"I command the sacred light, vanish all the Demons!"
Boommm!!!
Whoosh!!!
Doommm!!!
Tangannya yang bercahaya putih dihalakan ke arah musuhnya. Serangan cahaya yang dilakukannya berjaya menumpaskan Demons yang mahu menyerangnya. Cahaya yang terhasil dari serangannya menyebabkan Demons hangus terbakar sehingga menjadi debu yang berterbangan di udara. Simbol naga di belah tangan kanannya bercahaya akibat serangan yang dilakukannya. Selalunya ia akan bercahaya apabila dia menggunakan kuasa cahaya hampir had yang telah ditetapkan oleh Pierce. Masa cahaya simbol naga itu pudar mengambil masa yang agak lama.
Kenyataan yang sebenarnya adalah dia masih tidak mampu mengawal kuasa cahaya sepenuhnya. Sebab itulah dia jarang menggunakan kuasanya jika berada di dalam bahaya. Tiada masalah baginya tidak menggunakan kuasa kerana dia sudah terbiasa berlawan tanpa mengharapkan kuasa yang ada. Tetapi apabila keadaan memaksa dia terpaksa guna kuasa cahaya juga. Namun, dia dilarang oleh bonda dan Pierce menggunakan kuasa cahaya yang telah ditetapkan. Menurut mereka, jika dia menggunakan kuasa cahaya melebihi had, dia tidak akan mampu mengawal kuasa cahaya dan mengakibatkan malapetaka yang dahsyat. Apa yang diberitahu kepadanya, Sylvania dan dunia berdekatan dengan Sylvania akan musnah.
"Geez! This power make me goosebump!" keluh Aydan.
Sarung tangan yang disimpan di dalam saku seluar ditarik keluar lalu disarungkan kembali pada tangan kanannya. Dia tanggalkannya tadi semasa hendak berlawan. Sudah menjadi kebiasaannya menanggalkan sarung tangan hitam itu apabila bertarung. Cahaya dari simbol naga itu masih kelihatan biarpun Aydan memakai sarung tangan. Ia seolah-olah menembusi sarung tangan tersebut.
"Distracting!" rengus Aydan apabila cahaya itu masih tidak pudar.
Langkahnya kembali diatur mengikuti kakinya melangkah. Oleh sebab dia tidak tahu arah, dia hanya mengikuti ke mana sahaja kakinya melangkah. Pierce yang membantunya sudah kembali ke Ancient Labyrinth dengan alasan untuk berehat. Bukan Aydan tak tahu naga tua itu saja mencari alasan untuk meninggalkan dirinya yang terkontang-kanting sesat di istana usang ini. Dia menuju ke arah tangga yang diperbuat daripada kayu kelihatan seperti sudah reput. Dia agak teragak-agak untuk memijak tapi jika dia tidak menuju ke arah tangga tersebut sampai bila-bila dia tidak dapat tahu keberadaan Nea.
"Yelah... Aku datang sini nak selamatkan Nea..." kata Aydan yang baru ingat tujuannya di situ.
Kakinya perlahan-lahan memijak tangga yang nampak reput angkara anai-anai. Semakin lama semakin dalam arah yang dituju kerana udara berbau hapak dan kedap seperti menuju ke kawasan bawah tanah yang paling vawah. Bukan itu sahaja tempat itu semakin gelap. Aydan makin resah apabila suasana makin gelap. Pelbagai rupa hantu yang terbayang diruang matanya tetapi cahaya dari simbol naga sedikit sebanyak membantunya melihat di dalam gelap. Hatinya sedikit lega dengan adanya bantuan cahaya. Namun, imej hantu tetap bermain di fikirannya.
"Come on, Aydan! You're handsome and brave like a dragon! Not a dragon but like me. Nea must come first then you can think about that ugly ghost!" kata Aydan untuk meniupkan kata-kata semangat kepada dirinya.
"Aydan..." panggil Pierce.
"Siapa tu? Hantu ke?" tanya Aydan dengan suara yang dalam ketakutan.
"Its me, Pierce... Such scaredy-cat! Dengan hantu pun takut!" kutuk Pierce.
"Kau diam! Aku bukan takut tapi terkejut! Kau terjah dalam minda aku tanpa salam! Siapa yang tak terkejut!" marah Aydan untuk menutup kebenaran bahawa dia takut pada hantu.
YOU ARE READING
Book 2: Aydan the Angele [✓]
FantasyBOOK ONE: ANNABELLA VALIANT BOOK TWO: AYDAN THE ANGELE BOOK THREE: ARYAN THE FIRST PRINCE ********** Aydan de la Ralynne. He's a Prince but also a Troublemaker. Kuasa yang terkunci telah kembali.Takdirnya sebagai pengguna kuasa cahaya telah bermula...