan payah. Sudah tiada ruang untuk dia melarikan diri lagi. Mati la aku...

Pangg!!!

"Penipu!"

Pangg!!!

"Pembohong!"

Pangg!!!"

"Dasar playboy!"

Pangg!!!

"Bastard!"

Pangg!!!

"Tak guna!"

Pangg!!

"Serve you right!"

Enam penampar yang dia terima termasuk Fiona. Pipinya sudah merah dan bengkak apabila menerima tamparan dari bekas-bekas kekasihnya. Kalau tak terkantoi, mesti takkan jadi bekas kekasih. Takpe! Aku ada lagi kekasih yang lain... Haha... Enam tak nak! Enam puluh nak kat aku lah. Bunga yang dibeli habis terabur di atas lantai.

Pangg!!!

Dia mengerutkan muka. Penampar kali ni lagi sakit daripada dia terima tadi. Pipi yang merah makin merah, makin sakit dan mula nampak kebiruan. Matilah aku bila ayahanda nampak. Dia angkat muka. Seorang gadis berambut perak dengan mata biru merenungnya tajam tetapi sikit pun dia tak tergugat. Dah terbiasa!

"Apa ni? Sakit tahu tak?" marahnya.

"Itu padah curi duit." kata gadis dengan perasaan puas hati.

"Sikit je pun..."

"3 ribu jewels! My saving for a whole month is gone."

"Mintak je dengan ayahanda. You're his beloved daughter... Everything you want he always fulfill."

Book 2: Aydan the Angele [✓]Where stories live. Discover now