Aydan berbaring di atas rumput sambil merenung langit yang dihiasi dengan bintang pelbagai warna. Matanya sedang merenung dada langit tetapi fikirannya masih teringatkan serangan yang terjadi di bahagian selatan bandar diraja. Kalaulah dia dapat kesan kehadiran Demons, pasti kejadian itu tidak berlaku. Jika dia tidak lalai, pasti serangan itu dapat dielakkan. Keluhan dilepaskan. Tiada guna dia menyesal kerana perkara sudah terjadi.
"A sigh can't solve a problem," ujar seseorang.
Aydan bangun dari pembaringan apabila mendengar suara yang sangat dia kenali. Dia menoleh ke belakang untuk melihat gerangannya yang datang. Bondanya mengukir senyuman manis apabila mereka bertentang mata tetapi Aydan hanya membalas segaris senyuman. Tidak ada mood untuk senyum sampai nampak gigi.
Apabila melihat reaksi anakanda yang tidak ceria seperti sebelum ini, Anna melangkah mendekati Aydan. Dia duduk di sebelah anakandanya.
"Anakanda ada masalah?" tanya Anna dengan prihatin.
"Kalau anakanda menipu, bonda tetap tahu jugak kan?" teka Aydan.
"Bonda tak kisah kalau anakanda tidak bagitahu apa masalah anakanda tapi jangan pendam lama-lama nanti bahaya," nasihat Anna.
Aydan diam. Dia menunduk memandang rumput yang dibasahi oleh embun. Kakinya menguis rumput yang kering. Dia hilang kosa kata apabila bercakap dengan bonda sendiri. Anna tahu apa yang bermain di fikirannya. Mungkin apa yang dilalui oleh bondanya dulu sedikit sebanyak bondanya faham apa yang dia rasa.
"Tanggungjawab anakanda lebih besar dari bonda dulu. Itu bonda tidak nafikannya."
"Tapi kenapa anakanda yang perlu menanggungnya?"
"Aydan, bonda juga tidak pernah minta semua ni berlaku pada anakanda bonda sendiri. Bonda selalu mempersoalkan kenyataan ni. He still young but he have to bear a burden that a man should have it. Hati bonda juga berat untuk benarkan Aydan pergi selamatkan dunia. Tapi bonda sedar, ini takdir yang telah ditentukan sejak dahulu lagi. Bonda tidak mampu mempersoalkan takdir yang telah tertulis. Bonda yakinkan hati yang anakanda boleh dan mampu laksanakannya."
Aydan merebahkan kepalanya di atas bahu Anna. Kepalanya diusap oleh Anna. Dia agak tersentuh apabila mendengar kata-kata dari bondanya.
"Mampu ke anakanda laksanakannya?"
"Hey! This is Aydan that I know which is always boasting about his bravery? Full of himself?" usik Anna.
"Bonda ni... Anakanda tengah down boleh pulak cakap macam tu."
Anna ketawa. "Sebabnya anakanda bonda yang sorang ni suka sangat angkat bangkul sendiri. Bila dengar sendiri Aydan cakap macam tu, bonda pelik."
"Apalah bonda ni..."
"Tak payah merajuk. Jom kita masuk istana. Anakanda cakap nak hantar pulang Rese ke Lotus Terania malam ni. Jangan buat orang lain tertunggu-tunggu," kata Anna. Dia bangun dari duduk.
"Bonda masuk la dulu. Kejap lagi anakanda masuk."
"Yelah," balas Anna sebelum melangkah pergi meninggalkan anakandanya.
Setelah memastikan bonda benar-benar hilang dari pandangan, Aydan merenung tajam ke arah semak yang tidak jauh darinya. Semasa dia berbual dengan bonda, dia ternampak sepasang mata tajam sedang memerhatikannya dari semak tersebut.
"Keluar sekarang."
Semak itu bergerak-gerak seperti ada sesuatu di dalamnya. Tidak lama kemudian, seekor kucing berwarna putih melompat keluar dari semak. Matanya yang berwarna hijau bersinar apabila terkena sinaran bulan. Kucing itu mula berubah bentuk menjadi seorang manusia. Manusia yang sempurna tanpa menampakkan yang dia boleh bertukar pelbagai bentuk.
YOU ARE READING
Book 2: Aydan the Angele [✓]
FantasiBOOK ONE: ANNABELLA VALIANT BOOK TWO: AYDAN THE ANGELE BOOK THREE: ARYAN THE FIRST PRINCE ********** Aydan de la Ralynne. He's a Prince but also a Troublemaker. Kuasa yang terkunci telah kembali.Takdirnya sebagai pengguna kuasa cahaya telah bermula...