Zen terdiam setelah mendengar cerita dari Eidan mengenai tentang Aydan semalam. Apa yang boleh disimpulkan adalah Aydan sudah dapat menggunakan kuasanya. Kunci yang Pierce buat pada kuasa Aydan telah terbuka dengan sendiri apabila Aydan mempercayai sepenuhnya pada diri sendiri.
"Aydan belum mencapai 18 tahun lagi," kata Eidan.
"Bila hari lahir dia?" tanya Zen
"Pada hari pelantikan dia jadi Putera Mahkota,"
"Tinggal dua bulan lagi. Mungkin ini hanya fasa pertama kuasa Aydan. Dia perlu banyak berlatih untuk menggunakan dan mengawal kuasanya dengan sebaik mungkin."
"Kamu boleh melatihnya?"
"I wish I can. Hanya pewaris naga sahaja yang boleh melatih pewaris naga," balas Zen.
"Ini bermakna hanya Anna sahaja boleh melatih Aydan?"
"There's no one else."
"Apa yang perlu kita lakukan? Aydan dah dapat kembali kuasanya tapi tiada siapa yang dapat melatihnya."
"Kita perlu cari Kak Anna."
"Nak cari kat mana, Zen? Tempat Anna pergi bukan ada di Sylvania. Hanya Aydan sahaja yang tahu tempat tu. Pewaris naga tahu di mana tempat tu berada."
"Mungkin Kak Anna tinggalkan klu."
"Kalau ada pun, abang tak rasa Aydan boleh fikir jawapannya. Kamu tahu sendiri la. Budak tu mana suka sangat berfikir. Tak macam Isabelle. Kembar, tapi berbeza perangai."
"Kadang-kadang saya terfikir mereka tu bukan kembar."
Ketukan pintu mematikan perbualan mereka berdua. Tidak lama kemudian, muncul Aydan yang melangkah masuk ke dalam bilik tersebut. Macam biasa... Dia terus duduk di atas sofa dengan menyilangkan kaki di atas meja. Satu biji epal merah yang berada di atas meja tersebut diambil lalu digigit oleh Aydan.
"Lambat kamu datang. Pergi mana?" tanya Zen.
"Tidur... Sedar-sedar je Isabelle yang kejutkan. Kalau tak... Tak bangun lagi masa ni."
"Tidur je kerja kamu ni."
"Kenapa ayahanda nak jumpa Aydan?"
"Tentang semalam... Di Kampung Arlion."
"Oh... Yang tu.. Kenapa ada masalah ke kat kampung tu?" tanya Aydan yang masih lagi belum faham maksud Eidan.
"Kampung tu sudah selesai masalahnya sejak kamu hapuskan Crocotta yang serang kamu dan Puteri Nea semalam."
"Baguslah macam tu. Selesai masalah."
"Aydan kamu faham tak apa yang ayahanda kamu cuba sampaikan?" tanya Zen.
"Faham... Masalah di Kampung Arlion selesai," balas Aydan.
Zen sudah menggeleng kepala. Bengap juga budak ni. Nak kata tak belajar, belajar... Tapi selalu ponteng kelas. Inilah padahnya bila memonteng. Orang cakap benda yang senang pun tak faham.
"Bukan itu yang kami nak bincang. Kami nak tahu macam mana kamu hapuskan Crocotta."
"Ouh... Kenapa Uncle tak cakap awal-awal? Masa Crocotta nak serang tu... Tiba-tiba sekeliling saya gelap. Hanya saya je yang ada. Tiba-tiba ada satu cahaya kecil muncul. Saya baru nak capai cahaya itu, merak kayangan kejutkan. Macam tulah cerita dia," cerita Aydan bagai tiada apa yang besar berlaku.
"Aydan... Kamu sedar ke tak? Kamu sudah boleh guna kuasa kamu," kata Zen.
"Eh? Maksudnya?" tanya Aydan yang masih tak faham.
YOU ARE READING
Book 2: Aydan the Angele [✓]
FantasiaBOOK ONE: ANNABELLA VALIANT BOOK TWO: AYDAN THE ANGELE BOOK THREE: ARYAN THE FIRST PRINCE ********** Aydan de la Ralynne. He's a Prince but also a Troublemaker. Kuasa yang terkunci telah kembali.Takdirnya sebagai pengguna kuasa cahaya telah bermula...