Chapter 62: Feast is Over

6.9K 618 17
                                    

Aydan melangkah mendekati meja yang mempunyai sebakul buah-buahan yang segar. Dia memandang sekeliling terlebih dahulu barulah dia mengambil sebiji buah anggur yang kelihatan segar. Buah anggur yang sebesar ibu jari dimasukkan ke dalam mulut. Jus buah anggur dapat dirasainya apabila dia menggigit buah tersebut. Isinya sangat manis. Semanis cik adik yang tengah merenungnya yang sedap makan buah anggur.

"Anakanda dengar tak apa yang ayahanda cakap?" tanya Raja Kflon. Dia memandang wajah puterinya yang masam mencuka tetapi pandangan anakanda merenung tajam ke arah lain. Dia tahu Nea pandang siapa. Dia toleh ke belakang.

"Uhuk!" Aydan terbatuk kecil apabila Raja Kflon menolak ke belakang. Buah anggur yang belum sempat digigit ditelan bulat-bulat. Pedih tekaknya apabila sebiji buah anggur masuk ke dalam easofagus. Dadanya ditepuk beberapa kali. Terasa buah anggur jatuh dalam perut. Dia tarik nafas lega.

"Dengar ayahanda," balas Nea. Wajahnya mencuka. Sedap dia je makan tak dipelawa.

"Nasib baik Putera Aydan bawa anakanda jumpa ayahanda jika tidak entah apa yang berlaku pada anakanda."

Aydan mengangguk setuju dengan Raja Kflon. Saat Raja Kflon kembali memandang Nea dengan membelakangkannya, dia sambung makan buah anggur dengan selamba. Telinga dengar Raja Kflon memberi nasihat sepatah dua kata kepada Nea.

"Ayahanda akan arahkan beberapa kesatria menemani anakanda kembali ke istana."

"Ayahanda, anakanda tidak mahu pulang ke istana. Anakanda mahu berada di sini berjuang demi dunia kita. You can't expect me sit in the castle quietly in the midst of chaos!" bantah Nea. Suara tegas dengan kemahuan sendiri. Mana mungkin dia bersenang-lenang di dalam istana sedangkam dunia diancam bahaya.

"Di sini terlalu bahaya untuk anakanda. Ayahanda tidak mahu terjadi apa-apa pada anakanda," suara Raja Kflon masih lembut memujuk Nea kembali ke istana.

"Ayahanda, anakanda tetap mahu berada di sini. Selamatkan Sylvania dan kekanda Kfalion!" tegas Nea. Walau apapun keputusan ayahandanya dia akan berada di sini untuk berjuang bersama tentera lain. Dia tidak mahu dilabelkan seorang puteri emas yang terkurung dalam sangkar emas. Jika rakyatnya menderita, dia juga perlu menderita.

"Nea, perang ni terlalu bahaya untuk anakanda. Ayahanda tidak mahu anakanda tercedera atau berada di dalam bahaya. Biar ayahanda yang selamatkan Kfalion." Raja Kflon terlalu sayangkan anaknya. Cukup hanya Kfalion yang berada di dalam bahaya sudah buat dia terlalu risau. Dia tidak mahu meletakkan Nea dalam bahaya.

"Father, your forget something important here. I'm King Rowan Dragneel de la Dragwellestyn descendant. I carried his will to protect this world too. And also, Dragwellestyn is the most strongest and bravery knight in history. This blood and will never fade. Please, father... Allow me to fight with our people," rayu Nea. Keinginan untuk menyertai perang sangat membuak-buak dalam dirinya.

"Maaf mencelah, tuanku..." kata Aydan sambil menelan buah anggur yang terakhir.

"Apa yang Tuan Puteri Nea cakap betul. Darah yang mengalir dalam tubuh berasal dari seorang pahlawan lagenda yang sentiasa disebut dalam sejarah. Semangat juang mesti akan diwarisi oleh keturunannya. Patik juga tidak terkecuali begitu juga dengan kembar patik."

Nea agak terkejut apabila Aydan mempertahankan pendapatnya. Sangkanya Aydan hantar dia kepada ayahanda semata-mata mahu dia kembali ke istana. Dia tidak menyangka di tujuan Aydan berada di sini untuk dia meminta kebebaran dari Raja Kflon sendiri. Tidak perlu mencuri masuk ke dalam kawasan tapak perkhemahan tentera secara senyap-senyap.

"Tuanku jangan risau dengan keselamatan tuan puteri. Puteri Nea bukan calang-calang orang. Seorang puteri yang cantik dan sopan tapi sangat berbeza di dalam. Langkahnya berbisa, hunusan pedangnya berbahaya dan gerak-gerinya tangkas." Wajah Aydan kelihatan serius.

Book 2: Aydan the Angele [✓]Where stories live. Discover now