Chapter 5: New Generation of Heroic Knight

13.3K 877 113
                                    

Dua orang sepupu sedang berehat di ruang tamu setelah habis sesi pembelajaran hari ni. Mereka masih tidak percaya yang Aydan mahu merubah menjadi rajin masuk ke kelas. Mesti ada sesuatu yang mendorong sepupu mereka yang paling nakal di antara mereka bertiga jadi rajin tiba-tiba. Atas alasan apa Aydan jadi rajin secara mengejut.

"Entah-entah Uncle Eidan ugut si Aydan tu tak?" teka Exzer.

"Kau ni stupid ke apa? Keturunan kau bukan main hebat lagi. Takkan si Aydan tu boleh termakan dengan ugutan Uncle Eidan? Di pandang sepi ada. Kau bukan tak tahu sepupu kau tu jenis kepala batu. Orang cakap pun tak nak dengar," balas Lyon.

"Sepupu aku, sepupu kau jugak!"

"Dua pupu!"

"Sepupu jugak! Aku tak boleh fikirlah kenapa si Aydan merubah," rungut Exzer tang kusut memikir perubahan sepupunya itu. Macam tak percaya!

"Uncle Zen jahanamkan buku dia tak?"

"Kau lagi stupid dari aku! Si Aydan tu pen pun takde! Buku? Lagilah takde! Kalau ada... Sumpah aku rela mandi dengan ais sebulan!" balas Exzer.

"Tanya Isabelle lagi senang. Aydan tukan kembar dia. Takkan dia tak tahu."

"Ini baru menunjukkan kecerdikan kau sikit," ujar Exzer.

Mereka bertiga berbeza umur tapi hubungan mereka sebagai sepupu sangat rapat. Walaupun jurang umur yang agak besar, tidak membataskan mereka bercakap ikut suka hati. Kutuk-mengutuk sesama sendiri tu dah menjadi perkara biasa bagi Aydan, Lyon dan Exzer kerana itu mengeratkan lagi hubungan mereka. Tetapi Exzer selalu diperhati oleh abangnya Emelle jadi agak sukar dia nak lepak bersama seperti biasa.

Doommm!!!

Bunyi pintu dihempas mengejutkan mereka berdua. Pandangan dihala ke arah pintu masuk. Seorang gadis berambut perak masuk dengan wajah masam mencuka tiada langsung kemesrasaan diwajahnya. Kening mereka terangkat apabila melihat gadis itu. Si abang macam tu, si adik macam ni. Macam-macam betullah sepasang kembar ni!

"Oi, Isabelle! Kenapa dengan kau, hah?" tanya Lyon.

Isabelle tak jadi masuk ke dalam biliknya. Dia mendekati Lyon dan Exzer di ruang tamu. Badan dihempas pada sofa dengan kasar.

"Aydan dah buang tebiat, jangan kau pula sudah. Pening kepala aku," ujar Lyon.

"Bakal raja kau tulah! Dah melampau!" marah Isabelle.

"Siapa raja kita? Takkan Raja Kflon turun takhta kena guling dengan anak sendiri kot?" kata Exzer dengan wajah terkejut.

Pap!

Dahi Exzer berubah menjadi merah apabila ditepuk oleh Lyon.

"Kau ni... Nak kata cerdik, tak... Nak kata bodoh, pun tak jugak. Belajar selalu dapat nombor satu masa kau tadika."

"Salah ke apa yang aku cakap? Dah Isabelle cakap bakal raja kita."

"Stupid... Bakal raja kau tu Kfalion la, stupid... Takkan adik dia yang tu jadi raja. Faham, stupid?"

"Faham. Apa kena dengan Kfalion tu?" tanya Exzer.

"Aku geram dengan dia! Suka hati dia cakap Aydan tu anak setan! Aku marahlah! Dia cakap macam tu aku pun turut terasa tahu!" luah Isabelle dengan perasaan geram.

"Selama ni Aydan tu anak apa?" tanya Exzer.

Pap!

Exzer gosok dahinya yang kembali ditepuk oleh si sepupu. Kali ni lebih perit dari sebelumnya. "Apa salah aku?"

"Salah kau... Kau tanya soalan yang stupid, stupid... Kalau Aydan tu anak setan, kau tu sepupu setan! Dah sahlah si Aydan tu anak Uncle Eidan. Hish! Kau ni! Jadi, apa yang kau buat untuk melepaskan amarah kau?"

Book 2: Aydan the Angele [✓]Where stories live. Discover now