Chapter 44: Rescue The Princess!

10.1K 779 65
                                    

Bunyi pedang berlaga menarik minat dua orang sepupu yang sedang jalan-jalan di kawasan istana Astland. Mereka bergegas ke gelanggang pertarungan untuk mengetahui apa yang terjadi. Setiba mereka di sana, keadaan gelanggang pertarungan hampir musnah akibat pertarungan yang sedang berlangsung. Masing-masing hebat dalam perlawanan. Masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan siapa yang akan menang. Ianya masih samar-samar.

"Aku ingatkan Aydan dan abang kau bertarung... Rupa-rupanya, Aydan dan musuh sejati kekal abadi dia..." kata Lyon yang agak kecewa.

"Eh, kau ni... Macam kecewa je bunyinya..."

"Memang aku kecewa..."

"Kenapa?"

"Aku sebenarnya dah lama teringin nak tengok Emelle dan Aydan bertarung."

"Alasan kau tak boleh pakai..."

"Aku luahkan apa yang aku rasa je..."

"Kau agak-agaklah kan... Kenapa dorang bergaduh?" tanya Exzer.

Pap!

"Aduh!" Exzer menggosok dahinya yang merah kerana ditepuk kuat oleh Lyon. Nak mampus jugak mamat ni dengan aku. Kalau dia bukan sepupu aku, dah lama aku bunuh dia.

"Kau ni tanya lagi soalan yang tak masuk akal. Logiklah dorang bergaduh. Mereka kan musuh sejati kekal abadi. Tambahan lagi, kes Nea kena culik makin mengeruhkan keadaan. Nea tu adik si Kfalion, Aydan tu..."

"Kekasih Nea?" sambung Exzer.

"Macam mana kau tahu?" Lyon mengcengkam kolar baju Exzer tanda tidak percaya apa yang dia dengar.

"Entah... Aku agak je. Tapi, betul ke?" tanya Exzer.

"Ish, kau ni! Buat aku teruja je," kata Lyon sambil melepaskan kolar baju Exzer.

"Macam mana tekaan tu benar? Aydan nampak frust gila bila Nea kena culik," kata Exzer.

"Exzer..."

"Yup..."

"Kita sebagai sepupu sejati yang suka menolong sepupu sendiri mesti lakukan sesuatu," kata Lyon.

"Buat apa?"

"Siasat perasaan Aydan terhadap Nea."

"Aku suka idea kau."

"Itulah gunanya sepupu yang bijak macam aku," kata Lyon sambil menolak rambutnya ke belakang.

Boom!!!

Doom!!!

Letupan yang berlaku mengejutkan dua orang sepupu yang sedang rancak merancang sesuatu untuk menyiasat tentang hubungan Aydan dan Nea. Kerancakan mengatur rancangan buat mereka lupa bahawa tempat yang mereka berbincang sedang berlangsung pertarungan yang jelas tiada kesudahan buat dua orang musuh. Kawasan gelanggang yang lenggang kian dikerumuni oleh Askas Sylvania dan Askar Astland untuk melihat pertarungan antara dua orang putera tersebut.

Setiap kali serangan yang dilakukan oleh Kfalion dapat dielak mudah dengan Aydan malah Aydan langsung tidak menggunakan kuasanya. Dia lebih banyak mengelak dari menyerang. Jika dia serius bertarung dengan Kfalion, kawasan istana Astland mungkin sudah musnha. Jika itu terjadi, jenuh dia kena hukum dengan bondanya. Jadi, dia hanya mampu mengelak serangan Kfalion. Lagipun, dia mahu menjimatkan tenaga untuk melakukan sesuatu yang lebih penting.

"Are you afraid?" ujar Kfalion dengan sinis.

"Nope... Not at all... It just wasting my energy fighting with you."

"Katakan saja kau takut nak lawan aku."

"Aku takut atau kau yang takut?" Aydan senyum sinis. Jarinya dipetik. Tidak lama kemudian, seluruh pemandangan bertukar menjadi putih. Askar yang mengerumuni untuk melihat pertarungan mereka hilang. Hanya ada mereka berdua.

Book 2: Aydan the Angele [✓]Where stories live. Discover now