Debu-debu cahaya berterbangan diudara dan dibawa bayu. Cahaya yang memancar mulai pudar. Aydan dan Isabelle masih teguh berdiri manakala musuh mereka sudah kecundang. Mata-mata yang menyaksikan serangan pasangan kembar itu terasa kagum. Serangan hebat itu tidak menjejaskan struktur bangunan walaupun sebahagiannya sudah runtuh. Serangan dari Aydan dan Isabelle hanya berkesan ke atas kuasa kegelapan.
"Aku tak sangka ia berkesan..." kata Aydan dengan wajah tak percaya.
"Me too."
"Benda yang selalu kita main masa kecil rupa-rupanya merupakan satu teknik serangan cahaya... Hebat..." kata Aydan.
"Kau puji diri sendiri?" celah Nea.
"Mestilah!" kata Aydan dengan bangga.
"Bukan kau yang hebat tapi Isabelle yang hebat..." bidas Nea.
"Kau dengki, kan..." Aydan masuk mood mengusik.
"Takde makna. Tadi, hanya Isabelle yang baca mantera tu. Jadi, Isabelle yang hebat."
"Betul..." akui Emelle.
"Kau tak payah nak back up Isabelle boleh tak? Aku tahulah korang bercinta. Tak payah nak tunjuk kau kagum dengan Isabelle. Aku tak restu kau kahwin dengan adik aku, kau yang menyesal nanti... Kau kena ingat! Aku ni berhak tentukan siapa yang layak jadi laki Isabelle. Tunjuk sikit hormat kau kat aku..." ugut Aydan.
"Baiklah... Kau pun hebat." Emelle mengalah dengan Aydan yang bersikap tak matang.
"Tahu takut... Belle, kau ajar sikit si Emelle ni cara nak hormat aku..."
Isabelle tidak mengendahkan kata-kata abang kembarnya.
"Macam mana serangan kamu berdua terjadi?" tanya Nea dengan perasaan ini tahu. Dalam masa yang sama dia mahu mencari maklumat.
"Biar aku terangkan kat kau, wahai badak... Aduh!" Aydan menggosok bahunya yang sakit akibay dipukul oleh Nea.
"Padan muka kau... Terangkan apa yang jadi."
"Macam ni, merak kayangan... Aku ada kuasa cahaya. Isabelle ada kuasa cahaya yang asas dan sedikit. Bila kami gabungkan aura cahaya menjadi satu dengan menyatukan jiwa, cahaya yang ada pada Isabelle akan menjadi kuat. Bahasa mudahnya aku alirkan sedikit kuasa cahaya aku pada Isabelle untuk membentuk Infinite Light."
"Kenapa kau alirkan sedikit je?"
"Lvanian with mutiple power can't handle the power of pure light. Isabelle's light just basic. If i give too much power of light, she never stand here right now," terang Aydan. Ayat terakhir diperlahankan nada suara.
"Tapi, Emelle pun ada kuasa cahaya jugak. Kenapa kau tak buat dengan dia?"
"Soalan yang bagus. Patik baru hendak bertanya..." ujar Emelle.
"Sebab kami tak mempunyai ikatan jiwa yang sama dan dia bukan kembar aku," balas Aydan dengan muka takde perasaan.
Semua mata memandang ke arah Aydan dengan wajah tidak percaya. Terdapat beberapa soalan yang sedang bermain di fikiran masing-masing. Adakah mereka bermimpi? Adakah Aydan sudah berubah? Keajaiban apakah yang merasuk Aydan sampai buat Aydan berubah sedemikian rupa? Insan yang berdiri di hadapan mereka ini adalah Aydan? Sihatkah Aydan? Itulah antara soalan yang berlegar-legar di kotak fikirannya. Mereka tidak percaya bahkam tidak mahu percaya.
"Kenapa tengok aku macam tu? Aku hensem sangat ke hari ni?" tanya Aydan seperti biasa tidak puji diri sendiri takkan lengkap hidupnya.
"Tak sangka..." ujar Nea.
"Apa yang tak sangka?"
"Sungguh tak diduga..."
"Apa yang tak diduga?" soal Aydan lagi.
YOU ARE READING
Book 2: Aydan the Angele [✓]
FantasyBOOK ONE: ANNABELLA VALIANT BOOK TWO: AYDAN THE ANGELE BOOK THREE: ARYAN THE FIRST PRINCE ********** Aydan de la Ralynne. He's a Prince but also a Troublemaker. Kuasa yang terkunci telah kembali.Takdirnya sebagai pengguna kuasa cahaya telah bermula...