Aydan berbaring di atas sofa dengan kaki disilang. Buah epal yang berada di atas meja diambil lalu digigit. Lagaknya seperti tuan rumah tempat tersebut tetapi dia hanya duduk di situ kerana tiada tempat mahu pergi. Asyik lepak di belakang akademi je boleh bosan dibuatnya. Sekali-sekala dia tukar tempat melepak apa salahnya.
"Boringnya tempat korang ni. Takde hiburan langsung. Aku ingatkan tempat tinggal Heroic Knights ni penuh dengan aktiviti rupa-rupanya. Indah khabar daripada rupa," kutuk Aydan. Epal ditangan digigit untuk sekian kali.
Lyon dan Exzer memandang antara satu sama lain. Kemudian, beralih pada si sepupu yang tidak segan berada di situ. Rasa mereka pula tetamu di situ.
"Kau ingat sini fun fair?" tanya Lyon.
"Àku ingatkan tempat korang ni hebat sangat. Rupa-rupanya... Biasa je... Lebih kurang macam rumah."
"Apa-apa jelah! Kau buat apa kat sini?" tanya Exzer.
"Amboi! Dengan aku pun kau nak berlagak. Lupa diri betullah kau ni."
"Takdelah... Tiba-tiba kau ada kat sini apahal?"
"Aku bosanlah, bangang. Takde buat apa. Jadi, aku datang sini. Well, akukan dah jadi sebahagian dari Heroic Knights. Lupa ke?"
"Hmmm..." balas Lyon dan Exzer dengan malas.
"Aku ingatkan nak mengembara di seluruh dunia yang wujud," luah Aydan.
"Berapa kali kau nak cakap? Ini kali kesepuluh kau cakap benda yang sama. Contoh, kalau ayahanda kau bagi kau pergi, nak pergi dengan apa? Piring terbang?" tanya Lyon yang nampak bosan.
"Betul! Kau takde kuasa nak buka portal. Hanya The Council je tahu cara nak buka portal ke dunia lain selain Isabelle, abang aku dan ayahanda aku," tambah Exzer.
"Bapa saudara kita, Uncle Erlen kat ada," balas Aydan.
"Kau ingat Uncle Erlen sesenang hati nak buka untuk kau? Jangan mimpilah, Aydan oi!"
"Kaukan keturunan Fryswellendine. Takkan kau takde kelebihan buka portal kot?"
"Kalau boleh, aku dah lama ajak kau. Masalahnya tak."
"Kau ni anak siapa?" tanya Aydan.
"Hish! Kau ni! Aku menurun genetik dari bonda aku lah!" kata Exzer dengan geram.
Aydan dan Lyon ketawa.
"Siapa lagi yang boleh buka portal?"
"Abang aku boleh," balas Exzer.
"Tak payah cakaplah pasal abang kau. Aku tak nak dengar!" dengus Aydan.
"Oh, Aydan! Where have you been? I've looking for you!" sapa Hyrez yang baru menuruni tangga. Dia mendekati Aydan yang sedang bersantai di atas sofa.
"Me?" Aydan halakan jari telunjuk ke arah dirinya sendiri.
"Yes, buddy!"
"Kenapa kau cari aku? Hah! Jangan cakap kau suka kat aku! Sorry, aku lelaki sejati. Aku hanya suka pada perempuan je," kata Aydan.
Hyrez ketawa dengan kata-kata Aydan. "Bukan tulah, bangang. Takde maknanya aku minat kat kau. Minat kat Isabelle lagi berfaedah."
"Bro... Kau jangan buat hal. Isabelle tu aku punya. Kau jangan berani sentuh dia. Kalau aku tahu, daging kau tercabut dari tulang," ugut Aydan tanpa riak.
Dia terpaksa mengaku yang dia suka pada Isabelle kerana itulah satu-satunya cara dia lindungi adik kembarnya. Siapa cakap dia tak protective macam dulu? Tanpa disedari Isabelle sendiri, dia selalu perhatikan gerak-geri si adik supaya tiada orang yang mengacau Isabelle.
YOU ARE READING
Book 2: Aydan the Angele [✓]
FantasyBOOK ONE: ANNABELLA VALIANT BOOK TWO: AYDAN THE ANGELE BOOK THREE: ARYAN THE FIRST PRINCE ********** Aydan de la Ralynne. He's a Prince but also a Troublemaker. Kuasa yang terkunci telah kembali.Takdirnya sebagai pengguna kuasa cahaya telah bermula...